Tuesday 31 October 2023

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah- Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah 2023

 Hari ini telah berlangsung satu majlis Pelancaran Duta Sahsiah bagi Tahun 2023 bertempat di Dewan Perdana SKTPP. Majlis ini merupakan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Disiplin Sekolah dengan kerjasama Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM. 

Sahsiah unggul dan peribadi murid yang baik akan menentukan masa depan mereka pada masa akan datang. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah bagi memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. Dengan adanya penganugerahan Duta Sahsiah, sekali gus mampu memotivasikan diri murid dalam membentuk penampilan diri yang baik di samping meningkatkan jati diri dan memberi kesedaran bahawa pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup.

Maklumat lanjut berkaitan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah boleh klik di sini Buku Program


Seawal 6.50 pagi team menyambut kehadiran murid telah bersedia di Pagar A &B

Antara VIP yang hadir untuk majlis Pelancaran Duta Sahsiah terdiri daripada Sjn. Norsabrina binti Mohamad Ramli & Kpl. Siva Sangkari a/p Muthu Kerishnan (Pegawai Perhubungan Sekolah), Tuan Haji Megat Md Salleh bin Megat Md Arshad (YDP PIBG) dan Puan Shuhaila binti Aman (Pen. PPD Unit Sumber & Teknologi Pendidikan, PPD Sepang)

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, Nyanyian 3 buah lagu, ikrar & bacaan doa

Sesi ucapan oleh Sjn. Norsabrina binti Mohamad Ramli (PPS), Tuan Hj Megat Md Salleh bin Megat Md Arshad (YDP PIBG) dan ucapan perasmian oleh Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)

Penyampaian Anugerah Duta Sahsiah kepada Eisyan Aideen Bin Zainuddin (6 Lenovo)

Penyampaian Anugerah Duta Sahsiah kepada Damia Aesha binti Mohd Azlan (5 Solaris)

Penyampaian Anugerah Duta Sahsiah kepada Andrea  Ezzahiera binti Afizul Izham (6 Vivo)

Sesi bergambar bersama VIP dan barisan pentadbir

Ucapan wakil Duta Sahsiah (Andrea Eizzahiera Binti Afizul Izham - 6 Vivo)

No comments:

Post a Comment