Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5

Hari ini telah berlangsung satu lagi program motivasi khas untuk semua murid-murid Tahun 5, SKTPP. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa kepada setiap individu. Program ini juga diharap dapat membuka minda dan membina kesedaran murid-murid tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membina kecemerlangan diri dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah

Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling ini mendapat kerjasama dari Konsultan Idratul Ilmi yang bertanggungjawab dari segi penyediaan link zoom dan penceramah. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.40 pagi.

Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung..


Poster program

Buku program

Sesi pendaftaran

Sesi taklimat bersama Cik Aisyah

Sesi bacaan doa oleh Ustaz Syed Farhan


PU Izzat sebagai pengacara majlis menjemput Pn Hajah Rohaidah bagi menyampaikan ucapan perasmian program

Ucapan perasmian program oleh Pn hajah Rohaidah, Guru Besar SKTPP

PU Izzat memulakan pengisian ceramah Motivasi Pengurusan Masa

Sesi pengenalan bersama penceramah

Antara pengisian ceramah yang disampaikan oleh PU Izzat




Antara reaksi peserta semasa mengikuti ceramah



Sesi bergambar di akhir program



Semoga ilmu yang dikongsi oleh PU Izzat akan menjadi panduan dan mendorong anak-anak didik SKTPP menjadi insan yang cemerlang.

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023