Program Maju Diri 2017

Program Maju Diri (PMD) Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di sekolah-sekolah Negeri Selangor. Antara objektif program ini adalah untuk :- *Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama. *Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar *Membentuk matlamat hadir ke sekolah *Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas Program ini telah berlangsung selama 2 hari (4 & 5 Januari 2017) iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi pada hari pertama dan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.50 tengah hari pada hari kedua. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, LDK 1 (Suai Kenal Rakan Sekelas), Ceramah (Pembentukan Matlamat), LDK 2 (Strawku..strawmu..) dan LDK 3 (Bolos). Buku program yang dihasilkan oleh Cikgu Rusydan Bersedia untuk aktiviti Senamrobik Kita mulak...