Tuesday 28 November 2023

Program Perkembangan dan Potensi Murid (Menyerlah Jauh Dari Biasa)

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana telah  berjaya mengadakan program motivasi khas buat semua murid Tahun 5. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, jawatankuasa pelaksana, semua guru, penceramah dan semua peserta yang sama-sama menjayakan program ini. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta. 

Maklumat berkaitan program:

Tarikh: 28 November 2023

Hari: Selasa

Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Sasaran: Semua murid Tahun 5

Nama Penceramah: Encik Haziq Azree

Objektif program:

1. Melahir dan memupuk kesedaran belajar yang tinggi dalam kalangan murid Tahun 5

2. Membantu mencorak matlamat murid untuk ke sekolah menengah pilihan 

3. Memberi gambaran awal tentang sekolah-sekolah khas

Pautan Buku Program, sila klik pada gambar berikut:

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung:





Friday 24 November 2023

Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Sekolah Tahun 2023

Alhamdulillah masih berkesempatan mengadakan Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Sekolah. Pertandingan ini telah pun diwar-warkan pada awal tahun sebagai persediaan mental anak-anak PRS. Tarikh pertandingan dimaklumkan lebih kurang 3 minggu awal sebagai persiapan akhir. 

Tajuk yang diberikan ialah "Peranan dan Tanggungjawab PRS" dan ianya sangat sinonim dengan bidang tugas anak-anak PRS. PRS yang terlibat ialah daripada Tahun 4,5 dan 6. Selaras dengan matlamat pertandingan iaitu melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan di peringkat sekolah yang berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas. Cikgu yakin dan percaya anak-anak PRS SKTPP akan terus berkarisma jika sentiasa diberi ruang dan peluang dalam membangunkan potensi diri.

Terima kasih kepada barisan pentadbir yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan program Unit B&K. Juga terima kasih dirakamkan buat semua JK Pelaksana program. 







Program Khas : Perkembangan Alam Remaja

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja pula berusia dari 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun tempoh peralihan ini berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Oleh yang demikian, alam remaja ini perlu diterokai oleh semua murid sebagai pengetahuan dan pemahaman terhadap perubahan yang dialami.

Pengetahuan sedia ada tentang sesuatu perkara sebelum seseorang individu itu mengalami sendiri akan membantu individu supaya lebih bersedia dan melaluinya dengan tenang dan positif. Justeru, Program Khas Perkembangan Alam Remaja ini diadakan bagi memberi pendedahan dan persediaan kepada semua murid Tahun 6, murid PPKI dan PRS tentang alam remaja ini.

Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama PIBG SKTPP, Panitia Pendidikan Islam, Unit Peningkatan Tahun 6 serta JK HEM PPKI program ini diharapkan dapat mencapai objektifnya sebagaimana yang dihasratkan Terima kasih buat semua yang menjayakan program ini.

Pautan link Buku Program










Program selesai jam 12.00 tengah hari. Semoga apa yang disampaikan oleh team GTA Malaysia dapat menambah ilmu sedia ada para peserta. Cikgu harapkan, bekalan ini dapat membantu kamu dalam menempuh alam remaja dengan sempurna💝

Monday 20 November 2023

Penyerahan Sijil Penghargaan Buat PPS

Hari ini Guru Besar; Pn. Rohaidah Binti Mohd Ali, PK HEM; Datin Noraizah binti Dun, Guru Bimbingan & Kaunseling; Pn. Juli binti Mahbah dan Guru Disiplin; Tn. Hj. Tarmiji bin Sabali telah berkunjung ke Balai Polis Putra Perdana. Pihak sekolah telah menyerahkan sijil-sijil penghargaan buat Pegawai-Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sempena Pelancaran Duta Sahsiah tempoh hari. Semoga hubungan sekolah dan pihak PDRM bertambah rapat. Terima kasih banyak atas jasa & bakti pihak polis kepada sekolah..

Thursday 16 November 2023

Program Jaringan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Majlis Guru Kaunseling Daerah Sepang Dan SMK Seri Bintang Selatan Tahun 2023

Pada hari ini semua Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) Daerah Sepang menyertai Program Jaringan Profesionalisme ke SMK Seri Bintang Selatan dengan tujuan dapat memberi pendedahan ilmu dan pengalaman kepada GBK bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. 

Objektif program:

1. Memberi pendedahan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling yang terbaik.

2. Melahirkan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang peka terhadap persekitaran dan keadaan semasa di luar bidang tugas .

3. Melahirkan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang proaktif melakukan kajian tindakan di sekolah.

4. Mengeratkan silaturrahim sesama Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang.

Maklumat program:

1)  Boleh dapatkan dari Buku Program, sila klik gambar di bawah:

2) Risalah UBK SBS 2023, sila klik gambar berikut:


Lensa kamera sepanjang program berlangsung:



Bergambar kenangan GBK Daerah Sepang dengan barisan pentadbir dan GBK SMK SBS

Suasana di Bilik Taklimat SMK SBS

Ucapan, Bacaan Doa, Penyampaian Sijil Jaringan dan Cenderamata

Suasana di Bilik Kaunseling SMK Seri Bintang Selatan

Sebahagian besar peserta singgah di IKEA sebelum pulang

Monday 6 November 2023

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam, Sapa) Bulan Oktober 2023

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah Unit Bimbingan dan Kaunseling meneruskan agenda rutin setiap bulan iaitu Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Murid Contoh 3S bagi bulan Oktober 2023. Tahniah kepada barisan pemenang yang menerima anugerah 3S kali ini. 
Berikut merupakan senarai nama pemenang anugerah 3S bulan Oktober 2023:


Lensa kamera sepanjang majlis berlangsung: 

Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Oktober (Sesi Pagi)

Anugerah Murid Contoh 3S bulan Oktober (Sesi Petang)

Thursday 2 November 2023

Bengkel 'Mental Health First Aid' Kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang Dan Daerah Kuala Langat

Alhamdulillah.. dengan izin Allah S.W.T, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat dapat menghadiri Bengkel 'Mental Health First Aid' di Universiti Malaya Kampus Cyberjaya. Program ini merupakan anjuran bersama unit HEM Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan Unit HEM Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepan. Tahniah diucapkan atas penganjuran bengkel ini. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme guru-guru kaunseling sedia ada dalam isu berkaitan mental dan isu-isu yang berkaitan. Semoga banyak maklumat terkini yang boleh dimanfaatkan dalam tugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Maklumat berkaitan program:

Tarikh: 1 dan 2 November 2023

Hari: Rabu dan Khamis

Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari

Tempat: Auditorium UM Kampus Cyberjaya

Sasaran: Semua GBKSM dan GBKLD Daerah Sepang dan Daerah Kuala Langat

Jumlah peserta: 206 orang

96 orang GBKSM Daerah Sepang dan 110 orang GBKSM Daerah Kuala Langat

Pautan Buku Program, sila klik di sini

Bahan semasa bengkel (slide dan video), sila klik di sini

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti sepanjang program berlangsung:










Pautan gambar-gambar lain, boleh klik HARI PERTAMA dan HARI KEDUA.

Terima kasih