Posts

Showing posts from March, 2020

Program Ziarah Cakna 2020 (Siri 3)

Image
Program Ziarah Cakna diteruskan lagi pada hari ini dengan menziarahi keluarga murid iaitu Siti Zulaikha bt Mohd Zaizi (6 Engineer) dan Muhammad Zain bin Zaizi (2 Nitrux) di IT Dayana, Taman Putra Perdana. Bapanya En Mohd Zaizi telah mengalami strok sejak 7 tahun lalu dan kini masih terlantar di katil tanpa boleh bekerja seperti bapa yang lain. Walaubagaimanapun, ketabahan Puan Zubaidah ibu kepada murid ini sangatlah kami kagumi. Semoga keprihatinan pihak sekolah dan PIBG dengan ujian yang dialami oleh keluarga ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga ini. Lawatan hari ini dihadiri oleh : Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) Tn Hj Khairul Azhar b Muhammad Suffian (YDP PIBG) Datin Noraizah bt Dun (PK HEM) Pn Juli bt Mahbah (Guru Bimbingan & Kaunseling) Pn Nor Arzah bt Hussin (Guru Bimbingan & K aunseling) Cik Roslinda bt Mansor (Guru Kelas, 6 Engineer) Pn Safinatunajakh bt Mat Som (Guru Kebajikan) Gambar semasa lawatan dijalank...

Program Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Januari dan Februari, 2020

Image
Dua bulan telah berlalu semenjak sesi persekolahan 2020 bermula. Walaupun sesi persekolahan baru sahaja berlangsung, Program Guru Penyayang telah pun bersedia dengan aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari. Aktiviti ini dijalankan pada kedua-dua sesi seperti berikut: Sesi pagi: 7.00 hingga 7.20 pagi Sesi petang: 1.00 hingga 1.20 tengah hari       Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini telah dan akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2020 dan telah menjadi satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah.        Ucapan-ucapan positif dan senyuman manis yang diukirkan oleh guru untuk murid bermula dari pagar A dan B dapat menjadikan murid lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan. Semoga aktiviti ini dapat memberikan impak positif kepada murid-murid SK Tam...