Posts

Showing posts from February, 2022

Anugerah Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu Tahun 2021

Image
Anugerah Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu bagi Tahun 2021 telah berlangsung dengan jayanya di SK Taman Putra Perdana. Majlis secara ringkas yang dilaksanakan ini bertujuan: 1) Mengiktiraf  PRS yang mencapai PRS Tahap Bongsu. 2) Mengiktiraf PRS yang cemerlang dari segi sahsiah iaitu bersikap bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas.  3) Meningkatkan motivasi dan semangat kepada semua PRS untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. 4) Mengeratkan hubungan antara guru dengan PRS serta PRS dengan PRS.  Majlis ringkas ini diadakan sebanyak 5 kali mengikut kumpulan PRS berdasarkan  giliran mereka hadir ke sekolah seperti berikut: TARIKH/HARI MASA SASARAN 13 Januari 2022 Khamis 10.30 pagi PRS Tahap Bongsu Peringkat Kebangsaan (Qhalesya Nur Iman binti Muhammad Khaizul Azam)     14 Februari 2022 Isnin 9.00 pagi - ...

Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA

Image
Hari ini, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana sangat bertuah kerana dapat turut serta ke Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA yang dilaksanakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd. Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang hebat serta mampu bersaing di peringkat dunia.  Link Youtube:  https://www.youtube.com/watch?v=xLwgdZbpWXA&t=1719s atau  https://www.youtube.com/watch?v=I4fctLNi87Q&t=1091s     Pengacara majlis Bergambar kenangan bersama rakan guru dari SK Cyberjaya Bergambar kenangan bersama sahabat yang kini bertugas di KPM Suasana di dalam dewan

Program Alam Menengah

Image
Program Alam Menengah telah bermula pada 19 Februari 2022 (Sabtu), pukul 2.00 petang seperti yang dirancang. Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Taman Putra Perdana (SKTPP) bersama UBK SMK Putra Perdana (SMKPP), SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP 2) dan SK Pulau Meranti (SKPM). Tujuan utama mengadakan Program Alam Menengah ialah memberi pendedahan kepada semua murid Tahun 6 dari tiga buah sekolah ini agar lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi sebelum melalui pengalaman sebenar sesi persekolahan di sekolah menengah.  Seramai 186 orang murid Tahun 6 sesi 2021/2022 dari tiga buah sekolah telah berjaya menyertai program ini dengan menggunakan medium Youtube Live.  Program dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis oleh Cik Nur Dania Atieqah binti Kamarul Azudin, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) SKTPP 2, diikuti dengan  bacaan doa oleh Encik Mohamad Yunus bin Muhsin, GBKSM SMKPP. Seterusnya u...