Hari ini semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang telah menyertai Taklimat Pemantapan Profesionalisme Guru Bimbingan & Kaunseling. Taklimat yang diadakan secara dalam talian Google Meet ini adalah anjuran MGKK Sepang dengan kerjasama JPN Selangor. Semoga maklumat yang diperolehi akan dimanfaatkan kepada murid-murid serta sekolah masing-masing.
Friday, 30 April 2021
Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan April 2021
Alhamdulillah..
Sesi persekolahan bersemuka dapat diteruskan lagi pada bulan April.Guru-guru bersemangat menyambut kehadiran murid di pagar A dan dipagar B. Murid-murid juga begitu seronok bila dapat datang ke sekolah berjumpa guru-guru dan dapat belajar di dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain setelah sekian lama mereka belajar secara alam maya. Seperti biasa sebelum masuk ke premis sekolah ,unit guru penyayang dan guru bertugas yang bertugas setiap hari menyambut kedatangan murid akan berpesan supaya sentiasa mematuhi SOP.
Permulaan minggu pertama bulan April iaitu hari Isnin dari jam 1.20 petang sehingga 1.50 petang. Unit guru penyayang dengan kerjasama guru-guru yang lain telah mengadakan program Mentor Mentee di dalam kelas melibatkan PRA sekolah, Tahun 1 sehingga tahun 6. Semoga program ini akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.
Pada bulan April ini juga, tanggal 13/4/2021 umat islam menyambut bulan Ramadhan. Sepanjang hari persekolahan di bulan Ramadhan. Murid-murid Tahun 1 sudah ramai belajar berpuasa.
Di minggu terakhir persekolahan bulan April, pihak sekolah menerima arahan dari Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah ditutup pada 26 April & 27 April dan penutupan sekolah buat kali ke-2 iaitu pada 29 & 30 April 2021 akibat pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah.Sepanjang penutupan sekolah,aktiviti pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara PdPR.
Berikut adalah beberapa gambar sepanjang bulan April 2021.
![]() |
Murid-murid sesi pagi disambut dari luar pagar sekolah lagi |
![]() |
Suhu diambil sebagai pematuhan SOP |
![]() |
Murid-murid diminta untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas |
![]() |
Guru-guru sesi petang mengambil suhu murid di pagar B |
![]() |
Penjarakkan masih dijaga |
![]() |
Sambil mengambil suhu, sempat lagi cikgu Shahir bertanya khabar murid-murid |
Zalina bt Ismail
AJK Guru Penyayang
Wednesday, 28 April 2021
Pentaksiran Psikometrik Tahun 2021
Berdasarkan surat daripada Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan surat KPM.600-17/1/45 (69) bertarikh 16 April 2021, semua sekolah rendah dan menengah perlu melaksanakan Pentaksiran Psikometrik.
Objektif pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan kecenderungan murid. Selain itu, PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenal pasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran di dalam bilik atau di luar bilik darjah. Perkara ini selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan sahsiah dan kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.
SKTPP telah melaksanakan Pentaksiran Psikometrik pada 28 April 2021. Sasaran murid terdiri daripada semua murid Tahun 6. Semua guru, ibu bapa / penjaga dan murid telah dimaklumkan mengenai PPsi terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Taklimat secara atas talian telah dilaksanakan pada 6 Februari 2021, boleh klik di sini :
http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/02/taklimat-psikometrik-tahun-6.html
![]() |
Kertas soalan |
![]() |
Kertas jawapan |
![]() |
Murid-murid kelas 6 Arif |
![]() |
Murid-murid kelas 6 Bestari |
![]() |
Murid-murid kelas 6 Cerdik |
![]() |
Murid-murid kelas 6 Dedikasi |
![]() |
Murid-murid kelas 6 Efisien |
![]() |
Murid-murid 6 Fokus |
![]() |
Murid-murid 6 Gigih |
![]() |
Murid-murid 6 Harmoni |
![]() |
Murid-murid 6 Intelek |
![]() |
Murid-murid 6 Jujur |
![]() |
Murid-murid fokus menjawab soalan |
Saturday, 24 April 2021
Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5
Hari ini telah berlangsung satu lagi program motivasi khas untuk semua murid-murid Tahun 5, SKTPP. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa kepada setiap individu. Program ini juga diharap dapat membuka minda dan membina kesedaran murid-murid tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membina kecemerlangan diri dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling ini mendapat kerjasama dari Konsultan Idratul Ilmi yang bertanggungjawab dari segi penyediaan link zoom dan penceramah. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.40 pagi.
Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung..
Friday, 23 April 2021
Jom Sertai Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Program Motivasi pengurusan Masa Tahun 5 akan dilaksanakan berdasarkan butiran berikut:
π Tarikh: 24 April 2021
π Hari: Sabtu
π° Masa: 8.30 pagi - 10.40 pagi
⛳️Tempat: Lokasi murid masing-masing
π©π»π» Medium: Aplikasi Zoom
π©π»πSasaran: Semua murid Tahun 5
π π π :
1️⃣ Mohon kerjasama ibu bapa yang belum memuat turun aplikasi Zoom dalam laptop atau handphone, bolehlah memuat turun sebelum program bermula.
2️⃣ Semua peserta yang menyertai program ini akan diberikan sijil (secara online).
![]() |
Contoh sijil |