FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
FOKUS 1 : PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID
Fokus ini adalah untuk memupuk perkembangan personaliti kendiri murid daripada aspek berikut :
a)
Sikap penyayang (kepedulian)
b)
Budi Bahasa
c)
Konsep kendiri
d)
Kepimpinan
e)
Komunikasi
f)
Kekemasan diri
g)
Ketetapan masa
h)
Motivasi diri
Outcome : Perwatakan murid yang berketrampilan dan
terpuji
FOKUS 2 : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID
Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin murid termasuk
intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan
gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.
Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang
aman dan sejahtera
FOKUS 3 : PENGURUSAN KERJAYA MURID
Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada
murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi
fokus ini Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah :
a)
Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara
terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat,
sikap dan hala tuju kerjaya.
b)
Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula
dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam Pelan Pembangunan dan
Perkembangan Kerjaya mereka.
c)
Menyediakan rekod murid selepas tamat
persekolahan sama ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke
institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan
kerjaya masa depan
FOKUS 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID
Fokus ini bertujuan membimbing murid supaya mampu mengekal
dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, Guru Bimbingan
& Kaunseling hendaklah :
a)
Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan
interaksi
b)
Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
c)
Membantu murid memperkembang pemikiran yang
positif
Outcome : Murid yang sihat pemikirannya
Outcome : Murid yang sihat pemikirannya
Comments
Post a Comment