Friday 26 April 2019

Program Ziarah Cakna Siri 5

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk mengunjungi rumah murid di Pangsapuri Siantan. Setiap orang diberikan ujian berbeza-beza. Semoga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian yang diberikan ini. Doa kami semoga bapa murid ini kembali sihat seperti sediakala.

Gambar semasa kunjungan ke rumah murid :




Hadir bersama Guru Besar, YDP PIBG, PK Kokurikulum, 2 orang Guru Bimbingan & Kaunseling, Guru Kelas dan 2 orang Guru Penasihat kriket sekolah.

Wednesday 24 April 2019

Program Ziarah Cakna Siri 4

Pada siri ini, sekolah mewakili Guru Besar, PK HEM dan 3 orang Guru Bimbingan & Kaunseling ke Pangsapuri Rista Villa mengunjungi keluarga murid yang kurang bernasib baik kerana beberapa bulan yang lalu bapanya telah kemalangan dan kini tidak dapat bekerja. Keadaan itu telah memanggil kami untuk menziarahi keluarga murid dan berkongsi masalah yang dihadapinya.

Alhamdulillah, kunjungan ini mendapat perhatian daripada YDP PIBG dan beliau akan usahakan saluran yang sesuai untuk membantu keluarga ini. Semoga kesempitan ini bukan halangan untuk murid ini terus ke sekolah menimba ilmu.

Berikut gambar kenangan semasa menyantuni keluarga ini.




Semoga keluarga ini dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. 

Saturday 20 April 2019

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) 2019

Berdasarkan surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM (Ruj.kami: KPM.600-14/1/60/JLD.10) bertarikh 23 Januari 2019, semua murid Tahun Enam, Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima perlu menjalani Pentaksiran Psikometrik. SK Taman Putra Perdana telah memilih tarikh pada hari ini untuk melaksanakan PPsi.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang perlu dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah mengenal pasti kebolehan semulajadi murid, personaliti, bakat dan kecenderungan murid. Selain itu PPsi juga digunakan untuk mengenal tret yang boleh diperkembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah. Ini adalah selaras dengan hasrat YB.Dr.Mazlee bin Malik menteri Pendidikan Malaysia dalam menentukan hala tuju KPM pada era baharu ini untuk memastikan sahsiah dan kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.



Semua murid Tahun Enam menjalani PPsi

Murid bersungguh-sungguh menjawab soalan
Lagi laporan berkaitan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam blog SK Taman Putra Perdana di sini

Friday 19 April 2019

Taklimat Pentaksiran Psikometrik (PPsi) 2019

Pada hari ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu memberi taklimat kepada semua murid Tahun Enam mengenai Pentaksiran Psikometrik. Taklimat yang sama juga telah disampaikan kepada guru-guru dan ibu bapa/penjaga murid Tahun Enam pada 19 Januari 2019 dalam Majlis Jalinan Kasih, boleh lihat di sini.

Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. KPM telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data yang akan menyumbang kepada maklumat profil murid.

Taklimat disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTPP
Lagi laporan berkaitan Taklimat Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam blog SK Taman Putra Perdana di sini

Sunday 14 April 2019

Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu Peringkat Daerah Sepang 2019

Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu Peringkat Daerah Sepang telah dilaksanakan pada hari ini 13 April 2019 bertempat di SK Kota Warisan. Kursus bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Seramai 4 orang murid SKTPP mewakili sekolah menyertai kursus tersebut.

Objektif Kursus PRS Tahap Bongsu:
1. Membentuk generasi pelajar yang mempunyai budaya kasih mesra dan sedia memberikan pertolongan dalam kerja berpasukan secara sukarela
2. Membina kumpulan pelajar yang mampu membantu mengurangkan masalah salah laku di sekolah.
3. Membina pasukan PRS yang terlatih dalam memberi pertolongan kepada rakan-rakan.
4. Melatih PRS supaya dapat bekerjasama dalam satu pasukan
5. Membantu menaikkan imej kendiri pelajar dan imej unit Bimbingan dan Kaunseling secara tidak langsung.

Modul Tahap Bongsu: 
1. Pengenalan PRS

2. Konsep Kendiri
  • Cepat bertindak
  • Salasilah keluarga
  • Sedarkan aku
3. Pengenalan Komunikasi
  • Cam bunyi/mesej
  • Halangan komunikasi 
  • Ceritaku
  • Tak mahu bertanya sesat jalan
4. Perkembangan Kanak-kanak
  • Meneka perasaan
  • Media peribadi
  • Bersatu teguh bercerai roboh
  • Teka silang kata
Senarai nama murid SKTPP yang menyertai kursus PRS Tahap Bongsu:
1. Nur Aimi binti Mohd Zulkhibri
2. Nur Auni Najihah bt Zaharuddin
3. Wardiah Syuhada bt Mohd Azmi
4. Tengku Putri Eryna bt Rengku Ekhzara Putra

Senarai nama Urusetia/Guru Pengiring/Fasilitator:
1. Puan Rozimah bt Yaakob
2. Puan Nor Arzah bt Hussin
3. Puan Juli bt Mahbah

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kursus PRS Tahap Bongsu dijalankan:

Pengenalan PRS

Aktiviti berkumpulan

Bekerjasama melaksanakan tugasan
Majlis penutup
 
Penyampaian sijil kepada setiap wakil setiap sekolah

Terima kasih kepada semua guru pengiring dan fasilitator yang bertugas

Sebahagian guru pengiring dan fasilitator
Semoga para peserta dapat memahami dan menggunakan ilmu yang didapati daripada kursus ini untuk meningkatkan lagi sifat kepimpinan mereka sebagai seorang PRS.

"BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN"

Friday 12 April 2019

Program Motivasi Tahun Enam 2019

Selesai sudah hari ini Program Motivasi Tahun Enam yang merupakan program wajib bagi murid-murid Tahun Enam. Dijalankan selama 4 jam sebanyak 2 slot utama iaitu persediaan UPSR dan strategi belajar berkesan.

Berikut merupakan objektif program ini iaitu :
1) Murid mengetahui kaedah transformasi diri untuk mencapai kejayaan.
2) Murid mengetahui rahsia pelajar cemerlang dan strategi belajar  berkesan
3) Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR

..Semoga ilmu yang diterima ini adalah ilmu yang bermanfaat..

Paparan Gambar Sepanjang Program Dijalankan

Kain rentang program

Buku Program

PRS bersedia membantu guru sebagai AJK Pendaftaran

Pendaftaran peserta

En Isma Izuan bersama-sama Pn Rosmah (PK HEM) & Pn Juli (Penyelaras Program)

Cik Roslinda sebagai pengacara majlis

Bacaan doa dititipkan oleh Ustaz Ishak Shairazi

 SLOT PERTAMA : Persediaan UPSR

Murid bersedia untuk memulakan slot pertama

En Isma Izuan memulakan ceramah dengan baik

En Isma menggunakan teknik "round people" untuk menarik perhatian murid

SLOT KEDUA : Strategi Belajar Berkesan

Pn Norli sebagai pengacara majlis untuk slot ke dua

En Isma berjaya menarik minat murid dengan pendekatan tersendiri

Tekun menyalin seberapa banyak maklumat yang disampaikan

Sebak..apabila menyentuh isu berkenaan dengan ibu dan ayah

Sijil penghargaan disampaikan oleh Pn Rosmah bt Jamat