Posts

Showing posts from November, 2020

Anugerah Penarafan Dan Pertandingan Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid Sekolah-sekolah KPM Negeri Selangor Tahun 2020

Image
Sekalung tahniah diucapkan kepada warga SK Taman Putra Perdana di atas kejayaan yang cemerlang dalam Majlis Anugerah Penarafan dan Pertandingan Unit Hal Ehwal Murid Peringkat Negeri Selangor yang disertai pada awal bulan Oktober 2020.  Pada hari ini keputusan pemenang pertandingan setiap kategori telah diumumkan. Majlis anugerah ini bermula tepat pada pukul 10.00 pagi di medium Youtube (KPP HEM JPN Selangor). Senarai kategori kemenangan yang diperolehi oleh SK Taman Putra Perdana: 1) Anugerah Inovasi dan Kreativiti Minda Sihat Murid Sejahtera Sekolah Rendah (Anugerah Emas) - Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semua Guru Pembimbing (En Wan Faizol bin Wan Mat, En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi, Pn Juli binti Mahbah, Pn Nor Arzah binti Hussin dan Pn Rozimah binti Yaakob) 2) Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang (Johan) - Tahniah diucapkan kepada barisan AJK Unit Disiplin termasuk Guru Bimbingan dan Kaunseling (Pn Juli binti Mahbah, Pn Rozimah binti Yaakob dan Pn Nor Arza...

Kerjaya Pendapatan Tinggi

Image
Selamat petang warga SKTPP. Apa khabar anak-anak murid semua? Semoga sentiasa sihat yea... Hari ni cikgu nak kongsi pasal kerjaya berpendapatan tinggi pula. Haaa... mesti ramai yang nak tau kan... OK, JOM!!!... Sama-sama kita tonton video di 👇👇👇

Halatuju Kerjaya

Image
Salam Jumaat dan salam sayang buat semua. Perkongsian mengenai 'Halatuju Kerjaya'.. Diharapkan murid-murid semua mendapat maklumat mengenai ilmu pendidikan kerjaya, seterusnya mempunyai matlamat hidup. Semoga satu hari nanti, kerjaya impian murid-murid akan tercapai. Jom tonton video 'Halatuju Kerjaya' ini:

Webinar Hak Asasi Kanak-kanak: Menangani Isu Rotan, Buang Sekolah dan Buli / Keganasan di Sekolah

Image
Tarikh: 26.11.2020 Hari: Khamis Medium: Zoom atau https://m.facebook.com/occ.official.my/ Anjuran: Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM Panelis: 1) Prof Dato'Noor Aziah Mohd Awal (Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM) 2) Dr Farah Nini Dusuki (Pensyarah dan penyelidik Fakulti Undang-undang UM) 3) En Saiful Effendi bin Mohd Zahari (Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia) 4) Dr Shazli Ezzat Ghazali (Pensyarah Kanan Progrom Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, UKM) 5) Sharing Session - wakil ibu dan wakil kanak-kanak Berikut adalah gambar-gambar sepanjang webinar berlangsung:

Cita-Cita Vs Minat

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua anak didik cikgu... Sempena Minggu Kerjaya ini cikgu ingin bawa anak-anak semua meneroka lebih dan lebih mengenai kerjaya. Hari ini kita lihat tentang cita-cita Vs minat. Apabila cita-cita selaras dengan minat barulah awesome!! Melalui Teori Holland, kamu boleh mengenalpasti trait personaliti yang sesuai dengan minat dan kecenderungan sekaligus dapat membuat keputusan yang realistik untuk menceburi sesuatu bidang pekerjaan. Berikut 6 jenis personaliti yang boleh kamu pelajari. R.I.A.S.E.C Saksikan video ini untuk lebih memahami konsep cita-cita Vs minat "Semoga Bermanfaat"

Sembang Santai Bersama-sama Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) Daerah Sepang

Image
Tarikh: 25.11.2020 Hari: Rabu Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari Medium: Google Meet Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar. Semua sekolah diminta membuat pembentangan berkaitan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang PKPB mulai 14 Oktober 2020 hingga cuti sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung:

Jom Main..!!! Apa Pekerjaan Mereka?

