Tuesday 27 June 2023
Program Mentor Mentee Siri 3/2023
Tuesday 20 June 2023
Program Motivasi Tahun 2 & 3
Hari ini telah berlangsung satu program motivasi untuk semua murid Tahun 2 & 3. Program ini telah dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP. Personalia untuk program ini terdiri dari guru Bimbingan & Kauseling sesi petang iaitu Pn Nor Arzah dan Pn Rozimah. Program bermula dari pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang dan bersambung semula pada pukul 3.50 petang hingga 6.20 petang.
Antara objektif program ini adalah untuk :-
*Memupuk pemikiran dan sikap positif murid-murid.
*Meningkatkan motivasi diri untuk sentiasa berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah yang terpuji.
*Meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk merubah nilai diri ke arah yang lebih baik.
*Mewujudkan kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menyayangi dan menghormati diri sendiri, ibu bapa dan guru-guru.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini dijalankan.
Tuesday 13 June 2023
Kursus Pemimpin Muda 2023
Unit Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimpin yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru. Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli pengawas, pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Sebagai pemimpin kepada murid-murid, adalah wajar barisan kepimpinan ini, menunjukkan bakat kepimpinannya dan menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.
Kursus Pemimpin Muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.
Objektif:
- Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
- Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
- Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
- Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
- Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya meeka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.
Tujuan program:
- Persediaan fizikal, mental dan emosi perlu diberikan kepada barisan pemimpin ini, supaya sentiasa bersedia dalam memimpin diri dan organisasi ke arah kebaikan sekolah.
- Sikap yang baik dan disiplin diri perlu ditunjukkan oleh para pemimpin yang dipilih ini kerana ia penting ke arah kecemerlangan tugas mereka.
- Dapat membantu mewujudkan semangat berpasukan dan saling bantu membantu dalam menjalankan tugas membantu guru-guru mengawal disiplin murid-murid.
Monday 12 June 2023
Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) Bulan Mei 2023
Pada hari ini, pihak sekolah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) bagi bulan Mei 2023. Pemilihan calon Murid 3S bertambah lancar dengan kerjasama semua guru yang melibatkan diri untuk mencalonkan seorang murid yang layak agar dipilih menerima Anugerah Murid Contoh 3S. Hakim Penilaian Murid Contoh 3S terdiri daripada Penyelaras Tahun yang bertindak dalam membuat pemilihan Murid Contoh 3S.
Amalan 3S ini harus dipraktikkan ketika memberi salam kepada guru sama ada di dalam kelas atau semasa berjumpa dengan guru, rakan-rakan atau tetamu di dalam dan di luar bilik darjah. Semoga amalan yang baik ini dapat menerapkan nilai yang baik dan rasa hormat yang tinggi dalam kalangan murid kepada guru. Budaya ini secara tidak langsung akan melahirkan individu yang berakhlak mulia, beradab tinggi dan berbudi pekerti.
Keputusan Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Mei 2023:
Anugerah Murid Contoh 3S (Prasekolah, PPKI dan Tahap 2) |
Anugerah Murid Contoh 3S Tahap 1 |