Friday 26 January 2018

Kursus Pemimpin Muda

Alhamdulillah syukur.. Hari ini tanggal 25hb Januari 2018 telah berlangsungnya Kursus Pemimpin Muda yang mengumpulkan semua pemimpin daripada SK Taman Putra Perdana. Seramai 229 orang pemimpin sesi pagi dan 131 orang  pemimpin sesi petang telah terlibat dalam kursus pada hari ini. Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Ujana Ilmu dan Ketua & Penolong ketua Kelas.

Sesi Pagi :
Pengawas Sekolah - 91 orang
Pengawas Ujana Ilmu - 71orang
Ketua & Penolong Ketua Kelas - 67 orang

Sesi Petang :

Pengawas Sekolah - 64 orang
Pengawas Ujana Ilmu - 17 orang
Ketua & Penolong Ketua Kelas - 50 orang

Objektif utama program :
  • Membimbing dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Mewujudkan semangat kepimpinan yang tinggi dan dapat mewujudkan satu kumpulan yang bijak memimpin serta asertif.
Dalam kursus ini penekanan kepada bidang tugas pemimpin dititikberatkan bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti. Slot bidang tugas pemimpin telah disampaikan oleh JK Pengawas Sekolah, Pengawas Ujana Ilmu dan Penyelaras Tahun. Selain daripada itu, En Muhammad Mustaqim b Shaharudin daripada PVR Trainning Centre & Consultancy telah dijemput untuk menyempurnakan slot motivasi kepimpinan. Majlis Perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar, SKTPP).

Berikut paparan gambar sepanjang kursus dijalankan :

Sesi Pagi











Sesi Petang






....Semoga segala usaha ini diberkati dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti....

Tuesday 9 January 2018

Pelancaran Program Guru Penyayang 2018

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2018. Majlis yang berlangsung dalam dua sesi pagi dan petang, kelihatan meriah dan berjalan lancar. 

Majlis pada sesi pagi disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali manakala pada sesi petang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwan Murid, Pn. Rosmah bt Jamat.

Objektif program:

q Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah;
q Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa; dan 
q Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Untuk makluman, antara pengisian yang dirancang dalam Program Guru Penyayang sepanjang tahun 2018, adalah : 

q Mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid;
q Mentor mentee; dan 
q Penghargaan murid (sambutan hari lahir)

Berikut adalah rakaman gambar sepanjang program berlangsung:



  • Sesi Pagi
Ucapan perasmian pelancaran Program Guru Penyayang 2018 oleh Guru Besar SKTPP



Simbolik perasmian dengan memotong kek



Sesi Petang

1. Pn. Nor Arzah Hussin mengacarakan majlis 
2. Ustaz Muhamad Saifoll Ngabiah memimpin bacaan doa
Ucapan perasmian pelancaran program oleh PK HEM, Pn. Rosmah Jamat


Guru penyayang

Murid-murid yang disayangi

Acara memotong reben bunting dan kek sebagai gimik pelancaran program. 

Suasana meriah selepas gimik pelancaran
  
Barisan guru, AJK Program Guru Penyayang 2018 (sesi petang)

Thursday 4 January 2018

Program Maju Diri (PMD)Tahap 2 Tahun 2018

Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di sekolah-sekolah Negeri Selangor.


Antara objektif program ini adalah untuk :-


*Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama.
*Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar.
*Membentuk matlamat hadir ke sekolah.
*Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas.
*Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan diri. 
*Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari (3 & 4 Januari 2017) iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi pada hari pertama dan dari pukul 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari kedua. 

Aktiviti untuk hari pertama 3 Jan 2018:-
* Penerangan aktiviti PMD
* Ujian Pra
* Ice Breaking
* Aktiviti Senamrobik


Aktiviti untuk hari kedua 4 Jan 2018:-
* Tahun 4 dan 5
   - Sesi Ceramah - Kemahiran Belajar
   - Aktiviti Modul 1
     1. Kad Nombor - Tahun 4
     2. Pen Marker - Tahun 5
   - Aktiviti Modul 2
     1. Telur, Ayam, Dinasour - Tahun 4
     2. Bola S - Tahun 5
* Tahun 6
   - Aktiviti Modul 1 - Nilai Diriku
   - Aktiviti Modul 2 - En. Spongebob
   - Sesi Ceramah - Kemahiran Belajar
    
Gambar-gambar sepanjang Program Maju Diri dijalankan