Posts

Showing posts from April, 2023

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bagi Bulan Mac & April 2023

Image
Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid bagi sesi persekolahan Tahun 2023/2024 diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Aktiviti ini bermula dari hari pertama persekolahan di buka iaitu pada 20 Mac 2023. Aktiviti ini diteruskan bagi menjiwai amalan penyayang dan membudayakan sikap kasih sayang antara guru dan murid-murid.  Guru-guru bertugas akan bertugas mengikut giliran bagi menyambut kehadiran murid-murid di pagar A dan pagar B sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Penampilan guru yang kemas dan ceria serta bersikap mesra ketika menyambut kehadiran murid diharap mampu menyediakan emosi positif buat murid-murid sebelum sesi pembelajaran bermula. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan bagi aktiviti menyambut kehadiran murid pada bulan Mac dan April. Pentadbir dan guru bertugas menyambut kahadiran murid dihari pertama persekolahan Menyambut kehadiran murid sesi pagi di Pagar B Kehadiran murid sesi petang pada minggu pertama persekolahan di pagar A sekolah  S...

Program Ziarah Cakna Siri 1/2023

Image
Program Ziarah Cakna yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2019 masih diteruskan sehingga kini. Antara tujuannya ialah bertanya khabar dan berkongsi perkembangan murid serta memahami latar belakang keluarga mereka. Pada hari ini, pihak SK Taman Putra Perdana berkunjung ke rumah salah seorang murid Tahun 4. Semoga kunjungan dari pihak sekolah dapat memberi manfaat positif kepada ibu bapa dan murid ini.  Berikut senarai nama pihak sekolah yang turut serta dalam Ziarah Cakna Siri 1: 1) Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian, Yang Dipertua PIBG 2) Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar 3) Datin Noraizah binti Dun, PK Hal Ehwal Murid 4) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling 5) Puan Nor Arzah binti Hussin, Guru Bimbingan dan Kaunseling 6) Tuan Haji Tarmiji bin Sabali, Guru Disiplin 7) Puan Nurliza binti Ab Rahman, Guru kelas 4 Amethyst Guru-guru dan ibu bapa berkongsi perkembangan murid Guru-guru dan YDP PIBG menerima layan...