Posts

Showing posts from July, 2021

Tanya Sama Hati

Image
Assalamualaikum dan salam inspirasi dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kami sentiasa mendoakan agar kita sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai "Tanya Sama Hati". Sudahkan kamu mendengar apa kata hatimu? Ini kerana hanya 'HATI' yang paling mengetahui mana yang baik dan buruk bagi diri masing-masing. Sesungguhnya tiada yang lebih memahami hati daripada Penciptanya. Hati merupakan raja dalam diri seseorang. Seluruh tubuh adalah pasukannya. Jika rajanya baik, maka baik jugalah pasukannya dan begitulah sebaliknya. Mulut atau bahasa lisan serta bahasa isyarat yang dinyatakan oleh seseorang kepada orang lain, ada kalanya tidak jujur. Ia tidak mengikuti kata hati dan hati selalu pura-pura tidak mengetahuinya. Jika hati boleh berkata-kata, mungkin ia akan lebih jujur daripada mulut. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah se...

Jom Kongsi : Tips Sayangi Diri @ Self Love

Image
Assalamualaikum, Salam ceria... salam bahagia 😊😃😃 buat anak-anak dan semua warga SKTPP. Cikgu doakan kita semua sentiasa sihat, ceria, bahagia dan bersemangat dalam meneruskan kehidupan. Minggu ni, cikgu nak kongsikan tentang Tips Sayangi Diri @  Self Love.  Haaa...  Self Love  tu apa ye?? Ia bermaksud mencintai diri sendiri yang mana ianya melibatkan aspek menyedari diri, menghargai diri, percaya diri dan ambil berat dengan diri sendiri. Bagaimana caranya?? Jom kita tengok poster dan video yang cikgu sediakan di bawah👇👇 Semoga perkongsian cikgu ini dapat membantu anak-anak semua menyayangi dan menghargai diri sendiri seterusnya menghadapi hidup dengan penuh rasa bahagia dan sejahtera 💕💕💕 #selflove #staysafe #kiaskukenaldiriku #jpnselangor #bpsh

Terapi Ketawa

Image
Selamat kembali meneruskan PdPR sayang-sayang cikgu.. Didoakan kamu sihat, ceria dan bersemangat untuk teruskan pekerjaan sebagai murid iaitu menuntut ilmu... Ayuh, teruskan dengan semangat luar biasa itu😀😀😀😀 Hari ini cikgu ingin kongsikan mengenai satu terapi yang tidak perlukan kos!! Yang perlu hanyalah modal percuma yang Allah kurniakan iaitu mulut dan suara😁 Terapi yang cikgu maksudkan ialah TERAPI KETAWA. Banyak manfaat jika kita mengamalkannya. Cikgu akan terangkan di dalam video yang telah cikgu sediakan khas untuk murid-murid yang cikgu sayangi.  Terapi penting untuk diri kita bagi membuang 4 sampah sarap pemikiran yang mengganggu kehidupan seharian. Pemikiran yang tidak terkawal merupakan penyebab utama individu terperangkap dalam terowong kesihatan mental. Segera untuk kita sedari apakah 4 sampah sarap yang perlu kita buang itu. 🙍Menyesal perkara yang sudah lepas 💆Fikir masalah tanpa penyelesaian 💁Fikir perkara yang sama berulang-ulang 🙇Bimbang tentang masa depan...

Jom Jadi Best Dengan Melakukan Amalan Baik

Image
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan yang memuaskan. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan berkaitan Jom Jadi Best Dengan Melakukan Amalan Baik. Perkara yang baik mesti diteruskan manakala perkara buruk perlu ditinggalkan.  Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan amalan baik, cikgu ingin mengajak semua murid menonton video Amalan Baik dan menjawab soalan kuiz. Jom semua.. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video "Amalan Baik"  Sila klik pautan ini untuk uji diri: Terima kasih. Selamat bercuti dan jumpa lagi. #kiaskunaldiriku #staysafe #jpnselangor #bpshkpm #kpm

Jom Kongsi : Bicara tentang Kemarahan

Image
Assalamualaikum, Salam ceria... Salam bahagia😃😃😃 dan Salam inspirasi buat semua warga SKTPP dan teristimewa buat anak-anak didik di SKTPP. Semoga semuanya sentiasa tenang dan bahagia bersama orang-orang tersayang💕💕. Dalam Jom Kongsi minggu ni, cikgu nak berbicara tentang "Kemarahan"👿👿👿 Haaa... sebagai manusia biasa, kita pastinya ada perasaan MARAH. Perasaan marah ini merupakan salah satu emosi negatif yang wujud dalam diri setiap individu. Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila individu merasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi merah (menahan marah), anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan menjadi bercelaru. Kadang-kadang ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam. Emosi marah yang tidak dapat dikawal, boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Allah s.w.t turut menyeru manusia supaya menahan mar...

