Posts

Showing posts from July, 2019

Penghantaran Dokumentasi Pertandingan Amalan Terbaik Bimbingan dan Kaunseling (ATB&K) Daerah Sepang 2019

Image
Alhamdulillah, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana telah berjaya menyiapkan dan menghantar dokumentasi pertandingan amalan terbaik Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang 2019. Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, barisan tenaga pengajar, semua murid, staf sokongan, pekerja pembersihan serta warga SKTPP yang sentiasa memberi sokongan dan bekerjasama melaksanakan amalan terbaik ini di sekolah. Semoga amalan terbaik yang sentiasa dilaksanakan di sekolah ini iaitu Kalam Pendeta akan diiktiraf di peringkat Daerah Sepang. Insyaa Allah.. Kaedah penilaian pertandingan Amalan Terbaik B&K Surat iringan penghantaran dokumentasi Penghantaran dokumentasi kepada Tn Hj Mohamad Shamshul bin Shahid (Penolong Pegawai PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid) Dokumentasi Amalan Terbaik dari SKTPP

Karnival Pendidikan Kerjaya Sekolah-sekolah Daerah Sepang Tahun 2019

Image
Tarikh : 18 Julai 2019 Hari : Khamis Masa : 8.30 pagi hingga 2.00 petang Tempat : Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi Anjuran bersama : Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Sepang dan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang Senarai nama murid dari SK Taman Putra Perdana: 1. Nurul Iftitah binti  Asfarizman - 5 Vanadium 2. Nurul Izzah Adani binti Zamree - 5 Vanadium 3. Muhammad Adrian Putra bin Mohamad Kamanoradriadi - 5 Uranium 4. Farish Arsyad bin Mohamad Faizal - 5 Uranium 5. Nur Shahidatul Fathia binti Jafri - 5 Titanium 6. Nursyahirah Adilah binti Shamsul - 5 Titanium 7. Muhammad Izudin binti Baharani - 5 Platinum 8. Muhammad Akief Fahmie bin Fadzli - 5 Platinum Senarai nama guru yang hadir: 1. Pn Juli binti Mahbah 2. Pn Nor Arzah bt Hussin 3. Pn Rozimah bt Yaakob Pengenalan: Pendidikan kerjaya merupakan salah satu cabang dalam bidang tugas dan tanggungjawab. Semua pelajar perlu memahami kerjaya apa yang bersesuaian dengan personaliti merek...

Program Ziarah Cakna Siri 8

Image
Ziarah Cakna diteruskan pada bulan ini dengan menziarahi keluarga murid di Pangsapuri Anggerik. Semakin bersemangat murid untuk ke sekolah apabila dilawati oleh Guru Besar, YDP PIBG, Guru Bimbingan & Kaunseling dan guru kelasnya, Pn Nik Kamisah. Gambar yang dirakam semasa menziarahi keluarga murid ini  Kembali bersemangat untuk ke sekolah...alhamdulillah Murid gembira........guru senang hati Selesai di Pangsapuri Anggerik kami ke Pangsapuri Siantan untuk menziarahi keluarga Nurul Ain bt Abd Halim (5 Kuprum) yang baru sahaja kehilangan ibunya petang semalam akibat kanser payudara. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Nurul Ain dan semoga beliau tabah menghadapinya. Semoga Nurul Ain redha menerima ketentuan ilahi.