Wednesday 27 October 2021

Suka Menangguh Tugasan?

Assalamualaikum anak-anak didik SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya berada dalam suasana yang harmoni dan bahagia. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai 'Suka Menangguh Tugasan?' 

Suka mengangguh tugasan merupakan tabiat yang perlu kita elakkan kerana ia merupakan sikap yang tidak baik. Tugasan yang dibuat secara bertangguh atau sengaja dilambat-lambatkan akan memberi hasil yang kurang sempurna atau terus terbengkalai. Diharapkan semua anak didik SKTPP sentiasa peka dan menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh ibu bapa ataupun guru-guru dengan segera. 




#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Tuesday 26 October 2021

Jom Kongsi : 6 Perkara Yang Boleh Dibuat Apabila Marah

Hi everyone! Apa khabar semua kesayangan cikgu? Semoga senyuman sentiasa terukir di bibir kamu. Saat gembira, hati akan tenang tetapi apabila marah menguasai diri segala perbuatan serba tidak kena. Cikgu yakin dan percaya kamu pernah beremosi marah. Begitu juga dengan cikgu..... namanya manusia akan berperasaan sedemikian apabila ada sesuatu yang datang mengganggu jiwa kita. Walaubagaimanapun, marah adalah perasaan yang biasa bagi sesorang yang normal. Cuma, cikgu ingin tekankan di sini yang paling penting adalah bagaimana kita mengawal emosi marah itu tadi. Dengan ini, cikgu sediakan 6 perkara yang boleh kamu lakukan apabila marah.



6 Perkara yang boleh anda lakukan apabila MARAH
💥Tulis apa yang kamu marah di atas kertas dan koyakkan kertas itu menjadi kepingan-kepingan kecil. Bayangkan yang kamu telah pindahkan amarah tadi daripada kotak fikiran kepada kepingan kertas itu.
💥Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Cara ini boleh melegakan dan membuat seseorang itu lebih relax.
💥Perlahan-lahan mengira hingga sepuluh atau menyebut abjad. Boleh membuat fikiran tertumpu kepada kiraan bukan peristiwa marah itu.
💥Guna perkataan untuk meluahkan perasaan anda. 
💥Bercakap / bercerita dengan rakan, guru atau ibu bapa anda.
💥Rehat / dan lakukan sesuatu yang anda gemari.

Cara ini dapat membuat anda mengawal perasaan marah. Let's try..... Semoga bermanfaat.

"Happiness is a state of mind"
We Care We Love💓

#staysafe
#staypositive

Monday 25 October 2021

Mengguna Internet Dengan Sihat

Assalamualaikum, salam ceria😃😃, salam bahagia buat anak--anak didik SKTPP.  Semoga anak-anak terus bersemangat dalam meneruskan PdPR pada hari ini dan hari-hari seterusnya.

Sentiasa setkan dalam minda, saya BERSEMANGAT dan RAJIN untuk ikuti PdPR. Hari ini, Unit B&K ingin kongsikan tentang Menggunakan Internet Dengan Sihat. untuk pengetahuan anak-anak semua, Internet merupakan rangkaian komputer yang berhubung di dalam beberapa rangkaian dan diringkaskan kepada interconnected-networking. Dengan kata lain internet, adalah jaringan besar  yang saling berhubungan dari jaringan-jaringan komputer yang menghubungkan orang-orang dan komputer-komputer di seluruh dunia, melalui telefon, satelit dan sistem-sitem komunikasi yang lain.

Pada zaman teknologi  ini terdapat banyak hal ataupun masalah yang timbul disebabkan penyalahgunaan internet. Hal ini kerana tahap kesedaran para pengguna masih rendah dan pengetahuan dalam aspek keselamatan penggunaan masih kurang. Oleh hal yang demikian adalah sangat penting bagi setiap individu untuk mengetahui bagaimana untuk menggunakan internet secara berhemah dan bijaksana. Jom kita kita ikuti 4 tips bagaimana menggnakan internet secara sihat. 



Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak menggunakan internet secara sihat. Pilihan di tangan kita, jadilah pengguna yang bijak dan sihat.

#staysafe
#staypositive
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor

Friday 22 October 2021

Wahai Ibuku.. Wahai Ayahku.., Dengarlah Rintihan Anakmu

Salam sayang dan salam ukhwah dari Unit Bimbingan dan Kaunseling khas buat murid-murid yang dirindui serta warga SK Taman Putra Perdana. 

