Wednesday 28 April 2021

Pentaksiran Psikometrik Tahun 2021

Berdasarkan surat daripada Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan surat KPM.600-17/1/45 (69) bertarikh 16 April 2021, semua sekolah rendah dan menengah  perlu melaksanakan Pentaksiran Psikometrik. 

Objektif pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan kecenderungan murid. Selain itu, PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenal pasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran di dalam bilik atau di luar bilik darjah. Perkara ini selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan sahsiah dan kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.

SKTPP telah melaksanakan Pentaksiran Psikometrik pada 28 April 2021. Sasaran murid terdiri daripada semua murid Tahun 6. Semua guru, ibu bapa / penjaga dan murid telah dimaklumkan mengenai PPsi terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Taklimat secara atas talian telah dilaksanakan pada 6 Februari 2021, boleh klik di sini :

http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/02/taklimat-psikometrik-tahun-6.html

Kertas soalan

Kertas jawapan

Murid-murid kelas 6 Arif

Murid-murid kelas 6 Bestari

Murid-murid kelas 6 Cerdik

Murid-murid kelas 6 Dedikasi

Murid-murid kelas 6 Efisien

Murid-murid 6 Fokus

Murid-murid 6 Gigih

Murid-murid 6 Harmoni

Murid-murid 6 Intelek

Murid-murid 6 Jujur

Murid-murid fokus menjawab soalan


No comments:

Post a Comment