Thursday 30 April 2020

Wujudkan Pemikiran Positif Dalam Diri

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Ceria buat semua murid-murid & warga SKTPP
Semoga semuanya sihat2 dan ceria2 bersama keluarga tercintaπŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

Alhamdulillah , dah masuk hari ke-7 kita menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Walaupun kita sedang melalui PKP dan berperang dengan wabak Covid-19, bukan penyebab untuk kita merasa hambar dan sedih untuk melalui Ramadhan kali ini malah kita patut merasa bertuah kerana berpeluang bersama ahli keluarga dalam tempoh masa yang lama dan boleh melakukan banyak aktiviti yang tidak dapat kita lakukan sebelum ini bersama keluarga.

Mewujudkan rasa syukur dalam diri dan sentiasa mewujudkan pemikiran yang positif dapat membantu kita menjalani PKP dan ibadah di bulan Ramadhan ini dengan lebih baik. Matlamat kita untuk menjadi positif tidak perlu diakhiri dengan mencapai kesempurnaan dalam setiap keadaan, tetapi sentiasalah berusaha kearah menjadi lebih positif, kerana ia membawa kepada kehidupan lebih gembira setiap hari. Terdapat beberapa cara untuk membentuk pemikiran yang lebih positif

* Lakukan sesuatu yang baik terhadap orang lain
*Raikan Kejayan Kecil
*Berbuat baik kepada diri sendiri

Jauhkan sekali-kali pemikiran yang negatif dari dalam diri kita. Andainya ia wujud, cuba tukarkan ia menjadi positif. Jom kita cuba....


Kelas Bimbingan Berkala PRS Secara Atas Talian (Topik 1: "PRS:Bina Diri, Bantu Rakan")

Alhamdulillah...hari ini telah berlangsung Kelas Bimbingan Berkala PRS Atas Talian.
Topik 1: "PRS: Bina Diri, Bantu Rakan"
Tarikh: 29 April 2020
Hari: Rabu
Masa: 3.00 petang hingga 4.30 petang
Peserta: PRS yang berminat dan telah mendapat keizinan ibu bapa atau penjaga
Tempat: Rumah masing-masing
Platform PRS : Google Meet
Platform GBK : Zoom



Video rakaman semula kelas Bimbingan PRS online:
https://www.youtube.com/watch?v=je6d-YQUakU

Persediaan Sebelum Kelas Bimbingan Berkala PRS Secara Atas Talian


Maklumat daripada pihak penganjur:
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua,
Adalah dimaklumkan bahawa Kelas Bimbingan PRS Online akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 April 2020 (Rabu)
Masa : 3.00 pm
Peserta : 250 orang PRS seluruh Malaysia
Platform :Google Meet (PRS Sahaja) / Zoom (GBK sahaja - sila install jika belum ada)

Sila ambil maklum bahawa :

1. Link masuk ke kelas online akan dihantar melalu emel 10 minit sebelum kelas bermula. Sila semak emel anda 10 minit sebelum kelas bermula.

2. Tidak dibenarkan untuk berkongsi link kelas online kepada orang lain.

3. Kelas tersebut akan direkodkan dan diupload atas talian untuk dokumentasi pihak penganjur.

4. Limit Zoom yang ditetapkan adalah 100 org sahaja. Siapa cepat masuk dia akan dapat ikuti kelas sehingga tamat.

5. Sila MUTE anda sepanjang kelas berlangsung kecuali diminta oleh pihak penganjur untuk berbicara.

6. Sijil Kehadiran akan diperolehi melalui link yang akan diberi pada akhir kelas. Masa menjawab adalah sehingga 10 minit selepas tamat kelas.

Sekian, harap maklum.


MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM
Penganjur

Wednesday 29 April 2020

Faedah-faedah Berpuasa

Salam 6 Ramadhan..
Selamat berpuasa kepada murid -murid serta warga SKTPP yang beragama Islam.
Diam tak diam kita sudah pun masuk Ramadhan yang ke-6. Pastinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seisi keluarga dapat bersama-sama menikmati bulan penuh keberkatan ini. Moga kita berjaya mengharungi cabaran wabak COVID-19 ini dan bangkit semula menjadi insan yang lebih baik.

Kajian mendapati amalan berpuasa pada bulan Ramadhan mempunyai kesan fisiologi dan psikologi secara tidak langsung. Kesan fisiologi ini termasuklah merendahkan paras gula dalam darah dan kolesterol. Kesan dan kelebihan dari sudut psikologi iaitu ia dapat memberi ketenangan dan kedamaian pada minda, dipercayai ia berkaitan dengan paras gula dalam darah yang semakin stabil. Samasa berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran. Amalan ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada minda dan jiwa, malah dapat meningkatkan keupayaan memori.

Mari kita hayati mengenai faedah-faedah berpuasa..

#stayathome
#kitajagakita
#kitamestimenang

Tuesday 28 April 2020

Jom Tangani Kebimbangan Anak-anak Akibat Penularan Wabak Covid-19

Assalamualaikum, Salam Ceria...πŸ˜€πŸ˜€ salam kasih sayang😍😍 buat semua warga SKTPP

Wabak Covid-19 merupakan isu utama yang sedang melanda dunia buat masa ini. Isu ini telah menimbulkan kebimbangan pada semua orang tanpa mengira umur.