Wahai ibu.., wahai ayahku.., dengarlah rintihan anakmu... Kehidupan ini adalah satu persaingan. Persaingan yang sihat akan mencipta kebahagiaan dan membentuk peribadi yang baik. Kecemerlangan akan tercipta apabila pelajar biasa, daripada keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa, belajar di sekolah biasa berusaha secara luar biasa. Untuk mendapat kejayaan besar, kita perlu korbankan banyak perkara kecil.

Mari kita sama-sama tonton video berikut untuk dapatkan maklumat selanjutnya. Seterusnya jom kita bermain dengan 'COMBATE'. Semoga bermanfaat.


Aktiviti permainan 'COMBATE' ini boleh membantu murid-murid untuk meningkatkan tenaga, produktiviti dan lebih fokus untuk belajar. Cara-cara hendak menjalankan aktiviti ini, murid-murid boleh print terlebih dahulu. Cari 'MULA', kemudian cuba cari jalan sehingga jumpa 'TAMAT'. Jika dah siap, snap dan send kepada whatsap cikgu Juli (0162969848) ATAU hantar kepada cikgu Juli di Bilik Bimbingan dan Kaunseling ketika sekolah di buka nanti.  Selamat mencuba. Terima kasih.

Aktiviti COMBATE

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Thursday 21 October 2021

Adab Dulu.....Baru ILMU

 ADAB DENGAN GURU

🌺Jangan menentang guru, tetapi serahkan diri kepada guru untuk dididik dan diasuh

🌺 jangan berkecil hati sekiranya guru marah, sebaliknya bersabar dan kekalkan rasa hormat terhadap guru anda

🌺 Bersangka baik & sentiasa mendoakan kebaikan guru anda sepanjang masa

🌺 Lagi pesanan buat kesayangan cikgu 👇👇👇👇👇👇


🌺Moga ilmu yang dicurahkan oleh guru anda memberi keberkatan dalam hidup anda dan membawa anda kepada kehidupan yang baik

🌺 Sama-sama kita muhasabah diri dan lakukan yang terbaik demi satu impian yang sama iaitu kejayaan

"Happiness is state of mind"
We Care We Love💓

#staysafe
#staypositive










Wednesday 20 October 2021

Kenal dan Pilih Rakan Sebaya Yang Betul

 Assalamualaikum, salam ceria, salam bahagia😃😃😃 salam inspirasi untuk semua warga SKTPP. Tahukah anda bahawa di antara Sunnatullah, yang diciptakanNya pada manusia, ialah naluri untuk berkawan. 

Kawan juga sentiasa datang silih berganti dalam kehidupan kita. Kawan yang baik pastinya akan membawa kita ke arah kebaikan, begitu juga sebaliknya. Oleh itu, carilah kawan yang sentiasa berusaha untuk sama-sama membangunkan kecemerlangan  diri untuk mencapai impian dan saling bantu membantu ke arah itu. 

Kali ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling kongsikan kepada anak-anak semua bagaimana untuk kenal dan pilih rakan sebaya yang betul. 



Saksikan juga video di bawah sebagai panduan kepada semua


#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku

Monday 18 October 2021

5 Tips Elak Ketagih Gadget

Assalamualaikum dan salam inspirasi. Apa khabar anak-anak didik yang disayangi. Semoga tenang di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid. Hari ini cikgu ingin berkongsi maklumat mengenai tips elak ketagih gedget. Zaman sekarang merupakan zaman teknologi. Semua orang harus celik IT jika tidak mahu ketinggalan. Murid-murid zaman ini sejak dari lahir sudah terdedah dengan pelbagai jenis gadget elektronik seperti komputer, tablet, video games dan sebagainya. Namun kita perlu kawal penggunaan gadget. Kerjasama daripada ibu bapa sangat perlu dalam hal mengawal penggunaan gadget supaya boleh mengelakkan anak-anak ketagih gadget. Adalah tidak bagus untuk anak-anak terlampau 'melekat' dengan gadget kerana ditakuti otak tidak berkembang malahan boleh meliputi kemahiran sosial, emosi, pembelajaran dan juga fizikal. Berikut merupakan video mengenai 5 Tips Elak ketagih Gadget. Selamat menonton dan semoga bermanfaat.



#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Murid Bulan Oktober 2021

Cikgu Gembira, Murid Bahagia!!

Selamat hari lahir buat murid-murid yang lahir pada bulan OKTOBER. Semoga hari-hari mendatang akan penuh dengan kebahagiaan dan harapan. Teruskanlah perjuangan dalam mengejar dan mencapai cita-citamu.

Friday 15 October 2021

Jom Belajar Bersyukur

Salam ingatan tulus ikhlas untuk semua. Sempena hari Jumaat yang mulia lagi barakoh ini cikgu ingin bawakan kamu tentang konsep bersyukur. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memang memberi kesan kepada kita. Tapi ianya bukan bermakna satu pengakhiran untuk kita teruskan momentum menimba ilmu. Sebaliknya jadikan peristiwa ini sebagai satu penyuntik kepada rasa bersyukur dengan keadaan kita mahupun keadaan orang sekeliling kita. Nota ini khas untuk kesayangan cikgu👇👇👇👇👇


Apabila diri mula bersyukur, akan lahirlah usaha 


"Happiness is a state of mind"
We Care We Love💓

#staysafe
#staypositif

Wednesday 13 October 2021

Melabel Rakan Dengan Bijak

Salam sayang khas buat anak-anak didik SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang baik dan bahagia di samping keluarga tersayang. Maklumat yang ingin cikgu kongsi kepada murid sekalian adalah berkaitan dengan rakan. Memilih siapa rakan kita adalah satu perkara yang sangat penting kerana kawan-kawan merupakan panduan kita dalam kehidupan serta seseorang yang membantu menentukan siapa kita. Jika tersilap memilih kawan atau pengaruh kawan yang negatif, boleh merosakkan akhlak dan diri kita. Oleh itu, berhati-hatilah memilih rakan dan binalah hubungan yang sihat dengan rakan-rakan. Mari sama-sama kita tonton video di bawah mengenai:

1) Maksud rakan

2) Rakan sejati

3) Kepercayaan dan pengorbanan

4) Kawan secara dalam talian

5) Melabel rakan dengan bijak

6) Proses persahabatan

7) Memilih rakan yang betul

8) Tidak semua persahabatan perlu dipertahankan.

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Tuesday 12 October 2021

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

Hi everyone💓💓💓💓Salam inspirasi daripada cikgu buat semua murid yang diberikan kesempatan masa bagi melihat, membaca, menonton perkongsian ini. Tahniah cikgu ucapkan. Semoga ianya memberi manfaat kepada kamu dan juga orang-orang tersayang di sekeliling kamu.

Memiliki keluarga bahagia merupakan impian semua orang. Tidak ada seorang pun manusia yang normal, sihat tubuh badan dan pemikiran yang inginkan satu keluarga yang kucar kacir dan tidak harmoni. Untuk mendapatkan satu keluarga yang bahagia, perlulah mengamalkan sifat-sifat yang baik seperti bertolak ansur, amanah, bersangka baik dan memahami ahli keluarga tersebut. Gaya hidup yang sihat berlandaskan agama dan nilai-nilai murni mampu membawa kebahagiaan kepada sesebuah keluarga itu. 

Berikut cikgu kongsikan ciri-ciri keluarga yang bahagia sebagai input tambahan kepada kamu. Semoga anak-anak murid yang cikgu sayangi dapat aplikasikan ilmu ini bagi menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga.



Jom cuba aktiviti pengukuhan ini...
sila klik 👇👇👇👇

 😍I LoVe My Family 😍

untuk mendapatkan maze chase game. 


"Hapiness is a state of mind"
We Care We Love💓

#kiaskukenaldiriku
#staysafe

Monday 11 October 2021

Jom Bijak Internet

Assalamualaikum, salam ceria 😃😃😃salam bahagia untuk semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Pastinya di era globalisasi ini, penggunaan internet dikalangan anak-anak dan guru-guru SKTPP ini sudah tidak asing lagi dan menjadi wadah tatapan harian bermula dari membuka mata hinggalah menutup mata semula. 

Memang tidak dapat disangkal lagi, internet memberi banyak manfaat kepada kita. Pendek kata, internet memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Namun sebagai pengguna, kita perlulah bijak menggunakan teknologi yang canggih ini. Di sini cikgu kongsikan cara bijak bagaimana kita melayari internet dengan selamat.


