Thursday 31 January 2019

Progran Ziarah Cakna Siri 1

Susulan hasrat Y.B Menteri Pendidikan supaya sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab maka lahirlah pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.

Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa dan penjaga di samping memahami latar belakang keluarga murid.

Manakala tujuan utama ianya dilaksanakan bagi memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid.

Hari ini pihak sekolah diwakili Guru Besar, PK HEM, Guru Kaunseling dan guru kelas  berkesempatan meluangkan masa ke rumah murid di Apartmen Anggerik. Semoga ziarah ini mampu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dan juga ibu bapa murid. 

Terima kasih juga kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) turut sama meluangkan masa dalam lawatan kali ini.

Tiba di perkarangan Apartmen Anggerik

Bergambar bersama-sama ahli keluarga murid

Sesi beramah mesra dan bertanya khabar

Puan W.Rosmawati bt W.Ibrahim (Guru Kelas) turut bersama-sama dalam dalam lawatan ini

Sebelum balik, penyampaian sedikit buah tangan untuk keluarga ini. Kami juga dibekalkan dengan sambal bilis yang sangat awesome dari keluarga ini. Semoga murah rezeki mereka.
Disediakan oleh,
Arzah Hussin

Friday 25 January 2019

Program Semarak Sahsiah (Tahun 2 & 3)

Program Semarak Sahsiah merupakan satu program yang tercetus oleh rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik yang masih dahaga akan pujukan dan nasihat para guru. Kolaborasi antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin & Panitia Agama Islam diharapkan mampu mencapai objektif utama iaitu mengurangkan bilangan murid yang tidak menghormati guru dan yang tidak berperaturan.

Program ini akan diadakan sebanyak 3 fasa mengikut perancangan tahun ini. Diharapkan ingatan demi ingatan, nasihat demi nasihat, pujukan demi pujukan oleh guru mampu memberi kesan kepada murid-murid dalam menyemai sikap menghormati guru dan beradab sopan.

Berikut paparan sepanjang program dijalankan :

Pn Nik Rosmaliza sebagai Pengerusi Majlis dalam slot pertama ceramah Tahun 3

Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah

Murid-murid menadah tangan memohon keberkatan daripada Allah SWT

Penceramah hari ini En Samri bin Othman

Murid Tahun 3 memberi sepenuh perhatian pada ceramah yang disampaikan
Pn Juli mempengerusikan majlis dalam slot yang kedua bersama murid Tahun 2
                               
Slot kedua, En Samri bersama-sama murid Tahun 2

Semoga apa yang disampaikan menjadi ingatan kepada kamu semua

Cikgu Ahmad Junaidi memulakan taklimat disiplin dengan senyuman


Taklimat disiplin disampaikan oleh Cikgu Junaidi berkaitan dengan peraturan-peraturan di sekolah

Thursday 24 January 2019

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Majlis penyerahan watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan pada 24 Januari 2019 di Dataran Perhimpunan.  

Perkhidmatan PRS berperanan membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.  PRS menjadi penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling di samping sebagai salah satu sumber rakan untuk mendapatkan bantuan.

Berikut adalah paparan gambar-gambar sepanjang majlis..

Ucapan Guru Besar
Penyerahan watikah pelantikan









Disediakan oleh :
Pn. Visva Vilasini Goppal

Saturday 5 January 2019

Program Maju Diri (PMD) & Semarak Sahsiah

Wow....
Alhamdulillah selesai sudah satu program oleh Unit Bimbingan & Kaunseling.

Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di semua sekolah di Negeri Selangor.

PMD dijalankan dengan tujuan mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama. Di samping itu program ini juga bertujuan untuk :
  • Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar
  • Membentuk matlamat hadir ke sekolah
  • Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas
  • Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan diri
  • Memberi pengetahuan dalam merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah
  • Murid belajar menghargai insan yang signifikan dalam hidup mereka terutamanya guru
Manakala, program Semarak Sahsiah ini diselitkan dengan satu slot taklimat disiplin sebagai satu ingatan di awal persekolahan.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3 & 4 Januari 2019 (Khamis & Jumaat). Berikut aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini..

1) Senamrobik
2) Ice Breaking 
3) Ceramah PMD dan Semarak Sahsiah Tahun 4,5 & 6
4) Persembahan Silap Mata
5) LDK
6) Taklimat Disiplin

Berikut paparan gambar sepanjang 2 hari program dijalankan

Senamrobik yang sungguh energetik!!
Tahniah kepada koordinator Cikgu Hafiz, Cikgu Afiq dan Ustaz Zubair

Ice Breaking (Tahun 4)
Dijalankan oleh Cikgu Rozimah....banyak belon kan? Tajuk Ice Breaking kali ini ialah belonku Belonmu

Ice Breaking (Tahun 5)
Dijalankan oleh Cikgu Arzah. Murid-murid sangat suka dengan belon..riang ria hari ini dapat meletopkan belon

Ice Breaking (Tahun 6)
Dijalankan oleh Cikgu Juli..Gigih betul meniup belon

Peserta Tahun 4
Ceramah PMD & Semarak Sahsiah disampaikan oleh Encik Mohd Samri bin Othman.
Peserta Tahun 5
En Samri menggunakan kaedah berbeza bagi setiap tahun untuk ceramahnya

Peserta Tahun 6
En Samri juga dikenali sebagai brother Sham dalam kalangan murid-murid

LDK "Uniknya Diriku" dijalankan oleh guru matapelajaran
LDK "My Go Goal" & "Tak Kenal Maka Tak Cinta" dijalankan di dalam kelas
Persembahan silap mata menghiburkan dan menarik perhatian murid-murid. Terima kasih kepada Ustaz Hadri sudi menerima jemputan kali ini

Taklimat disiplin disampaikan oleh Tuan Haji Tarmiji b Sabali (Guru Disiplin)

Sebahagian daripada aktiviti senamrobik