Posts

Showing posts from July, 2020

Program Minda Sihat: Jom Pilih Stiker Emosi

Image
 Alhamdulillah..bertemu lagi di Blog Bimbingan dan Kaunseling. Semoga Allah S.W.T sentiasa mempermudahkan urusan kita seharian. Semua manusia tidak kira dewasa, remaja atau kanak-kanak pastinya mempunyai emosi. Emosi dapat didefinisikan sebagai pengalaman positif atau negatif yang dikaitkan dengan corak aktiviti fisiologi tertentu.  Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah kita lalui sehingga kini, pastinya ada di antara kita khususnya murid-murid akan menghadapi pelbagai emosi. Ada yang gembira, sedih, malu, marah dan sebagainya. Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merancang aktiviti "Jom Pilih Stiker Emosi"bertujuan bagi memudahkan Guru Bimbingan & Kaunseling mendapatkan maklumat berkaitan emosi murid. Aktiviti "Jom Pilih Stiker Emosi" ini diadakan dihadapan bilik Bimbingan & Kaunseling SKTPP pada waktu rehat setiap hari isnin, rabu dan jumaat. Murid-murid berpeluang memilih emosi yang mereka rasa seperti gembira, sedih, risau da...

Program Minda Sihat (Orientasi Pemugaran Emosi Murid Sekolah Rendah) Murid Tahun 5 & 6

Image
Setiap murid di Malaysia perlu dibantu emosi dan sosial bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Di samping itu, ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka. Unit Bimbingan & Kaunseling hari ini mengambil peluang dalam membantu murid-murid dengan menjalankan Orientasi Pemugaran di bawah Program Minda Sihat pada hari pertama persekolahan selepas pandemik Covid-19. Program ini  sejajar dengan kehendak garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif program adalah untuk : i/ Membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan lancar ii/ Memberi perhatian terhadap psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah semasa berasa di sekolah dan asrama iii/ Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil ...

Taklimat Pelaksanaan Projek PRS Bagi Peserta PRS@SSC Tier 1 Tahun 2020 Peringkat Negeri Selangor

Image
Tarikh: 11 Julai 2020 Masa: 3.00 petang Platform: https://youtu.be/2F5Be1pBWh4 Sasaran: Semua peserta bengkel online PRS dan guru penyelia Senarai peserta SKTPP: 1) Aisyah Sofiah binti Hanif, 6 Scientist 2) Aisyah Umairah binti Razali, 6 Lawyer 3) Aleeya Farhanna binti binti Ariffin, 6 Lawyer 4) Amira Maisarah binti Yusrithaudeen, 6 Lawyer 5) Muhammad Naqib Luqman bin Muhammad Nasir, 6 Engineer 6) Nur Aliesya Syazana binti Anas Solihin, 6 Engineer 7) Nur Naimi Qistina binti Muhamad Azmi, 6 Lawyer 8) Nur Qalisha Umaira binti Alias, 6 Pilot 9) Nurul Adriana Syahirah binti Amiruddin, 6 Engineer

Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Serta Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu

Image
Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Serta Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu telah disampaikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada semua warga pendidik SK Taman Putra Perdana. Taklimat tersebut telah dilaksanakan pada hari ini, 8 Julai 2020 pukul 12.30 tengah hari di Dewan Perdana SKTPP. Slaid yang dipamerkan semasa taklimat kepada warga pendidik: