Thursday 29 August 2019

Program Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara Daerah Sepang 2019


Program Bicara Tokoh Warga Emas Negara (DWEN) Daerah Sepang telah dilaksanakan hari ini di Dewan SMK Putra Perdana, Puchong, Selangor. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang. SK Taman Putra Perdana telah menghantar 27 orang peserta bagi menyertai program ini.

Objektif program:
1. Memberi kesedaran awal kepada murid-murid terhadap kepentingan menghargai dan menyayangi warga emas.
2. Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid-murid dan remaja.
3. Mengamalkan nilai dan amalan saling menghormati dan menyayangi sesama insan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru.
4. Meningkatkan kesedaran murid-murid dan guru-guru tentang kepentingan warga emas terhadap masyarakat.

Atur cara program:
8.00 pagi:
- Sesi pendaftaran
- Sarapan
- Murid mengambil tempat di dalam dewan
9.00 pagi:
- Ketibaan tetamu jemputan
- Perarakan masuk ke dewan
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
9.30 pagi:
- Forum bersama dua orang warga emas
11.30 pagi:
Majlis perasmian penutup
- Ucapan aluan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Ucapan oleh Pn Rosmahwati binti Sanusi
 (Penolong Kanan Pentadbiran SMK Putra Perdana)
- Ucapan perasmian penutupan oleh Tn Hj Mohamad Shamshul bin Shahid
 (Penolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid)
- Penyampaian cenderamata jemputan warga emas
- Penyampaian cenderamata perasmi
12.30 tengah hari:
- Jamuan
- Bersurai

Senarai nama peserta SK Taman Putra Perdana:
1. Darwisy Sufi bin Suhar - 4 Jujur
2. Nur Fatini Nadia binti Zasamzuha - 4 Jujur
3. Nuraisya Damea binti Zuraidi - 4 Jujur
4. Qhalesya Nur Iman binti Muhammad Khairul Azam - 4 Jujur
5. Ain Nur Aisyah binti Idris - 4 Intelek
6. Aqil Fahim bin Fauzi - 4 Intelek
7. Nik Khairunnisa' binti Nik Syafful Hadi - 4 Intelek
8. Alya Nurfarzanah binti Azuar Affendi - 4 Harmoni
9. Nur Alya Dania binti Ikhwan - 4 Harmoni
10. Aliah Dzafirah binti Ahmad Syahir - 4 Gigih
11. Amin Nazhan Syahmi bin Syamsul Rizal - 4 Fokus
12. Mritika a/p Ravendran - 4 Fokus
13. Nik Damia Asyfa binti Nik Mohd Zul Azri - 4 Fokus
14. Alin Nazurah binti Azlee Hisyam - 4 Efisien
15. Muhammad Fadlullah bin Mohd Rasulzuki - 4 Efisien
16. Aisyah Sofiah bt Hanif - 5 Vanadium
17. Farah Damia bt Sheikh Mohamad Fahmi - 5 Vanadium
18. Husna Humaira bt Mukri - 5 Vanadium
19. Nur Auni Najihah bt Zaharuddin - 5 Vanadium
20. Wardiah Syuhada bt Mohd Azmi - 5 Vanadium
21. Putri Nur Syahira bt Sajali - 5 Uranium
22. Aisyah Umairah bt Razali - 5 Titanium
23. Sarah Alyssa binti Azri Shamsir - 5 Titanium
24. Muhammad Shahrul Aniq bin Syahrul Nizam - 5 Platinum
25. Nurmila Herliana bt Abd Hasyim - 5 Vanadium
26. Nureen Ezreen bt Zulkifli - 5 Vanadium
27. Nursyahirah Adilah bt Shamsul - 5 Titanium

Paparan gambar sepanjang program berlangsung:


Jamuan kepada semua peserta
Peserta dari SKTPP
Forum Program Bicara Tokoh DWEN

Para tetamu jemputan masuk ke dewan

Barisan pentadbir SMKPP, Penolong Pegawai PPD Sepang dan
Kaunselor SMKPP
Pengerusi Majlis dan Pemimpin Bacaan Doa
Ucapan PK Pentadbiran SMKPP dan Penolong Pegawai PPD

GBKSM SKTPP iaitu  Pn Juli, Pn Nor Arzah dan Pn Rozimah bersama
 Tokoh DWEN - Tn Hj Harun bin Zainol (mantan Guru Besar SKTPP)
Persembahan tarian oleh pelajar SMKPP
Lagi laporan Program Bicara tokoh Dasar Warga Emas Negara Daerah Sepang 2019 dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Friday 9 August 2019

Program Sinar Nurani 2019 (Fasa 1)

Program Sinar Nurani ini  merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Program ini berfokuskan kepada Peningkatan Disiplin Diri Murid-murid.

