KERJAYA merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Melalui pekerjaan manusia mendapat rezeki untuk menyara hidupnya, memberi nafkah kepada orang berada di bawah tanggungannya serta berbakti kepada masyarakat.
Mengikut kamus Dewan Bahasa (1996) KERJAYA adalah sebagai satu perjalanan dan kemajuan seseorang dalam satu lapangan kehidupan yang dijadikan profesion atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara mencari nafkah.
Manakala, Tolbert (1994) mendifinisikan KERJAYA sebagai 1 rantaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja dalam hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaannya.
KERJAYA menurut Super (1957,1972) merangkumi persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan peranan lain yang dilakukannya selepas bersara.
Daripada beberapa definisi dikemukakan di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kerjaya merupakan persediaan yang dilakukan oleh seseorang sebelum menceburkan diri dalam dunia pekerjaan sebenar dan peranannya selepas bersara nanti. Kerjaya juga merangkumi pemilihan pekerjaan dan melaksanakan tugas yang diamanakah.
Terdapat 6 bidang dalam kerjaya yang boleh diterokai |
No comments:
Post a Comment