Posts

Showing posts from 2020

Majlis Akhir Tahun Dan Meraikan Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu Tahun 2020

Image
Hari ini telah berlangsung Majlis Akhir Tahun Dan Meraikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu bagi Tahun 2020 melalui medium google meet. Majlis ini diadakan bagi : * Mengiktiraf PRS yang mencapai PRS Tahap Bongsu * Mengiktiraf PRS yang cemerlang dari segi sahsiah iaitu bersikap bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas * Meningkatkan motivasi dan semangat semua PRS untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. * Mengeratkan hubungan antara guru dan PRS serta PRS dengan PRS Majlis yang berlangsung selama lebih kurang satu jam itu telah dihadiri oleh seramai 63 orang PRS Tahun 3, 4, 5 dan 6 serta Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP, Datin Nuraizah binti Dun (GPK HEM) dan juga Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian selaku YDP PIBG merangkap perasmi program. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung... Menunggu peserta mendaftar di talian google meet Slaid / banner majlis d...

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya "Meneroka Kerjaya Pilihan" Tahun 2020 (Dalam Norma Baharu)

Image
 Alhamdulillah...syukur.. Selesai sudah Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya pada hari ini. Terima kasih kepada Nur Dania Alesya, PRS yang sangat berbakat dalam pengacaraan. Minggu Kerjaya ini yang berlangsung lebih kurang 2 minggu diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua murid SKTPP. Dengan bertemakan meneroka kerjaya pilihan diharapkan dapat mencapai objektif iaitu dapat memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai jenis kerjaya masa kini dan pada masa akan datang. Di samping itu, melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat mempamerkan kerjaya yang diminati dalam pelbagai pertandingan yang diadakan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan.Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tidak lupa kepada ibu bapa yang memberi dorongan semangat kepada anak-anak dalam mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Unit B&K. Backdrop Atur cara majlis Nur Dania Alesya sebagai Pengacara Majlis Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) Rakaman...