Saksikan juga video berkaitan panduan keselamatan melayari internet di bawah



#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku

Friday 8 October 2021

Pogram Laurier MyPerintis ESG


Program Laurier MyPerintis ESG merupakan program awal remaja khas buat murid-murid perempuan Tahun 5, Tahun 6 dan PPKI. SK Taman Putra Perdana berasa sangat bertuah kerana program yang sangat menarik dan bermanfaat ini ditaja oleh Yayasan Perintis Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk mendidik murid-murid mengenai sebelum, semasa dan selepas haid. Semua peserta yang hadir akan menerima sijil penyertaan dan sample pad percuma. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Najla selaku wakil dari Yayasan Perintis Malaysia atas ilmu yang disampaikan kepada murid-murid SKTPP. Cik Najla juga ada memberi nota kepada semua peserta sebagai rujukan pada masa akan datang. Nota tersebut, sila klik di sini

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa program dijalankan:

Pengacara majlis, Pn Juli

Penceramah, Cik Najla 

Tayangan video

Kehadiran peserta berjumlah 134 orang

Sayangi Diri

Assalamualaikum anak-anak didik SK Taman Putra Perdana. Maklumat yang cikgu akan kongsikan pada hari ini ialah 'Sayangi Diri'. Kita perlu bersyukur kehadrat Illahi yang mencipta kita sebagai seorang manusia yang lahir di muka bumi ini. Tanpa kehendakNya, kita tidak akan wujud di bumi ini untuk merasai apa yang telah kita rasakan selama ini. 

Bagaimana kita berterima kasih dan bersyukur kepada Allah setelah kita dicipta olehNya di muka bumi ini? Jawapannya ialah dengan cara menyayangi diri kita sendiri. Kita mesti menghargai setiap yang ada pada diri kita sama ada dari segi fizikal mahupun rohani. Berikut merupakan tips sayangi diri. Semoga bermanfaat. 


#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Thursday 7 October 2021

Follow Your Dreams

IMPIAN memberi definisi sesuatu yang benar-benar kita inginkan. Suatu hasrat yang kita inginkan dan ingin kita raih. Impian adalah permulaan bagi cita-cita. Setiap orang mempunyai target dalam hidupnya untuk membahagiakan diri sendiri dan orang sekitarnya. Bagi mencapai apa yang diimpikan seseorang itu perlu bekerja keras dalam meraih apa yang diinginkan. Itulah impian.

Anak-anak sekalian, impian sebenarnya bermula dari hal yang kecil misalnya “suatu hari aku nak miliki sebuah basikal yang mahal” atau “aku ingin jadi seorang yang pintar”. Impian-impian yang kecil ini akan berkembang menjadi besar apabila seseorang itu berusaha atau bekerja keras. Dengan impian juga kamu akan lebih terdorong dengan sendirinya untuk lebih bersemangat dalam kehidupan.

Jika kamu ada impian.... teruskan untuk meneroka impian tersebut. Sebarang perkongsian boleh hubungi guru-guru bimbingan anda. Kami sedia mendengar dan membantu dalam merealisasikan impian anda. Baiklah, cikgu tinggalkan kamu dengan ayat motivasi supaya hidup berpaksikan impian.



...Follow Your Dreams...
Apabila tersedar bahawa kamu ada impian
Nikmati masa yang kamu ada untuk menerokainya
Bayangkan saja apa yang kamu mahukan
Ketahui bagaimana kamu memahami impian kamu dengan baik
Inilah masanya untuk berusaha
Walaupun kamu harus menghadapi banyak cabaran
Tabahkan diri..
Nantikan satu hari ada sinarnya di mana
Impian kamu benar-benar menjadi kenyataan
Percayalah pada diri sendiri bahawa KAMU BOLEH MELAKUKANNYA!


"Happiness is a state of mind"
We Care We Love💓

#kiaskukenaldiriku
#staysafe
#staypositive

Wednesday 6 October 2021

5 Sifat Sahabat Yang Harus Dihargai

Assalamualaikum, salam ceria😃😃😃, salam inspirasi untuk semua

Hari ini cikgu nak kongsikan tentang orang yang kita suka jumpa terutama bila kita hadir ke sekolah iaitu sahabat. Sebagai makhluk ciptaan Allah yang normal, kita memerlukan manusia lain dalam hidup kita untuk berbicara atau berkongsi cerita disaat suka dan duka. Sesiapa sahaja boleh menjadi sahabat kita. Tetapi jika kita mahu mendapat sahabat yang baik, kita juga harus menjadi sahabat yang baik juga.