Antara objektif program ini adalah untuk
  • Menimbulkan kesedaran murid-murid tentang kesilapan yang pernah mereka lakukan dan berusaha memperbaiki kesilapan tersebut
  • Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
  • Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan rakan, guru, keluarga dan masyarakat.
Program ini dijalankan di Terminal Muafakat SKTPP dan disertai seramai 80 orang murid dari Tahun 2 hingga 6 yang terpilih. YDP PIBG iaitu Tn. Haji Khairul Azhar dan juga guru besar; Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali turut sama menyampaikan ucapan bagi memotivasikan para peserta program. Ceramah dan aktiviti selanjutnya telah disempurnakan oleh En Jumazlizal bin Jumin dari Mind Training & Consultancy.

Program ini telah dijalankan dalam 2 sesi iaitu untuk peserta sesi pagi dari pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan untuk peserta sesi petang pula dari pukul 1.20 petang hingga 2.45 petang.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program dijalankan

 Pendaftaran untuk peserta sesi pagi

 Peserta bersedia untuk memulakan program

 Program dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa oleh ustaz Zurilazman

 Sesi ucapan bersama Pn Hajjah Rohaidah dan Tn Haji Khairul Azhar

 Sesi ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama En. Jumazlizal

 Menanam sikap berani dalam diri sebagai satu usaha membina ciri-ciri pelajar cemerlang

 Peserta bekerjasama membina tugu impian dalam sesi LDK

 Sentuhan nurani bagi menginsafi diri para peserta program

 Sesi bergambar bersama peserta program sesi pagi

 Sesi pendaftaran dan bacaan doa bagi peserta sesi petang

 Sesi ceramah dan LDK bagi membina keberanian dan keyakinan diri

Penyampaian sijil dan sesi bergambar bersama peserta sesi petang di akhir program

Wednesday 7 August 2019

Program Ziarah Cakna Siri Ke-9

Ziarah Cakna kali ini ke rumah murid di Pangsapuri Dahlia. Murid ini merupakan anak yatim yang telah kehilangan ayah pada tahun lepas. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini. Keprihatinan pihak sekolah diharapkan memberi semangat baru kepada keluarga ini dalam meneruskan kehidupan.

Terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana yang sentiasa turun padang dan tidak pernah terkecuali dalam program-program sekolah yang lain. Harapan kami semoga anak-anak yatim ini rajin datang ke sekolah dan berjaya mengubah hidup keluarga mereka pada masa akan datang.

Gambar yang dirakam semasa program dijalankan :

Bersama dalam program hari ini, dari kiri, Pn Hajah Rohaidah, Pn Rosmah, Pn Rozimah & Pn Juli

Tn Hj Khairul Azhar (YDP PIBG) banyak membantu keluarga ini bersama dengan komuniti Putra Perdana

Pn Nurliza (Guru Kelas) yang sangat mengambil berat tentang permasalahan muridnya

Sumbangan daripada pihak sekolah kepada keluarga ini. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka

Thursday 1 August 2019

Kuiz Program Kalam Pendeta Kali Pertama 2019

Pada hari ini, kuiz program Kalam Pendeta telah berjaya dilaksanakan di Dataran Perhimpunan (murid sesi pagi - Tahun 4 dan Tahun 5), di Dewan Perdana (murid sesi pagi - Tahun 6) dan juga di Dewan Perdana (semua murid sesi petang). Guru Bimbingan dan Kaunseling menyediakan soalan kuiz untuk dibacakan kepada semua murid. Murid yang hendak menjawab perlu mengangkat tangan terlebih dahulu. Apabila jawapan yang diberi tersebut betul, murid ini akan diberi hadiah.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kuiz Kalam Pendeta dijalankan:

Sesi Pagi

Pengacara majlis - Pn Juli bt Mahbah

Murid Tahun 4 dan Tahun 5 cuba menjawab soalan kuiz Kalam Pendeta

Para pemenang menerima hadiah

Puan Hjh Rohaidah bt MohdAli (Guru Besar) menyampaikan hadiah kepada pemenang

Soalan kuiz Kalam Pebdeta Tahun 6

Tahniah kepada semua pemenang

Sesi Petang:


Pengacara majlis: Pn Rozimah bt Yaakob

Bergambar kenangan bersama pemenang sesi petang

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pn Jumilah bt Ahmad, Penolong Kanan Petang

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pemenang kuiz Kalam Pendeta. Kepada yang belum berjaya boleh cuba lagi pada kuiz yang akan datang (akhir bulan Ogos 2019).
Lagi laporan kuiz program Kalam Pendeta kali petama 2019 dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.