Sunday 30 June 2024

Program Guru Penyayang-Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei - Jun 2024

Seawal 7.00 pagi, guru-guru bersama barisan pentadbir telah pun berada di pagar demi menyambut kehadiran anak-anak SKTPP. Senyuman yang terukir diharapkan mampu menyuntik semangat murid-murid hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu.

Sokongan dan aspirasi yang ada dalam diri seorang guru itulah yang menjadi pembakar semangat buat anak-anak SKTPP. Guru-guru juga sanggup berpanas menunggu kehadiran murid dengan senyuman sekali gus menyatakan gembiranya hati seorang guru melihat murid-murid mula melangkahkan kaki ke pintu pagar sekolah.

Buat anak-anak SKTPP, kejayaan adalah hasil dari kesabaran yang tidak berkesudahan. Teruskan berusaha walaupun terdapat dugaan di sepanjang jalan. Yakinlah pada diri sendiri dan kebolehan anda. Kepercayaan diri adalah kejayaan yang sejati😊

Rangkuman aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi dan petang.


















Tuesday 30 April 2024

Aktiviti Guru Penyayang -Mengalu-alukan Kehadiran Murid Mac-April 2024

Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2024/25 dan ianya telah menjadi satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah. Berikut waktu aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid dijalankan mengikut sesi:

  • Sesi pagi : 7.00-7.30 pagi
  • Sesi petang : 12.30 -1.00 tengah hari

Sekumpulan AJK Guru Penyayang telah ditugaskan di setiap pagar dan dibantu oleh guru bertugas pada minggu itu. Ucapan-ucapan positif yang dialunkan oleh guru-guru di pintu pagar menjadikan murid lebih bersemangat melangkah masuk ke sekolah.

Semoga aktiviti ini mampu memberi impak yang positif buat anak-anak SKTPP. Tahniah & terima kasih buat semua AJK Guru Penyayang sesi ini!!

Rangkuman gambar-gambar mengalu-alukan kehadiran murid sesi pagi & petang






















Friday 15 March 2024

Program Sinergi Mega (Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi 2024/2025 yang bermula pada 11 Mac 2024 sehingga 15 Mac 2024. Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua sekolah menerusi arahan terbaharu bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk sesi suai kenal dan interaksi terlebih dahulu. Pendekatan ABC iaitu Anak Baik Lagi Cerdik perlu diutamakan.

Pada permulaan sesi persekolahan kali ini iaitu pada hari kedua persekolahan (12 Mac) merupakan hari pertama umat Islam berpuasa. Seperti tahun lepas, pada minggu pertama persekolahan di SK Taman Putra Perdana (SKTPP), Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), semua Panitia Pelajaran, Unit Program Khas Integrasi (PPKI) dan Pra Sekolah telah menganjurkan program minggu pertama persekolahan yang diberi nama 'Program Sinergi Mega'.

Kepada semua murid yang disayangi, warga SKTPP mengucapkan "Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2024/2025". Semoga dimulai dengan langkah pertama umpama srikandi berjuang mengejar kecemerlangan yang holistik. Datang dengan harapan, pulang bersama kejayaan. 

Maklumat berkaitan Program Sinergi Mega: 



Pautan Buku Program, sila klik di sini atau klik gambar di bawah:


Jadual Program Sinergi Mega:



Poster Iklan "Serlahkan Potensimu":

Lensa kamera yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti Program Sinergi Mega berlangsung (11 Mac - 15 Mac 2024)

HARI PERTAMA (11 MAC 2024, ISNIN)


HARI KEDUA (12 MAC 2024, SELASA)

HARI KETIGA (13 MAC 2024, RABU)

HARI KEEMPAT (14 MAC 2024, KHAMIS)

HARI KELIMA (15 MAC 2024, JUMAAT)

Laporan Program Sinergi Mega dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini. Terima kasih. 

Disediakan oleh AJK Posting Blog:
1) Puan Juli binti Mahbah
2) Puan Norbaizura binti Nordin
3) Puan Salmi binti Adnan
4) Puan Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji
5) Puan Nurul Iman binti Illyas

Friday 26 January 2024

Program Mentor Mentee Siri 4 (Siri Terakhir Sesi 2023/2024) - Jom Anti Buli

Pada hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan Program Mentor Mentee Kali Terakhir Sesi 2023/2024. Bagi melihat Aktiviti / Program Mentor Mentee Sesi 2023/2024 yang telah dilaksanakan sebelum ini, boleh klik pada nama program berikut: 

1. Aktiviti Simbolik Penyerahan Fail Mentor Mentee semasa Pelancaran Program Guru Penyayang 2023 : 3 April 2023

2. Program Mentor Mentee Siri 1/2023 : 8 Mei 2023

3. Program Mentor Mentee Siri 2/2023 : 12 Mei 2023

5. Program Mentor Mentee Siri 3/2023 : 27 Jun 2023

6. Program Mentor Mentee Siri 4 (Siri Terakhir Sesi 2023/2024) : 26 januari 2024

Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee Siri 4 (Siri Terakhir Sesi 2023/2024):

Tarikh: 26 Januari 2024

Hari: Jumaat

Masa: 

Sesi Pagi: 8.00 pagi hingga 8.30 pagi

Sesi Petang: 2.30 petang hingga 3.00 petang

Tempat: Kelas

Sasaran: Semua murid termasuk murid Prasekolah

Bahan dan Modul:







Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti Program Mentor Mentee yang sempat dirakamkan:

Sesi Pagi: 








Sesi Petang: