Posts

Showing posts from June, 2018

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 (Sesi Pagi)

Image
"Raya kan sebulan..😊😊".           Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNya sekali lagi pada tahun ini kita bertemu dengan Syawal yang mulia. Setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan, tiba hari kemenangan buat seluruh umat Islam pada cuti pertengahan tahun yang lepas. Setelah dua minggu bercuti Hari Raya di kampung masing-masing kini sesi persekolahan dibuka semula.    Oleh itu, pada tanggal 29 Jun 2018 bersamaan hari Jumaat berlangsung acara Sambutan Hari Raya Aidilfiti peringkat sekolah. Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah iaitu Cikgu Rozimah, Cikgu Juli, dan Cikgu Nor Arzah telah diberikan mandat mengetuai sambutan ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya.      Sambutan ini bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran dalam diri warga SKTPP dengan kedatangan bulan Syawal yang dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Sambutan Hari Raya pada tahun ini telah dimulakan dengan bacaan surah Yasin oleh seluruh ...

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) 2018

Image
Selesai sudah program yang cukup bermakna pada hari ini. Program yang sangat memberi kesan kepada naluri, emosi dan perasaan kami semua. Seramai 37 orang murid yang terdiri daripada ahli Kelab Kerjaya & Pembimbing Rakan Sebaya bersama-sama 6 orang guru pengiring telah membuat lawatan sosial ke Rumah Jagaan Orang Tua Bait Al-Mawaddah, Shah Alam. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman baru dengan melihat sendiri kehidiupan warga tua dengan lebih dekat lagi. Di samping itu, program ini juga dapat membudayakan nilai, sikap dan amalan saling hormat-menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan dan dapat menggembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.  Berikut paparan kenangan manis bersama 39 orang warga tua di Bait Al-Mawaddah : Murid bersarapan di kantin sekolah Pn Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) memberi amanat sebelum bergerak ke Bait Al- Mawaddah Kunjungan kami disambut gembi...

Program Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Bulan Mei & Jun (Sesi Pagi & Petang)

Image
Selesai sudah sambutan hari lahir murid untuk bulan Mei & Jun 2018. Seramai 306 orang murid sesi pagi & petang yang menyambut hari lahir pada bulan tersebut. Sekalung doa untuk semua anak murid SKTPP yang menyambut hari lahir dan semoga mereka berada dalam nikmat kemanisan iman dan diberkati.                                                Berikut paparan kenangan sambutan hari lahir kali ini :                                                                Sesi Pagi  Penyampaian hadiah oleh Pn Rosmah bt Jamat Antara murid PPKI  yang menyambut hari lahir Bergambar kenangan semasa sambutan hari lahir Sesi Petang Penyampaian hadiah disem...