Wednesday 30 September 2020

Yellow Challenge Sebagai Tanda Sokongan Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020

" Let's Talk Minda Sihat"

-Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri -

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan kepada kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental.

Jom kita lihat apa yang ditakrifkan dengan kesihatan mental.

Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif, dapat belajar dengan aman dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Menyedari kepentingan itu, SKTPP menyahut cabaran Yellow Challenge dengan bersama-sama memakai pakaian berwarna kuning bermula 10 - 30 September 2020 sebagai tanda sokongan.

Kami menyokong sepenuhnya cabaran ini!!

Pn Hjh Rohaidah (Guru Besar) bersama Datin Noraizah (PK HEM) sentiasa mantap dengan sokongan

Aksi bersahaja guru-guru

Nampak tak "X" tu..maksudnya elak "bunuh diri"

Sokongan daripada staf dan Bendahari KKGK

Cantik teacher Malisha berbaju kuning

Bukan sahaja pakaian kuning...jadual waktu pun sama

Cikgu Azlin dan Cikgu Maziah di Dataran Perhimpunan

Kajian menyatakan warna kuning mampu memberi aura bahagia dan ceria..Terukir kebahagiaan di wajah Ustazah Maizan

Sesuatu mesej "benci/elak/tidak suka" untuk kita sampaikan tidak semestinya dalam keadaan mimik muka yang menggerunkan tetapi sebaliknya. Unit Bimbingan & Kaunseling memberi sokongan yang padu kepada "Yellow Challenge" ini.

Sokongan daripada PPKI

Peserta pantun Minda Sihat 

Sebahagian guru-guru sesi petang berbaris dengan pakaian kuning mereka


Alahai comel sangat guru-guru di SKTPP ni...


We SKTPP staff support Yellow Challenge campaign

Wednesday 23 September 2020

Program Minda Sihat : Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat

Pertandingan Persembahan Pantun Minda Sihat ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Selasa (22/9/2020) untuk peserta Tahun 1 dan pada hari Rabu (23/9/2020) untuk peserta Tahun 2. Seramai 20 peserta dari Tahun 1 dan 19 peserta dari Tahun 2 telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan di bilik Bimbingan & Kaunseling SKTPP.

Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kepentingan menjaga kesihatan mental dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah amnya dan murid-murid khususnya. Dengan adanya aktiviti seperti ini juga, secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid serta memotivasikan mereka untuk bersaing bagi mencapai kejayaan.

Berbagai-bagai ragam dan gaya para peserta dapat disaksikan sepanjang program ini berlangsung. Jom...sama-sama kita saksikan gambar-gambar serta video yang sempat dirakamkan. Gambar-gambar dan video di bawah ini adalah dari peserta Tahun 1 :


















Lima pemenang telah dipilih dalam kalangan 20 peserta Tahun satu ini. Lima pemenang tersebut adalah:
Tempat Pertama: Qisha Hana bt Khairulnizam (1 Turquoise)
Tempat Kedua  : Nur Salsabilla Safiyyah bt Md Ipazri (1 Emarald)
Tempat Ketiga  : Muhammad Harraz Danish bin Mohd Hidzir (1 Topaz)
Tempat Keempat : Muhammad Firash Qayyum bin Abdul Razak (1 Turquoise)
Tempat Kelima : Siti Aliya bt Muhamad Suhaizi (1 Zircon)
Semua peserta yang tidak berjaya menjadi pemenang akan menerima hadiah saguhati. 

Gambar-gambar seterusnya adalah peserta pantun untuk Tahun 2 :

























Lima pemenang juga telah dipilih dalam kalangan 19 peserta Tahun 2. Lima pemenang tersebut adalah:
Tempat Pertama: Muhammad Amin Rizqi bin Mohd Azwadi (2 Windows)
Tempat Kedua   : Nur Nadhirah bt Hisyaruddin (2 Oracle)
Tempat Ketiga   : Faatin Nur Arissa bt Ahmad Faizal (2 Unix) 
Tempat Keempat : Nur Eryna bt Amerudin (2 Windows) 
Tempat Kelima  : Muhammad Haris Farhan bin Mohd Haafiz (2 Unix)
Semua peserta yang tidak berjaya menjadi pemenang, akan menerima hadiah saguhati. 

TAHNIAH dan SYABAS kepada semua peserta
Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera!!!

Disediakan oleh :
Pn. Rozimah binti Yaakob