Tuesday 17 October 2023

Program Ziarah Cakna Siri 4/2023


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang boleh saya gambarkan dengan keluarga ini. Jananee dan Danissha merupakan 2 beradik yang perlu menghadapi kesukaran dalam kehidupan apabila ayah, nenek dan ibu saudaranya (penjaga) menghidap penyakit yang telah membantutkan usaha dalam mencari rezeki dan menguruskan hal-hal kehidupan seharian. Semoga kehadiran pihak sekolah ini mampu membuka ruang kegembiraan buat keluarga ini walaupun seketika. Kehadiran kami ini bukan semata-mata lawatan biasa tetapi hasrat yang besar agar amalan penyayang sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan penjaga murid serta sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Berikut gambar-gambar semasa lawatan dijalankan.

Puan Hajjah Rohaidah 'turun padang' bersama-sama dalam menjalankan aktiviti ziarah ini

Nenek kepada murid yang mengalami stroke.
Tidak mampu menguruskan diri tanpa bantuan orang lain

Penuh empati apabila mendengar cerita daripada nenek ini

Tuan Hj Megat Md Salleh YDP PIBG  turut sama pada program hari ini

En. Naga Kannan PK Petang hadir sama.
Banyak cerita yang dikongsikan pada hari ini

Bergambar kenangan bersama keluarga murid

Comel sangat anak ini. Berusia 1 tahun 4 bulan - adik kepada Jananee dan Danissha

Semoga keluarga ini tabah dengan ujian yang dilalui dan dapat keluar daripada kemelut yang dihadapi hasil bantuan dan sokongan pihak-pihak sekeliling. 

No comments:

Post a Comment