Posts

Showing posts from February, 2020

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020

Image
Majlis Sambutan Hari Lahir Murid telah dirancang oleh Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM). Murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari telah diraikan bermula 25 Februari 2020 serta dilaksanakan mengikut kelas masing-masing. Walaupun majlis ini diraikan secara sederhana, tetapi kesannya amat bermakna kepada murid terutama kepada mereka yang diraikan. Perasaan disayangi dan dihargai serta rasa kesyukuran dapat dipupuk melalui majlis ini. Tidak dapat dinafikan ada dalam kalangan murid-murid ini tidak pernah diraikan hari lahir mereka. Oleh itu, pengalaman ini amat bermakna buat semua murid. Kami warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufiq, rahmah, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya untuk semua murid yang diraikan. Didoakan kalian sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.. Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu : Kursus Asas Kemahiran Komunikasi Tahun 2020

Image
Pada 20 Februari 2020 telah berlangsungnya Kursus Tahap Bongsu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit PPDa untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Sahabat PPDa bertempat di Terminal Muafakat, SKTPP.  Buku program      Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Bongsu ini perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan asas-asas kaunseling dan komunikasi dalam kalangan ahli PRS. Kursus ini juga bertujuan untuk membina satu kumpulan murid yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif. Selain itu, ahli PRS akan menjadi salah satu wadah bagi murid lain berkongsi kebimbangan dan mencurahkan perasaan yang tidak dapat dikongsi dengan orang dewasa. Ahli PRS juga berupaya membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti rakan-rakan mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.       Berikut adalah gambar suasana sepanjang kursus ini berlangsung.  Pengenalan Sahabat PPDa dan tugas-tugas Sahabat PPDa. 

Program Ziarah Cakna 2020 (Siri 2)

Image
Siri kali ini rombongan Ziarah Cakna bersama-sama barisan pentadbir, AJK PIBG, Guru Bimbingan & Kaunseling serta guru-guru telah ke rumah murid yang telah mengalami kecederaan di pinggang semasa pertandingan ragbi baru-baru ini. Maklumat murid tersebut adalah seperti berikut : Nama Murid : Muhammad Hasbul Hadi bin Mohd Sauzi Kelas               : 6 Programmer Alamat         : No 37, Jln PP 2/23 Taman Putra Perdana  Alhamdulillah, keadaan murid semakin stabil. Semoga dengan kehadiran pentadbir, guru dan AJK PIBG (Pn Normawati) sedikit sebanyak memberi semangat baru kepada Muhammad Hasbul Hadi dan keluarganya.  Guru-guru bersama Muhammad Hasbul Hadi Pn Normawati (AJK PIBG) turut sama-sama dalam Ziarah Cakna kali ini Hasbul Hadi bersama En Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) Sumbangan daripada warga sekolah telah disampaikan  oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)