Jom!!! sama-sama kita belajar tentang 5 sifat sahabat yang harus dihargai seperti dalam info di bawah. Semoga melalui amalan sifat-sifat sahabat yang cikgu kongsikan ini dapat melatih dan mendidik anak-anak menjadi sahabat yang terbaik dan disayangi ramai.



#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku

Tuesday 5 October 2021

Kepentingan Keluarga Dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid SK Taman Putra Perdana. 

Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia. Keluarga merupakan orang yang bernilai dalam hidup kita yang dapat membantu menjamin kestabilan emosi dan mental kita. Mari kita baca, fahami dan tonton video mengenai Kepentingan Keluarga Dalam Kehidupan. Semoga bermanfaat.




#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Monday 4 October 2021

Anugerah Kelas Terbaik PdPR Bagi Bulan Ogos dan September 2021

Unit Guru Penyayang sekali lagi mengorak langkah baharu dalam meraikan murid-murid SKTPP sepanjang tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bagi menghargai penglibatan dan usaha guru-guru bersama murid-murid, Unit Guru Penyayang bersama barisan pentadbir telah mengambil inisiatif untuk memberikan anugerah kepada kelas-kelas yang mencapai peratus penglibatan murid yang mengikuti sesi PdPR.

    Objektif Anugerah Kelas PdPR Terbaik:

  • meningkatkan penglibatan murid-murid dalam kelas PdPR.
  • memotivasikan murid-murid dalam meningkatkan pencapaian akademik.
  • mewujudkan persaingan yang sihat antara kelas-kelas yang terlibat.

    Kriteria pemilihan untuk Anugerah Kelas Terbaik PdPR ini adalah seperti berikut:

  • penilaian dibuat menggunakan laporan kehadiran dan penglibatan murid dalam SPdPR.
  • penilaian dibuat dalam tempoh 2 bulan sekali.
  • sijil penghargaan akan diberikan kepada kelas terbaik mengikut tahun - Pra, PPKI, Tahun 1 hingga Tahun 6.
  • Hadiah akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat.
    Tahniah kepada semua kelas yang berjaya menggondol gelaran Anugerah Kelas Terbaik PdPR bagi bulan Ogos dan September. Semoga anugerah yang diberikan ini mampu memotivasikan guru-guru dan murid-murid untuk terus memberikan komitmen sepanjang sesi PdPR berlangsung. 

    Tahniah guru-guru yang hebat.
    Tahniah murid-murid yang hebat.
    Tahniah para ibu bapa yang hebat.

"Murid disayangi, PdPR disertai, Guru dihormati".



Tahun 6 Jujur

Tahun 5 Ibnu Sina

Tahun 4 Vivo

Tahun 3 Oracle

Tahun 2 Citrine

Tahun 1 Tempua

Prasekolah Mawar

PPKI Petanque

Disediakan oleh:
NurLiza Ab. Rahman

Amalkan 3W Dan Elak 3S

Welcome back to school untuk murid-murid PPKI.
Selamat kembali ke sekolah cikgu ucapkan untuk semua kesayangan cikgu..

Sebelum diumumkan dengan pembukaan sekolah bagi murid-murid aliran perdana yang lain, di sini cikgu mengambil kesempatan untuk mengingatkan seluruh warga SKTPP untuk memahami dan mengingatkan semula SOP sebelum ke sekolah, semasa di sekolah dan selepas pulang ke rumah.

Jom tonton video amalkan 3W, elak 3S di bawah. Semoga kita selamat daripada jangkitan Covid-19.


💓Happiness is a state of mind💓

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangorterbilang
#staysafe

Friday 1 October 2021

Tips Kekal Positif

Assalamulaikum, salam ceria 😄😄😄 salam sihat untuk semua. Pastinya hari ini, ramai di antara anak-anak mula menarik nafas lega dan gembira kerana hari ini merupakan hari terakhir sesi PdPR untuk  minggu ini. Anak-anak dapat menenangkan fikiran, beriadah dan berehat dihujung minggu.  

Di sini cikgu kongsikan beberapa tips untuk anak-anak amalkan supaya dapat kekal positif untuk mengikuti PdPR bagi minggu seterusnya. INGAT anak-anak!!! setiap perkara yang kita lakukan bermula dari pemikiran. Oleh itu jagalah pemikiran kita supaya sentiasa berfikir perkara-perkara yang positif sahaja dan jauhkan dari memikirkan hal-hal negatif yang boleh merosakkan emosi kita.



#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku