Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2020

Pembimbing Rakan Sebaya atau dikenali sebagai PRS merupakan nadi penggerak kepada Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K). Seramai 72 orang PRS di SK Taman Putra Perdana terdiri daripada murid Tahun 3,4,5 & 6 telah menerima watikah pelantikan pada hari ini. Perkhidmatan PRS di sekolah berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Di samping itu, PRS juga membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah, serta menjadi ikon kepada murid-murid lain. Justeru, PRS akan menjalankan tugas sebagai rakan sebaya yang positif dan berketrampilan dengan tagline "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain". Sekitar Majlis Menyerahan Watikah Pelantikan PRS Sesi Pagi Dipengerusikan oleh Pn Juli bt Mahbah dan ucapan telah disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM) Pn Rosmah menyampaikan watikah pelantikan kepada PRS Seramai 56 orang PRS sesi pagi menerima watikah pelantikan pada hari ini Bacaan ik...