Posts

Showing posts from May, 2023

Majlis Pelancaran Minggu Perpaduan Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023

Image
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik inisiatif sambutan Minggu Perpaduan Negara yang bertemakan 'Perpaduan Dalam Kepelbagaian'. Ini dizahirkan dengan penganjuran Program Perpaduan Madani KPM Tahun 2023. Program Perpaduan Madani KPM Tahun 2023 dilangsungkan selama seminggu bermula 20 hingga 27 Mei 2023.  Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Dr Norsiah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme, Tuan Hj Shafruddin bin Ali Hussin, pegawai-pegawai kanan KPM dan barisan pengurusan Bank Rakyat.   Sambutan ini bertujuan untuk membangkitkan kembali semangat kebersamaan seluruh warga KPM melalui aktiviti yang berasaskan patriotisme dan demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan. SK Taman Putra Perdana sangat bertuah kerana tersenarai dalam jemputan oleh KPM ke Majlis Pelanca...

Mesyuarat Agung PRS Sesi 2023/24

Image
Setelah beberapa tarikh dipersetujui untuk mengadakan mesyuarat ini, namun kekangan masa dan tugasan yang lain menyebabkan ianya terpaksa ditangguhkan. Akhirnya, berjaya juga laksanakan Mesyuarat Agung PRS pada 18 Mei 2023 (Sesi pagi) & 19 Mei 2023 (Sesi petang). Terima kasih buat PK HEM yang turut serta dalam mesyuarat kali ini. Sokongan puan amat kami hargai. Kepada yang berjaya menggungguli pucuk pimpinan organisasi PRS, tahniah cikgu ucapkan. Yang tidak berjaya jangan risau anda tetap hebat di hati cikgu😍. Semoga anak-anak PRS semakin matang dalam menjalankan tugas yang telah diberikan.  Selesai sahaja mesyuarat, guru-guru penasihat PRS memberikan taklimat bidang tugas dan juga nasihat penyuntik semangat untuk anak-anak PRS agar terus bermotivasi dalam menjalankan amanah.          Mesyuarat Agung PRS (sesi pagi) Bersama PRS Tahun 5 & 6  Bersama PRS Tahun 4 dan PPKI Jawatankuasa Tahun 5 & 6 Jawatankuasa Tahun 4 Mesyuarat Agung PRS (sesi...

Progam Ziarah Cakna Siri Kedua Tahun 2023

Image
Dalam mengukuhkan konsep sekolah penyayang, Ziarah Cakna hari ini berkunjung ke rumah Pn Norazizah bt Che'pi di Siantan Apartment. Beliau telah kehilangan suami pada Selasa yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Ahli keluarga masih sedih atas kehilangan suami dan ayah kesayangan. Buat adik Fareez Aiman Rizki bin Hailizal (3 Merpati) dan adik-beradik yang lain diharapkan dapat menerima takdir ini dengan redha. Setiap yang hidup pasti akan pergi. Kunjungan pihak sekolah kali ini yang diwakili oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar), Datin Noraizah bt Dun (PK HEM), En Naga Kannan a/l Vadivele (PK Petang), guru kelas dan guru-guru B&K diharap dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban kesedihan yang ditanggung oleh keluarga adik Fareez Aiman. Sayu mendengar cerita daripada ibu adik Fareez Fareez Aiman bersama abangnya. Juga merupakan bekas murid SKTPP Penyerahan sumbangan daripada warga SKTPP Bersama-sama merakam gambar dalam aktiviti ziarah ini Terima kasih diucapkan ...

Mesyuarat Agung Tahunan Dan Sambutan Hari Raya Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang Sesi 2023/2024

Image
Pada hari ini, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi setiap sekolah rendah dan menengah di Daerah Sepang diwajibkan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan seperti maklumat berikut: Tarikh: 15 Mei 2023 Hari: Isnin Masa: 7.30 pagi  Tempat: Dewan UNITEN, Bangi Tema: Warna-warni Muhibah Raya Anjuran: Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang dengan kerjasama UNITEN Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan dan Sambutan Hari Raya MGKK Daerah Sepang 2023/2024, sila klik link di bawah: https://anyflip.com/gofuz/pfko/ Surat Jemputan Program: Atur Cara Program: Teks Bacaan Doa:  Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti Mesyuarat Agung Tahunan dan Sambutan Hari Raya yang sempat dirakamkan: Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTPP hadir ke Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Raya MGKK Sepang 2023/2024 Bergambar kenangan bersama barisan Pegawai PPD Sepang, Pegawai UNITEN dan AJK MGKK Sepang 2021/2022 Bergambar kenangan bersama barisan AJK MGKK ...

Program Mentor Mentee Siri 2/2023

Image
Bertemu kembali Program Mentor Mentee Siri 2 pada tahun ini. Kali ini aktiviti Mentor Mentee sangat meriah kerana digabungkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfiti. Semua mentor dan mentee cantik bergaya memakai busana hari raya masing-masing. Pastinya semua mentee tidak sabar hendak sampai ke sekolah kerana ingin meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan secara tidak langsung aktiviti Mentor Mentee dilaksanakan.  Maklumat Program Mentor Mentee Siri 2/2023: Tarikh: 12 Mei 2023 Hari: Jumaat Sasaran: Semua murid termasuk murid Prasekolah dan PPKI Tempat: Kelas murid masing-masing Tajuk: Adab Makan Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat: 1) Mengetahui adab makan dengan betul 2) Memahami kepentingan adab makan Pautan Buku Program, sila klik link berikut: https://anyflip.com/bungw/vgei/ Lensa kamera sepanjang aktiviti: Gambar Aktiviti Sesi Pagi: Gambar Aktiviti Sesi Petang: