Posts

Showing posts from August, 2021

Merdekakan Diri Anda!!

Image
Salam merdeka daripada Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP!! Assalamualaikum dan salam merdeka untuk murid-murid   SKTPP. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Sempena sambutan kemerdekaan ke-64 tahun, cikgu ingin mengambil peluang untuk memberi info tentang merdekakan diri…... Kadang-kadang kita hanya menyebutnya, tetapi adakah kita menghayati sepenuhnya tentang kemerdekaan ini? Untuk itu, hari ini cikgu akan berbicara tentang MERDEKAKAN DIRI! Cikgu cuba rangkumkan apa yang dikatakan dengan merdekakan diri di dalam poster di bawah. Sebelum kita merdekakan diri, kita terlebih dahulu perlu: 1. 💓 Mengenali diri sendiri . Semak sikap, tingkahlaku dan amalan harian. Semak juga bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, keluarga dan orang sekeliling. Bagaimana pula dengan tanggungjawab diri? Sekiranya tidak sempurna, jangan kecewa tetapi bangun dan terus perbaiki. 2. 💪 Tingkatkan kelebihan dan perbaiki kelemahan . Semak diri sendiri a...

Peningkatan Disiplin Diri Murid : Merokok

Image
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua berada dalam dakapan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Bertemu lagi bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling pada Hari Jumaat yang mulia ini. Kali ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai "Merokok" dan aktiviti permainan jigsaw puzzle. Merokok adalah tabiat yang berbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain. Antara keburukan merokok adalah mudah dapat penyakit seperti kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan lain-lain.  Merokok bukan sahaja terbukti sebagai pintu kepada pelbagai masalah kesihatan, bahkan American Psychiatric Association menggariskannya sebagai antara bentuk ketagihan. Kita boleh membanteras gejala rokok dalam kalangan kanak-kanak ini dengan adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah dan kakitangan kesihatan. Ibu bapa harus sedar bahawa mereka bukan s...

Alhamdulillah & Terima Kasih

Image
Syukur alhamdulillah selesai sudah Saringan Minda Sihat untuk semua murid Tahun 5 & 6 2021. Terima kasih Unit bimbingan & Kaunseling (UBK) ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Ucapan terima kasih ini didedikasikan kepada pihak pentadbir yang sentiasa memberi sokongan, sahabat-sahabat guru yang memberi kerjasama yang baik, ibu bapa / penjaga yang membantu anak-anak dalam menjalani saringan ini dan tidak ketinggalan kepada murid-murid yang cikgu sayangi atas kerjasama yang sangat baik.  Alhamdulillah, SKTPP mencapai 100% dalam pelaksanaan saringan Minda Sihat ini.  UBK akan meneruskan program Minda Sihat dengan menjalankan intervensi kepada murid-murid yang terlibat. Semoga urusan UBK dipermudahkan bagi mencapai objektif minda yang sihat, emosi terjaga dan kehidupan sejahtera. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang saringan dijalankan.

Jom Kongsi : Jom Jadi Rajin Ikuti PdPR

Image
Assalamualaikum, salam ceria, salam bahagia😃😃 untuk anak-anak didik dan semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa sihat, bahagia dan dirahmati oleh Allah S.W.T Tahukah anak-anak semua bahawa APA YANG KITA FIKIR AKAN TERHASIL MELALUI TINDAKAN KITA? Oleh itu adalah PENTING kita mengawal apa sahaja yang kita fikir. Pastikan kita fikirkan perkara yang baik-baik dan positif sahaja bagi menggerakkan tindakan kita yang lebih baik atau positif. Hari ini cikgu nak kongsikan tentang Jom Jadi Rajin Ikuti PdPR. Rajin adalah kata sifat untuk menunjukkan seseorang yang bekerja atau bertindak dengan penuh minat, perhatian dan kecekapan untuk menjalankan tugas mereka.  Sifat rajin ini boleh dipupuk atau diwujudkan dalam diri kita kerana terdapat banyak faedah yang kita akan dapat apabila kita mengamalkannya dalam hidup terutama untuk anak-anak yang sedang belajar di alam persekolahan. Antaranya faedahnya adalah sepeti berikut ; *Mudah meraih cita-cita *Disukai kawan-kawan *Menjadi juara / bi...

Jom Kongsi : Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata kanak-Kanak

Image
Assalamualaikum & Happy Monday untuk semua murid SKTPP💓💓 Minggu baru, hari baru sudah pasti semangat pun baru. Kita tambah lagi ilmu dengan perkongsian daripada Unit Bimbingan & Kaunseling. Mata!! Alhamdulillah, semua murid di SKTPP masih mempunyai mata yang boleh melihat keindahan alam dan menggunakan mata untuk menguruskan kehidupan seharian. Tetapi sedarkah kamu aktiviti seharian kini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kepada mata seseorang.  Selain mengamalkan pemakanan yang sihat, mata juga boleh dijaga dengan meminimakan penggunaan gajet. Kita sedia maklum, PdPR menyumbang kepada penggunaan gajet, walaubagaimanapun ianya masih terkawal. Perkara yang perlu dibimbangkan ialah penggunaan gajet yang tidak terkawal seperti bermain games , menonton youtube dan tanpa disedari mengambil masa yang lama melayari media sosial yang lain. Dalam perkongsian  ketagihan gajet yang lalu, ada cikgu terangkan kesan ketagihan gajet kepada kanak-kanak secara umumnya. Namun beg...

Jom Kongsi : Bicara Positif Pada Diri

Image
Assalamualaikum, salam ceria dan salam inspirasi buat anak-anak didik dan semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua sentiasa tenang dan bahagia di samping keluarga tersayang. Pada hari ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai Bicara Positif Pada Diri. Jom kita tonton video berikut: Pernahkah kita berbicara dengan diri sendiri? Berbicara atau bercakap dengan diri sendiri, ada kalanya orang menganggap perkara itu aneh. Benar atau tidak kenyataan tersebut, jom teruskan membaca di ruangan ini. Ahli Sains menjumpai hal positif di sebalik kebiasaan yang aneh ini, tapi sebaiknya bercakaplah hal yang positif, bukan hal negatif. Ia membantu untuk kita demi masa hadapan yang baik.  Menurut pakar (Lisa Ferentz) mengatakan, bercakap dengan diri sendiri adalah perkara yang kita harus selalu buat. Ini adalah untuk kita sentiasa positif tentang diri kita, masa kini dan akan datang. Kebiasaannya kita melakukan pelbagai cara untuk kelihatan baik di hadapan orang lain, ...

Jom Kongsi : Tips Penjagaan Kesihatan Diri

Image
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam inspirasi untuk anak-anak  dan semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa sihat dan bahagia💖😃 bersama orang-orang tersayang. Salah satu faktor untuk kita rasa gembira dan bahagia, pastinya kita perlu mempunyai kesihatan yang baik. Antara nikmat yang tidak ternilai harganya adalah mempunyai kesihatan yang baik. Nikmat ini membolehkan kita menjalani kehidupan harian dengan selesa dan gembira. Kesihatan tidak terhad kepada fizikal atau jasmani sahaja, tetapi mencakupi emosi dan rohani. Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Menurut kajian,  tubuh badan yang sihat dan cergas menyumbang kepada kecerdasan otak. Otak yang cerdas pula membolehkan kita berfikir dengan rasional seterusnya menjadikan kita lebih kreatif dan inovatif. Bagi membantu anak-anak menjaga kesihatan diri, JOM kita belajar melalui poster dan video yang cikgu lampirkan di sini 👇  Sila tonton video ini bag...

Jom Kongsi: Cara Merawat Rasa SEDIH

Image
Assalamualaikum dan salam penuh kemesraan untuk anak-anak murid cikgu💓 Semoga anda semua sihat dari segi mental & fizikal..  Teruskan mendidik diri untuk jadi yang lebih baik daripada semalam. Jangan pula membiarkan diri meratapi seperti bear di atas. Perkongsian cikgu hari ini ialah berkaitan dengan cara merawat rasa sedih. Cikgu percaya, ada di antara yang membaca post ini pernah merasai perasaan ini. Mari kita mengenali tentang perasaan ini terlebih dahulu sebelum pergi kepada cara merawatnya. Perasan sedih ialah satu daripada lima emosi asas dalam diri setiap individu selain gembira, terkejut, takut dan marah. Namun, apabila kita bersedih, banyak emosi lain yang berkaitan akan muncul seperti kecewa, kecil hati, pasrah dan sebagainya. Memandangkan betapa besarnya impak perasaan sedih maka ramai akan berbicara hal itu. Ada yang memberi nasihat supaya kita jangan bersedih, berhenti bersedih serta mengelak daripada bersedih. Apa yang jelas, semua nasihat tersebut ada kebenar...

Teruskan Semangat PdPR, Jangan Mudah Mengalah

Image
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat warga SK Taman Putra Perdana. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan memberi kesembuhan kepada mereka yang telah disahkan positif COVID-19. Kita harus tabah dan kuat menempuh dugaan serta ujian yang melanda. Semoga dugaan yang kita hadapi akan menjadikan kita seorang yang lebih tabah, sabar dan bersyukur kerana sesungguhnya ada rahmat dan nikmat di atas setiap yang berlaku.  Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan walau dalam apa jua keadaan dan dengan apa cara sekalipun serta perlu dilakukan secara berterusan tanpa batasan masa. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu diteruskan dengan lebih hebat dan berkesan agar pendidikan murid-murid tidak terjejas untuk menghadapi era COVID-19 yang terus menular. Semua murid sama ada mahu atau tidak, perlu meneruskan pembelajaran seperti sekarang ini iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Oleh itu, murid-murid perlu terus bersemangat menuntut ilmu dan janga...

Jom Kongsi : Yang Baik Kita Jadikan Teladan, Yang Buruk Kita Jadikan Sempadan

Image
Assalmualaikum, salam ceria😀😀😀... Salam bahagia buat semua anak-anak didik dan warga SKTPP. Semoga anda semua sentiasa ceria, bahagia dan positif di samping orang-orang tersayang. Hargailah dan syukurilah kerana kita masih lagi boleh bersama orang-orang yang kita sayangi. Andai ada dalam kalangan orang yang kita sayangi telah pergi meninggalkan kita, sentiasalah berdoa agar mereka juga berbahagia di sana. Covid-19 is REAL... INGATLAH!!!.. anak-anak dan warga SKTPP. Ramai yang telah terkorban angkara virus ini. Berita terkini, kita dikejutkan dengan perkhabaran sedih pemergian bekas guru SKTPP iaitu Almarhumah cikgu Azura Farina binti Abdullah ke alam baqa akibat covid-19. Terdahulu dari itu, kita juga dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal Almarhumah Siti Sarah Raissudin, juga akibat Covid-19. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah mereka berdua.  Ekoran dari itu, pada minggu ini cikgu nak kongsikan video dari Shuib iaitu suami Siti Sarah bagaimana beliau member...

Jom Kongsi: Tips Seronoknya PdPR

Image
Assalamualaikum....... Selamat pagi untuk anak-anak SKTPP. Sebelum cikgu mulakan perkongsian hari ini, jom lihat video yang akan memberi semangat untuk kamu teruskan perjalanan dalam menuntut ilmu seterusnya berjaya dalam hidup. Macam mana? Dapat rasa aura baru tak dalam diri? Kalau ya, bagus dan tahniah👍👍👍👍 Jika belum, teruskan berusaha untuk dapatkan aura yang positif tersebut.  Rata-rata bila ditanya tentang seronok tak belajar di rumah? Ramai yang menyatakan tidak seronok sebab tak dapat jumpa kawan, tak dapat bermain bersama-sama juga tak dapat jumpa cikgu. Semua jawapan berkisar kepada "tak dapat". Dalam keadaan yang masih merunsingkan ini, sepatutnya kita fikir apa yang kita masih dapat. Berbeza dengan negara-negara luar yang berperang dan tiada kemudahan pendidikan, sebagai anak Malaysia kita sebenarnya jauh lebih beruntung daripada mereka. Masih boleh belajar dengan selesa dan hidup dengan aman! Gunakanlah peluang yang ada dengan mencipta sendiri keseronokan bela...

Program Coaching & Mentoring Kebitaraan PRS Bongsu (Khusus Sekolah Rendah) Peringkat Kebangsaan 2021

Image
Program Coaching dan Mentoring Kebitaraan PRS Bongsu telah dijalankan pada hari ini dengan dipengerusikan oleh Ketua Sektor BPSK JPWPKL. Butiran maklumat program seperti berikut: Tarikh : 7 Ogos 2021 Hari : Sabtu Masa : 2.30 hingga 4.00 petang  Tempat : Google Meet Anjuran : Kuala Lumpur Counselling Association (KLCA) dan MGKKL Panel 1 : Pn Norhaiza Che Mat, GBK Cemerlang DG52, Penarafan Cemerlang Pengurusan PRS Terbilang Kebangsaan 2020 Panel 2 : En Mohammad Hazim Amir Nordin, Ikon GBK Cemerlang KL 2020, Penarafan Cemerlang Pengurusan Terbilang Kebangsaan 2019 Tujuan program:  Menggerakkan PRS walaupun secara dalam talian:  1) Cara PRS merekod sesi bimbingan rakan 2) Penilaian PRS untuk pentauliahan Tahap Bongsu 3) Projek PRS untuk pentauliahan PRS Bongsu 4) Inovasi dalam PRS Sempena dengan Program COME KLCA 2021, semua peserta Kursus Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya Bongsu Peringkat Kebangsaan telah diberi sijil penyertaan melalui email peserta masing-masing. Kursus ...

Peningkatan Disiplin Diri Murid : Tanggungjawab Murid Dalam PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah)

Image
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid dan semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita terus diberi kesempatan meneruskan kehidupan ini dengan baik dan penuh rasa kesyukuran serta berfikiran positif. Redha dan terima seadanya demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.  Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan maklumat mengenai "Tanggungjawab Murid Dalam PdPR". Pastinya murid-murid telah menjadikan PdPR sebagai sesuatu norma baharu yang telah sebati dalam kehidupan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang berjaya menempuh dugaan sepanjang PdPR dilaksanakan. Cikgu nukilkan di sini lima rangkap pantun supaya dapat menaikkan lagi semangat murid meneruskan PdPR.      Guruku nadi bukannya seteru,      Khidmat cemerlang tak pernah jemu;      PdPR menjadi norma baharu,      Bukan penghalang mendalami ilmu.                     ...

Jom Kongsi : Tips Kekalkan Disiplin Belajar Di Rumah

Image
Assalamualaikum, salam bahagia💕💕, salam insprasi buat semua anak-anak SKTPP. Cikgu doakan anak-anak semua sentiasa sihat dan kekal positif bagi meneruskan sesi PdPR.  Ingat!!!! anak-anak, kita sekarang masih meneruskan sesi pembelajaran secara PdPR. Duduk di rumah bukan bermakna kita sedang bercuti ye... Kita sekarang masih meneruskan sesi persekolahan menggunakan kaedah yang berbeza iaitu secara dalam talian menggunakan berbagai medium seperti google meet, aplikasi whats up, telegram dan lain-lain. Perkara utama yang anak-nak perlu tanamkan dalam pemikiran atau minda adalah saya sedang bersekolah walaupun duduk di rumah. Perkara seterusnya yang tak kurang pentingnya adalah disiplin diri dan pengurusan masa yang baik bagi mengekalkan momentum belajar di rumah ini. Hari ini cikgu kongsikan dengan anak-anak semua tentang Tips Kekalkan Disiplin Belajar Di Rumah.  Seterusnya cikgu kongsikan link video berkaitan bagaimana mengatasi sikap malas dan tanamkan sikap rajin untuk belaj...

Anugerah Kelas Terbaik PdPR Bagi Bulan Jun dan Julai 2021

Image
Bagi menghargai jasa guru-guru dan murid SKTPP menjalankan sesi PdPR , Unit Guru Penyayang SKTPP bersama pentadbir telah menampilkan satu program yang dinamakan Anugerah Kelas Terbaik PdPR. Program yang dimulakan selepas cuti pertengahan tahun ini di rekodkan setiap hari berdasarkan kehadiran murid dan dinilai selama 2 bulan berturut-turut. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk ; Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam kelas PdPR. Memotivasikan murid-murid dalam meningkatkan pencapaian akademik. Mewujudkan persaingan yang sihat antara kelas-kelas yang terlibat Kriteria pemilihan untuk Anugerah Kelas Terbaik PdPR ini adalah seperti berikut; Peniaian yang dibuat menggunakan laporan kehadiran murid  Penilaian dibuat dalam tempoh 2 bulan sekali. Sijil penghargaan akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat. Hadiah akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat Tahniah ...

Musyawarah Secara Dalam Talian Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTPP BIL 3/2021

Image
Pada hari ini kami Guru Bmbingan dan Kaunseling bersepakat untuk bertemu di alam maya bagi membincangkan beberapa perkara.  Perkara yang dibincangkan: 1) Tugas GBK dalam SPdPR 2) Saringan Minda Sihat kepada beberapa orang murid yang belum selesai dan Intervensi 3) Psikometrik kepada beberapa orang murid yang belum selesai, Intervensi, upload dalam SePKM dan print sijil  4) Kursus / Program terdekat - PRS 5) Anugerah kelas PdPR terbaik - di bawah Unit Guru Penyayang (mengalu-alukan kehadiran murid) 6) Murid terkesan Covid-19 Semoga segala yang dirancang akan dilaksanakan dengan baik demi kemenjadian murid-murid SK Taman Putra Perdana. 

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan hari Lahir Murid Bulan Ogos 2021

Image
Bulan ini murid-murid SKTPP bertuah kerana menerima ucapan khas daripada Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar, SKTPP). Walaupun tidak bersua muka, namun ingatan terhadap murid-murid masih kekal di hati. Ucapan ini pengganti diri mewakili warga SKTPP buat murid-murid tersayang💓.  #staysafe

Jom Kongsi : Ketagihan Gajet? Apa Yang Berlaku?

Image
Assalamualaikum........ Salam inspirasi buat murid SKTPP yang disayangi💕 Selamat datang Ogos!! Semoga peralihan bulan selari dengan pergerakan semangat positif kita. Cikgu sentiasa mendoakan agar anak-anak murid cikgu kekal dalam aura belajar yang penuh semangat. Perkongsian cikgu hari ini ialah berfokus kepada peningkatan disiplin diri murid iaitu kesan ketagihan gajet serta cara mengatasinya. Gajet?? Apakah itu? Mari cikgu terangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan gajet.  "Gajet ialah alat yang berteknologi tinggi yang diciptakan untuk kemudahan manusia. Contoh gajet seperti tablet, telefon pintar, komputer, jam digital dan lain-lain lagi." Walaupun gajet ini memudahkan manusia, namun salah penggunaannya membawa kesan kepada diri kita terutamanya kanak-kanak. Cikgu kongsikan hari ini maklumat berkaitan gajet di dalam buku nota yang telah cikgu sediakan. Juga murid-murid boleh menonton video pendek daripada rakan kamu. Semoga ianya bermanfaat! Unit Bimbingan ...