Saturday 24 February 2018

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini Unit Guru Penyayang telah melaksanakan Sambutan Hari Lahir kepada murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari. 
  • Sambutan meraikan hari lahir murid-murid merupakan suatu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Semoga melalui program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak pengurusan sekolah

Objektif:
  • Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.
  • Murid merasakan diri mereka lebih dihargai.
  • Murid merasakan diri mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka akan lebih menyayangi sekolah.
Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari dalam blog SK Taman Purdana di sini.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis ini dilaksanakan:

Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi
Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Petang
Seluruh warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan "Selamat menyambut hari lahir" kepada murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari. Semoga kalian dipanjangkan umur dan menjadi insan yang bersahsiah tinggi di samping memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum.

Tuesday 13 February 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Unit Guru Penyayang Kali 1/2018

Mesyuarat jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dan mesyuarat jawatankuasa Unit Guru Penyayang telah diadakan serentak pada 12 Februari 2018 bermula pukul 12.30 tengah hari. Mesyuarat ini telah diadakan di Terminal Muafakat, SK Taman Putra Perdana.

Mesyuarat dimulakan dengan kata alu-aluan Puan Rosmah binti Jamat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Seterusnya pembentangan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling oleh Pn Juli binti Mahbah, manakala pembentangan aktiviti Unit Guru Penyayang oleh Pn Rozimah binti Yaakob.

Ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang hadir dan memberi idea-idea yang bernas untuk memantapkan lagi aktiviti yang dirancang dan aktiviti yang perlu diadakan demi kemenjadian semua murid. Turut hadir iaitu Pn Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang.

Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin hasil kerjasama semua..