Ceramah Motivasi Kepimpinan dan Taklimat Bidang Tugas Pengawas
Hari ini telah berlangsung satu program yang melibatkan semua pemimpin kecil di SKTPP iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu) dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas. Program ini merupakan program kerjasama antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Pengawas Sekolah, Unit Pusat Sumber Sekolah dan Unit Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas SKTPP. Sesi ceramah secara online menggunakan aplikasi Zoom telah disampaikan oleh konsultan yang dilantik iaitu PU Izzat dari Idaratul Ilmi Training & Consultancy.
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk:
i. Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
ii. Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
iii. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
iv. M iv. Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
Sem v. Meningkatkan semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.
Program ini bermula dari pukul 8.30 hingga 10.30 pagi untuk slot ceramah kepimpinan untuk semua pemimpin yang terpilih dan bermula pukul 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari untuk slot taklimat bersama pengawas sekolah. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Pn Nor Azian bin Mat Anuar iaitu Guru Pengawas SKTPP. Program ini juga telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung..
Comments
Post a Comment