Posts

Showing posts from December, 2018

Jejak Adiwira Kidzania 2018

Image
Program Adiwira Kidzania merupakan satu program khas Jabatan Pendidik an Negeri Selangor (JPNS) dengan kerjasama Kidzania Kuala Lumpur. Tahun ini merupakan tahun ketiga program ini dilaksanakan dan merupakan tahun pertama Daerah Sepang menghantar wakil ke peringkat negeri. Menyokong usaha JPNS dalam Projek Kerjaya Adiwira Kidzania, SK Taman Putra Perdana telah membawa seramai 80 orang murid (Tahun 3 - 6) menyertai Road Tour To Kidzania pada 3 Oktober 2018 yang lalu. Rentetan daripada program Road Tour To Kidzania, sekolah telah menghantar 2 orang wakil murid ke Pertandingan Tokoh Adiwira dan Buku Skrap di peringkat negeri iaitu :   Muhammad Adam Azfar bin Mazlan (Tokoh Adiwira)  Nur Ainin Syafila bt Azmi (Pertandingan Buku Skrap) Sekalung tahniah kepada Muhammad Adam Azfar kerana berjaya menjadi finalis untuk Tokoh Adiwira di peringkat negeri sekaligus telah dinobatkan sebagai Tokoh Adiwira Peringkat Daerah Sepang semasa Majlis Penganugerahan Tokoh Adiwira Selangor