Apakah itu kebimbangan???
Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia merupakan satu emosi yang wujud kesan daripada gabungan fisiologi dan psikologi yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh individu terhadap satu situasi. (Iso Ahola dan Hatfield, 1986)

Menurut Prof Madya Dr Khaidir Ismail, Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM "Kebimbangan melampau boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius sehingga mengganggu fungsi organ dalaman dan ingin membunuh diri"

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu diri sendiri dan orang-orang tersayang menangani masalah kebimbangan ini. Untuk itu, jom... sama-sama kita sebagai guru dan ibu bapa menonton video "Bagaimana Ibu Bapa Dapat Membantu Anak-anak Menangani Kebimbangan Ketika Penularan Wabak Covid-19"

Monday 27 April 2020

Panduan Urus Tekanan

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua murid-murid SK Taman Putra Perdana..

Dalam kehidupan hari ini, ada kalanya terdapat sesuatu perkara yang menyumbang kepada tekanan. Ini kerana corak kehidupan hari ini yang terpaksa kita hadapi pelbagai masalah seperti masalah keluarga, kewangan, bebanan tugasan dan pelbagai lagi. Sebesar manapun masalah yang datang, kita boleh hadapi dengan jayanya jika dapat diuruskan dengan tenang dan teratur.
Berikut merupakan beberapa panduan untuk mengurus tekanan:


Saturday 25 April 2020

Iklan Kelas Bimbingan Berkala PRS Secara Atas Talian

Assalamualaikum dan salam ceria buat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya sentiasa kekal duduk di rumah. Diharapkan PRS sentiasa melengkapkan hari-hari yang dilalui dengan aktiviti yang berfaedah. 

Berikut adalah iklan kelas bimbingan berkala PRS secara atas talian. 


Disertakan di sini maklumat dari pihak penganjur kelas tersebut:

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia khusnya yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna kepa kita.

Maaf ganggu anda semua. Saya ingin menyampaikan Hasrat saya untuk membuka Kelas Bimbingan Online PRS berkala secara online kepada mana-mana GBK dan PRS yang berminat. Insyallah kelas berkala ini akan banyak menyentuh mengenai isu-isu berkaitan PRS secara amnya serta remaja.

Bagi kelas rintis yang mungkin diadakan pada minggu hadapan, saya berhajat untuk membuka pendaftaran kepada 5 buah sekolah yang berminat bagi menyertai kelas online ini. Ada beberapa syarat yang letakkan bagi memastikan kelas ini berjalan dan mencapai objektifnya.

1. PRS telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai kelas ini sebelum mereka mendaftarkan diri.
2. PRS telah mendapat kebenaran ibu bapa mereka untuk sertai kelas ini.
3. PRS mestilah benar-benar berminat untuk menyertainya tanpa paksaan mana-mana pihak.
4. PRS mempunyai akses internet yang baik
5. PRS boleh memberikan komitmen yang baik sepanjang kelas berlangsung.

Sekiranya ada GBK dan PRS yang berminat untuk turut serta boleh hubungi saya dan saya akan share link pendaftaran. Terhad untuk 50 orang PRS sahaja ya. Kelas rintis dahulu. Jika Berjaya saya open lebih ramai lagi selepas ini.

Jika da GBK yang nak join team Panel Latihan pun boleh hubungi saya juga. Sama-sama kita kongsi ilmu untuk kebaikan PRS kita.

Lagi mesej dari pihak penganjur:

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera,

Terima kasih atas kesudian untuk menyertai Kelas Online PRS anjuran saya. Mohon cikgu pastikan telah memaklumkan mengenai kelas ini kepada PRS masing-masing terlebih dahulu sebelum share link pendaftaran ini.

Untuk cikgu juga dikehendaki isi borang pendaftaran ini pada link yang sama kerana ada maklumat yang saya perlukan. Sila share link yang diberikan ini kepada PRS yang berminat untuk menyertai kelas ini .

Sekian, harap maklum.

MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM K.B.; P.A.
Penganjur
Kelas Bimbingan Online PRS


BORANG PENDAFTARAN KELAS PRS ONLINE

Kepada yang berminat untuk menyertai kelas bimbingan PRS online ini dipohon untuk mengisi borang ini dengan lengkap dan tepat.

Link pendaftaran : https://forms.gle/8871qwKCunEBtYD89

Terima kasih.

Friday 24 April 2020

Amalkan Teknik Pernafasan Yang Teratur

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua warga SKTPP. Semoga semuanya sentiasa sihat dan bahagia bersama orang-orang tersayang. Pesanan penting untuk anak-anak murid SKTPP; JANGAN KE MANA-MANA YE..... Dah bosan ke??? JOM hari ni kita cuba amalkan Teknik Pernafasan yang Teratur.
#STAYSAFEATHOME

Wednesday 22 April 2020

Panduan Kekal Aktif dan Positif Untuk Kesejahteraan Mental

Assalamualaikum dan salam sejahtera..terutama  buat anak didik SK Taman Putra Perdana.
Semoga semuanya sihat bersama keluarga tercinta. Pastikan diri terus kekal tenang dan duduk di rumah.

Berikut merupakan panduan kekal aktif dan positif untuk kesejahteraan mental. Marilah bersama-sama kita amalkan.


Saturday 4 April 2020

Tips Mengurus Masa

Assalamualaikum murid-murid..
Semoga semua murid sentiasa disiplin patuh arahan kerajaan, 'Stay at home'.



Thursday 2 April 2020

Talian Prihatin Kaunseling SKTPP

Kepada semua murid SK Taman Putra Perdana..
Sekiranya murid-murid memerlukan sokongan emosi, boleh lah berhubung terus dengan guru bimbingan & kaunseling SKTPP, seperti info berikut:


Semoga semua murid sentiasa patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan. Sama-samalah kita berdoa supaya wabak Covid 19 terhapus dengan segera.
#*please stay at home*