Jadual Pelaksanaan Saringan Minda Sihat Tahun 5 & 6 2021

Image

Sembang Santai : Kamu Tanya Cikgu Jawab

Image
Assalamualaikum....  Happy Monday untuk semua murid SKTPP💓💓💓💓💓 Senyum seindah suria Yang membawa cahaya Senyumlah dari hati Duniamu berseri..... Bait-bait kata di atas amatlah bermakna seterusnya boleh membawa impak kepada mood kita. Senyum boleh membuat kita bahagia😊. Senyum juga merupakan titian dalam kehidupan. Dengan senyuman kemesraan menguntum dan ikatan terjalin. Walaupun hari ini cikgu bukan ingin bercerita tentang senyum tetapi, senyum sangat penting untuk membawa kita ke arah pemikiran yang positif.  Baiklah, apa yang ingin cikgu kongsikan dalam sembang santai pada hari ini ialah tentang soalan-soalan yang sering ditanya oleh murid-murid kepada Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK). Sayang-sayang, di SKTPP ada 3 orang GBK. Suka cikgu ingatkan di sini yang kami sentiasa bersedia membantu sayang-sayang. Luahan, pertanyaan tentang masalah, inginkan tips.... semua itu in sha Allah kami bersedia dan ada jawapannya. Jangan segan-segan dan malu-malu...  we love...

Mesyuarat Guru Bil 3/2021

Image
Pada hari ini tepat jam 8.30 pagi, semua guru SK Taman Putra Perdana termasuk Guru Bimbingan dan Kaunseling telah bersua secara maya untuk menghadiri Mesyuarat Guru Bil 3/2021 bertempat di Microsoft Teams.  Berikut merupakan bahan taklimat yang disampaikan: (Sila klik pada setiap gambar di bawah untuk mendapatkan bahan taklimat) Taklimat SPdPR disampaikan oleh En Hafiz bin Md Noor (Penyelaras ICT) Taklimat Pentadbiran disampaikan oleh Pn Azizah bt Mokhlas (PK Pentadbiran) Taklimat HEM disampaikan oleh Datin Noraizah bt Dun (PK Hal Ehwal Murid)  Taklimat Unit BnK disampaikan oleh Pn Nor Arzah binti Hussin (Guru Bimbingan dan Kaunseling) Taklimat Pengurusan Kokurikulum disampaikan oleh En Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) Taklimat Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum disampaikan oleh Pn Astina bt Mahad Nor (Setiausaha Kokurikulum) Taklimat Pengurusan PPKI disampaikan oleh Pn Noor Hayati bt Yusof (Guru PPKI) Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang mesyuara...

Pendidikan Kerjaya Murid : Cita-cita

Image
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Perkongsian dari Unit Bimbingan dan Kaunseling hari ini adalah "Pendidikan Kerjaya Murid : Cita-cita". Cita-cita adalah suatu impian dan harapan seseorang. Soalan tentang cita-cita sering ditanya sejak seseorang itu masih kecil lagi. Oleh itu sudah pasti cita-cita amat penting dan terlalu istimewa kepada seseorang individu. Antara keistimewaan jika seseorang individu memiliki cita-cita ialah akan menjadi pendorong atau pembakar semangat dalam mengharungi kehidupan. Contohnya, jika seseorang bercita-cita untuk menjadi doktor, sudah tentu dia akan belajar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-citanya itu.  Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan cita-cita, cikgu ingin mengajak semua murid menonton video cita-cita dan menjawab soalan kuiz. Jom semua...... Semoga perkongsian ini bermanfaat Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video "Cita-cita". AKTIVITI KUIZ: Jom klik pautan ...