Image
Assalamualaikum.. Selamat petang anak-anak SKTPP. Semoga semuanya sihat-sihat dan gembira bersama orang-orang tersayang😀😀😀 Dah habis kelas online ke??? Mesti dah penat kan??? JOM!!! Petang ni cikgu nak share dengan anak-anak semua  template permainan "Dam Kerjaya". Anak-anak boleh print dan main besama adik-beradik di rumah. TAPI... jangan gaduh-gaduh tau. Untuk buat dadunya anak-anak boleh google "Paper dice template". Macam-macam dadu boleh belajar buat dari situ. Ok, SELAMAT MENCUBA.... #Bulankerjayauntuksemua #Staysafeathome

Pilihan kerjaya

Assalamualaikum dan salam sweet dari Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk semua murid yang cikgu sayangi. Murid-murid pernah tak terfikir atau ada angan-angan tentang masa depan nanti? Setelah habis sekolah atau kolej atau universiti nanti nak kerja apa..? Bagus sebenarnya jika murid-murid ada terfikir atau mempunyai angan-angan tersebut sebab secara tidak langsung murid-murid telah ada matlamat dan hala tuju. Tinggal lagi murid-murid perlu berusaha dan berdoa untuk mencapai matlamat tersebut. Selanjutnya jom kita tonton video kerjaya berikut. Cikgu juga ada sediakan soalan mudah di sini. Jawab tau... Video dan soalan ini pun cikgu dah masukkan dalam Google Classroom. Murid-murid boleh tonton dan jawab dalam Google Classroom atau pun di dalam blog ini. Jangan lupa...jawab soalan yang mudah ini.  Klik soalan di sini. Sekian, terima kasih.

Pertandingan Madah Intelek PRS tahun 5/2020

Image
 Pagi tadi telah berlangsung buat pertama kalinya Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5 secara atas talian menggunakan medium Google Meet. Program anjuran bersama Unit Bimbingan & Kauseling dan Pusat Sumber Sekolah ini bermatlamat untuk melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan  diperingkat sekolah rendah. Melalui pertandingan seperti ini, diharapkan agar PRS berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas serta berani berdepan dengan khalayak ramai. Sasaran peserta pertandingan ini adalah dikalangan PRS Tahun 5 seramai 17 orang. Namun, disebabkan beberapa kekangan yang timbul, hanya 4 orang peserta sahaja yang dapat membuat pembentangan melalui medium Google Meet. Tahniah dan syabas diucapkan kepada keempat-empat peserta yang berani menyahut cabaran. Pertandingan ini mengandungi 2 bahagian yang terdiri daripada Pembentangan (5 minit) tajuk yang diberi seminggu sebelum tarikh pertandingan iaitu Peranan dan Tangu...

Minggu Kerjaya "Meneroka Kerjaya Pilihan" 2020

Image
  Salam PKPB.... Didoakan semoga seluruh warga SKTPP kekal sihat di samping keluarga tersayang. Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan Minggu Kerjaya bermula 23hb November - 9 Disember 2020. Sasaran adalah semua murid Tahun 1-6. Program ini bertujuan mendedahkan murid dengan maklumat kerjaya sebagai persediaan awal sebelum menempuh alam pekerjaan kelak. Ia juga secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada murid untuk terus berusaha mencapai cita-citanya. Semoga dengan adanya program ini dapat menambah lagi pengetahuan murid-murid berkaitan kerjaya yang akan mereka tempuhi pada masa akan datang. Berikut aktiviti yang dirancang sepanjang Minggu Kerjaya ini: 1. Info Kerjaya disebarkan di medium FB UBK, Blog Bimbingan & Kaunseling & GC "Guru Bimbingan Anda" (23 Nov - 8 Dis 2020) 2. Pertandingan Kerjaya (25 Nov - 7 Dis 2020) Mencipta Infografik Kerjaya (Terbuka Tahap 2) Video Bicara Kerjaya-Kerjaya Impian (Tahun 5&6) Nyanyian Kreatif (Tahun 4) Kamus M...