Posts

Showing posts from July, 2022

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu (Kesedaran Kendiri & Asas komunikasi) Tahun 2022

Image
Seawal 7.00 pagi lagi beberapa orang ahli PRS telah datang berjumpa cikgu menunjukkan ketidaksabaran menyertai program hari ini. Berbunga-bunga hati cikgu melihat keterujaan anak-anak PRS. Hari ini, kursus ke-2 yang perlu dihadiri oleh PRS bagi melengkapkan mata bagi mendapatkan PRS Tahap Bongsu:   Berikut objektif program untuk hari ini: i. Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, para guru, keluarga dan masyarakat. ii. Memahami serta menilai kelebihan dan kelemahan diri iii. Mengenalpasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan Seramai 41 orang peserta yang hadir hari ini dan 9 orang merupakan PRS Tahap Bongsu. Kehadiran mereka adalah untuk memantap dan membugarkan lagi ilmu yang sedia ada. Berikut rakaman gambar semasa program dijalankan: Rakaman video pendek semasa aktiviti dijalankan Usaha tangga kejayaan! Buat anak-anak PRS, semoga berjaya mendapat PRS Tahap Bongsu💪💪💪💪

Program 3C (Cergas, Ceria & Cemerlang) Anak-anak PPD Daerah Sepang 2022

Image
Tanggal 21 Julai 2022 telah berlangsungnya Program 3C (Cergas, Ceria & Cemerlang) di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang bersama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang. Program ini dilaksanakan bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Utama Ibu pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bangi, Selangor. SK Taman Putra Perdana telah menghantar dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan bagi menyertai Program 3C ini. Selain slot ceramah, terdapat aktiviti menarik semasa Program 3C iaitu pameran dari pelbagai agensi dan pemeriksaan kesihatan percuma khas kepada semua guru pengiring. Pemeriksaan kesihatan seperti berikut: 1. Saringan Ksihatan Warga Sihat (BSSK) 2. BMI 3. Tekanan BP 4. Glucose 5. Saringan darah HIV 6. Hep C (sekiranya ada faktor risiko) 7. Saringan simptomatik TB Buku Program 3C, sila scan QR di atas atau klik  https://anyflip.com/mbdvv/grlh/ Bahan-bahan