Jom Kongsi : Hala Tuju Pendidikan Selepas Tamat Sekolah Rendah

Image
Assalamualaikum, salam ceria dan salam bahagia😊😊😊 buat anak-anak didik dan semua warga SKTPP. Semoga sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang💕💕. Sedar tak sedar telah hampir 2 tahun kita lalui situasi pembelajaran yang agak sukar. Namun, sebagai guru dan murid kita perlu lalui situasi ini dengan redha dan fikiran terbuka agar kita tidak mudah tertekan dan boleh menyebabkan berbagai masalah yang mendatang. Landskap pendidikan negara berubah dengan ketara sepanjang tahun lalu susulan pandemik COVID-19, dan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tergalas cabaran besar terutama bagi menangani isu penutupan dan pembukaan sekolah yang menjadi satu perkara yang membabitkan masa depan anak bangsa. Antara yang perlu dipertimbangkan KPM adalah menjaga keselamatan dan pada masa sama memastikan anak bangsa tidak tercicir pelajaran. Pemansuhan UPSR adalah antara pilihan yang dibuat oleh KPM ekoran daripada pandemik yang melanda. Situasi ini bukan bererti terhentinya perju...

Taklimat Program Minda Sihat Sekolah-sekolah Daerah Sepang Tahun 2021

Image
Pada hari ini unit HEM Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan kerjasama dari Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang telah menganjurkan Taklimat Program Minda Sihat untuk semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang. Maklumat terperinci seperti berikut: Tarikh: 6 Julai 2021 Hari: Selasa Masa: 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari Platform: Google Meet Penyertaan: Guru Bimbingan dan Kaunseling SK, SRA, SJKT, SJKC, SMK, SAM dan SMT Ucapan oleh Encik Mohd Ezuari bin Ahmad, Penolong Pegawai Unit HEM JPN Selangor

Sembang Santai : Tips Meneroka Minat Kerjaya

Image
Assalamualaikum.. Salam Inspirasi, salam satu cita-cita untuk murid-murid SKTPP💓 Sembang Santai cikgu pada hari ini, perkongsian mengenai bidang pendidikan kerjaya yang bertajuk "Tips Meneroka Minat Kerjaya". Sebelum kita menetapkan sesuatu cita-cita kita perlu meneroka terlebih dahulu minat kerjaya kita. Hal ini penting agar pemilihan kerjaya pada masa akan datang selari dengan minat kita. Di sekolah ujian psikometrik dijalankan untuk murid Tahun 6 bertujuan melihat kecenderungan kerjaya seseorang murid itu. Bagi murid-murid yang lain, jangan risau guru-guru B&K sentiasa bersedia dalam memberikan maklumat kerjaya bermula Tahun 1 lagi. Jangan segan-segan ya untuk kami bantu kamu meneroka dengan lebih jauh lagi. Anda tidak keseorangan....Terus hubungi kami untuk perkhidmatan bimbingan. Sayang-sayang ....kamu juga boleh cuba wordwall ini. Menguji pengetahuan sedia ada kamu! Let's try............... Klik di sini wordwallkerjaya #kiaskukenaldiriku #staysafe #jpnselangor ...

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Bulan Julai 2021

Image
Unit Guru Penyayang ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada semua murid SKTPP yang lahir pada bulan JULAI. Video ini dedikasikan daripada Ustaz Ahmad Zubair khas untuk kalian. #staysafe

Berdisiplin Di Rumah

Image
Assalamualaikum dan  salam inspirasi khas buat semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Semoga semua murid sentiasa bersemangat meneruskan pembelajaran di rumah. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan berkongsi mengenai "Berdisiplin Di Rumah".  Perkara yang amat penting dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) ialah bagaimana disiplin ketika di rumah. Tujuannya supaya kita sentiasa berkelakuan baik walau di mana jua kita berada. Sesungguhnya disiplin diri seseorang individu adalah bermula dari rumah.  Seterusnya marilah sama-sama kita menonton video "Berdisiplin Di Rumah" untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut. Semoga perkongsian ini bermanfaat.  Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video "Berdisiplin Di Rumah".  #kiaskukenaldiriku #staysafe #jpnselangor #bpshkapm #kpm