Selamat bercuti buat anak-anak murid tersayang... Cuti sekolah bukan bermakna cuti untuk belajar dan berehat sepenuhnya. Setiap hari adalah hari terbaik untuk belajar. Manfaatkan cuti ini dengan perkara yang berfaedah!!
Saturday, 29 May 2021
Friday, 28 May 2021
Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bongsu Tahun 2021
![]() |
Penceramah Kursus Kepimpinan PRS |
![]() |
Peserta dari SKTPP |
![]() |
Gambar kenangan bersama Guru Penasihat PRS |
![]() |
Suasana ketika sesi ceramah |
![]() |
Aktiviti semasa kursus |
![]() |
4 Tahap dalam PRS |
Thursday, 27 May 2021
Jom kongsi : Gandakan Perlindungan
Salam Sayang๐๐๐
Salam Kita Jaga Kita.
Semua mesti tahu kes Covid-19 semakin meningkat dan kes kematian mencecah lebih 50 orang sehari....... Sungguh menggerunkan. Apa yang patut kita buat dengan VARIAN baru yang semakin mengganas ini? Tidak lain tidak bukan, apa yang kita sering dan kerap perkatakan iaitu menjaga SOP dan kekal di rumah jika tiada keperluan di luar.
Apa itu varian cikgu?? Mari cikgu terangkan di sini..
Varian ialah sesuatu yang menyimpang atau berlainan dari kelaziman atau keadaan asal.
Varian Covid-19 yang baru ini adalah upgrade version virus Covid-19 yang sedia ada yang mana ianya;
- Lebih mudah dan cepat merebak
- Tiada gejala atau simptom
- Sukar dikesan kes di mana hasil ujian adalah negatif namun sebenarnya virus Covid-19 telah berada di dalam tubuh namun tidak dapat dikesan.
Gandakan perlindungan daripada varian baru ini dengan amalan memakai pelitup muka berganda (double face mask). Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus Covid-19.
![]() |
Berikut adalah cara penggunaan pelitup muka berganda |
#staysafe
#stayathome
Tuesday, 25 May 2021
Jom Kongsi : Sahsiah Diri
Mesyuarat Agung Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Selangor Kali Ke-7
Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung MGKK Selangor Kali Ke-7. Salah seorang GBKSM, SKTPP telah terlibat sebagai wakil delegasi untuk Daerah Sepang. Mesyuarat Agung ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform google meet bermula jam 9.00 pagi hingga 1.10 petang.
Mesyuarat Agung ini telah direalisasikan agendanya oleh AJK MGGK Selangor sesi 2019/2021 dengan kerjasama JPN, Selangor. Mesyuarat ini telah disertai oleh hampir 200 orang perwakilan dari 10 daerah di negeri Selangor. Setiap daerah diberi kuota 20 orang sebagai delegasi perwakilan daerah. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Tuan Azmi bin Misron, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Selangor.
Jom.... kita saksikan gambar-gambar yang berkaitan Mesyuarat Agung MGKK Selangor kali ke-7..
Program Perkongsian Profesional Kaunselor Pendidikan KPM: Proshare - Self Care
Alhamdulillah, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dijemput mengikuti program yang sangat menarik, dapat mengimbas kembali ilmu dalam bidang kaunseling serta perkongsian pengalaman yang sangat hebat. Program Perkongsian Profesional Kaunselor Pendidikan KPM: Proshare - Self Care ini dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) yang dilaksanakan selama dua hari seperti butiran berikut:
Tarikh: 24 hingga 25 Mei 2021
Hari: Isnin hingga Selasa
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Platform: Cisco Webex
Speaker 1: Encik Hamdan Zainal Afuad, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Kaunseling dan Pengurusan Pendidikan IPGK Temenggong Ibrahim
Pembentang 1: Puan Salihah binti Yusoff, Kaunselor Pendidikan Negeri, JPWP Putrajaya
Pembentang 2: Puan Noor Azian binti Abd vHani, Kaunselor Pendidikan Negeri, JPN Negeri Sembilan
Pembentang 3: Puan Juhaida binti Mohamad Said, Kaunselor Pendidikan Daerah, PPD Kulai, Johor
Pembentang 4: Puan Mazliza binti Ismail, Kaunselor Pendidikan daerah, PPD Pontian
Semoga segala perkongsian yang disampaikan oleh para pembentang dapat dijadikan panduan kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.