Posts

Showing posts from September, 2017

Program Anugerah dan Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Peringkat Daerah Sepang 2017

Image
Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Sepang telah menganjurkan Program Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Peringkat Daerah Sepang 2017 bertempat di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sungai Pelek, Sepang. Tokoh jemputan ialah Tan Sri Datin Seri Hajah Zaleha Binti Ismail. Biodata Tokoh Warga Emas: YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Binti Ismail antara nama pemimpin wanita di tanah air. Beliau menjawat jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1995 hingga 1999. Beliau kelahiran Kuala Langat Selangor. Bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Pelek dan Universiti Malaya - Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) pada tahun 1961. Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail juga Naib Presiden MUBARAK, Majlis Bekas Anggota Parlimen Malaysia dan Presiden Majlis Malaysia untuk Kebajikan, Presiden Gabungan ASEAN Pertubuhan Wanita dan Presiden Kebangsaan Pertubuhan Wanita. Beliau juga adalah tokoh yang berpe...