Tuesday 17 October 2023

Ceramah Teknik Belajar Dengan Berkesan (I-Think Skill) Bagi Subjek Matematik Bagi Pelajar Tahun 6

Pada hari ini, SK Taman Putra Perdana sangat bertuah kerana dikunjungi oleh pihak Usaha Taqwa Solution bagi mengadakan Ceramah Teknik Belajar Dengan Berkesan (I-Think Skill) khas kepada semua murid Tahun 6. Program ini telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah kepada Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Matematik. 

Berikut merupakan maklumat program:

Tarikh: 17 Oktober 2023

Hari: Selasa

Masa: 8.00 pagi hingga 9.30 pagi

Sasaran: Semua murid Tahun 6 termasuk murid PPKI

Penceramah: Cikgu Sri Ganapathi

Objektif program: Memberi perhatian dan penekanan khusus kepada subjek Matematik dari segi teknik dan kemahiran menjawab soalan-soalan (I-Think Skill). 

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan:

Tayangan slaid ceramah

Penceramah: Cikgu Sri Ganapathi

Pengacara Majlis: Pn. Roseniza binti Setapa

Bacaan Doa: Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

Jumlah peserta yang hadir seramai lebih kurang 300 orang murid

Murid-murid Tahun 6 termasuk murid PPKI fokus mendengar ceramah

Barisan AJK Pelaksana 

Penyampaian Sijil Jalinan oleh Guru Besar kepada wakil Usaha Taqwa Solution

Bergambar kenangan bersama penceramah dan fasilitator

Sijil Jalinan 

No comments:

Post a Comment