Posts

Showing posts from May, 2022

Mesyuarat Agung PRS sesi 2022/23

Image
Selesai sahaja Penyampaian Watikah Pelantikan, kami guru-guru penasihat PRS mengambil masa yang ada untuk mengadakan Mesyuarat Agung PRS sesi 2022/23. Dua aktiviti yang dijalankan dalam mesyuarat agung kali ini ialah pertama; lantikan AJK dan yang kedua; pembahagian tugas semasa rehat. Kepada yang berjaya mengungguli pucuk pimpinan organisasi JK PRS, tahniah cikgu ucapkan. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Peluang sentiasa ada pada masa akan datang dan jangan sesekali lepaskan peluang itu. Cuba dan terus mencuba!! Dengan berbekalkan sedikit panduan dan nasihat daripada guru penasihat, cikgu mengharapkan PRS sekalian jadikan ianya satu semangat dalam menjalankan tugas. Bersiap sedia dengan calon Siapa nak saya undi ya.... masing-masing dah ada pilihan Antara calon-calonnya.. Semangat mengundi... termasuk PRS daripada PPKI Finally.. Guru penasihat menerangkan bidang tugas semasa rehat

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sesi 2022/23

Image
Syukur alhamdulillah.... setelah dua tahun tiada majlis secara bersemuka, hari ini semua PRS diraikan dalam majlis yang sederhana tapi cukup bermakna iaitu Penyampaian Watikah Pelantikan PRS. Seramai 72 orang PRS yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga 6 dan juga murid PPKI terlibat dalam majlis hari ini. Kedua-dua sesi majlis hari ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa untuk memperoleh berkat dan seterusnya ucapan daripada wakil pentadbir. Buat pengetahuan semua, Pembimbing Rakan Sebaya berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Seiring dengan falsafahnya, "Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain" dijadikan pegangan dalam  membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, juga menjadi ikon kepada murid-murid lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.  Berikut rakaman gambar sepanjang majlis dijalankan. 🔖 Majlis Pelantikan PRS Sesi Pagi 🔖 🔖 Maj...