Thursday 13 July 2017

Program Dasar warga Emas Negara (DWEN)

Petang tadi telah berlangsung satu program khas untuk menghargai Warga Emas di Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong. Seramai 20 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SKTPP bersama Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan dan Guru-Guru Kaunseling telah menjayakan program ini.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk :-
i. Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih dekat.
ii. Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan dan dapat menggembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.
iii. Melatih PRS menggunakan teknik-teknik kaunseling apabila berhadapan dengan klien.

Bersama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung..


 Sesi Pendaftaran peserta di Bilik Bimbingan & Kaunseling sebelum bertolak 

 Di hadapan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong

 Dimana-mana pun..Warga SKTPP tetap benci DARVIH

 Di tepi pintu pagar Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas

 Menunggu penghuni Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas bersiap sedia untuk menerima tetamu

 Sambil menunggu tu...posing2 la dulu...



 Cik Linda memberi taklimat ringkas kepada PRS sebelum masuk ke ruang rehat penghuni

 Sesi ramah mesra bersama nenek-nenek dan atuk-atuk



 Banyak nasihat yang diberikan oleh atuk ni...
antaranya jangan tinggikan suara dengan mak & ayah

 Atuk sorang ni pulak...memang suka sangat main dam

 Sesi penutup program 

 Adik Hanis Syafiqah sebagai pengacara majlis

 Pn. Rohaidah turut berucap di majlis penutup

 Cik Linda berharap agar PRS tidak serik untuk datang lagi


 Penyampaian sumbangan wang hasil kutipan dari guru-guru SKTPP

 Sama-sama menikmati jamuan Hari Raya yang disediakan oleh Unit Kaunseling SKTPP


Sesi bergambar kenangan bersama sebahagian warga Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas 
sebelum bertolak pulang