Wednesday 6 February 2019

Temuduga Pemilihan PRS Sesi Petang 2019

Pemilihan PRS Sesi Petang telah bermula hari ini. Calon-calon PRS adalah daripada senarai pilihan guru-guru.

Antara kriteria yang dipilih :

1. Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain
2. Boleh berkomunikasi dengan baik
3. Mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengar dengan penumpuan, memahami,  
    menerima tanpa menilai atau melabel, komited, terima tanpa syarat, tulen)
4. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
5. Trampil dalam aspek akademik, sahsiah, kokurikulum & spiritual

Good Luck dear...
15 orang akan dipilih..






Friday 1 February 2019

Program Ziarah Cakna Siri 2

Program Ziarah Cakna Siri 2 ini diteruskan dengan lawatan ke rumah murid Tahun 6 yang baru sahaja kematian ayahnya pada November 2018 yang lalu. Selain merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan murid, lawatan ini juga memberi peluang berkongsi pendapat antara penjaga dan guru bagi mengembangkan potensi murid.

Komitmen padu daripada Tn Hj. Khairul Azhar (YDP PIBG) dalam menjayakn program ini diharapkan mampu meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru dengan berfokuskan pembangunan kemenjadian murid.

Berikut sekitar lawatan yang diadakan pada hari ini.

Sesi beramah mesra dengan tuan rumah

Uniform di belakang menggamit seribu kenangan.. Semoga kamu lebih tabah, sayang dalam meneruskan kehidupan ini..

Kali ini kami berenam.. Terima kasih Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) yang sentiasa memberi sokongan dalam apa jua program anjuran UBK.

Sedikit sumbangan dari warga sekolah untuk keluarga ini disampaikan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali
Disediakan oleh,
Arzah Hussin