Jejak Tokoh ADIWIRA Selangor Terbilang 2019

T ahun 2019 SKTPP tidak melepaskan peluang untuk menghantar calon ke Program ADIWIRA Kidzania. Tahun ini merupakan tahun keempat program ini dilaksanakan dan merupakan tahun kedua SKTPP menghantar calon. Rentetan daripada program Road Tour To Kidzania, sekolah telah menghantar Muhammad Danish Akif bin Dzulkarnain ke pertandingan Tokoh Adiwira di peringkat negeri. Sekalung tahniah diucapkan kerana berjaya menjadi finalis Tokoh ADIWIRA di peringkat negeri sekaligus dinobatkan sebagai Tokoh ADIWIRA Daerah Sepang. Menyokong usaha JPNS dalam Projek Kerjaya ADIWIRA Kidzania, SK Taman Putra Perdana telah membawa seramai 244 orang murid (Tahun 1-6) menyertai Road Tour To Kidzania pada 19 dan 26 Jun yang lalu. dalam Majlis pada hari ini, SKTPP telah dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik daerah Sepang. Tahniah diucapkan. Momen-momen sepanjang jejak ADIWIRA : Sesi temudaga peringkat negeri (8 November 2019) Tokoh ADIWIRA di Pusat Latihan Seksyen 6, Shah Alam Pergi dengan seribu...