Petua 5T Mendengar
Assalamualaikum, selamat pagi murid-murid dan semua warga SKTPP Semoga semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tersayang... Diam tak diam dah 3 bulan kita tak bersekolah kan...walaupun kita duduk di rumah sejak PKP dan sekarang dah masuk fasa pemulihan (PKPP), diharap murid-murid semua kekalkan momentum untuk terus belajar. Hari ni cikgu nak kongsikan salah satu teknik mendengar iaitu "Petua 5T Mendengar" . Petua ini boleh digunakan oleh murid-murid, guru-guru dan ibu bapa bagi menunjukkan keperihatinan kita semasa mendengar dan menggalakkan seseorang individu itu berkongsi perasaannya dengan kita. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba...😉😉😉 #staysafestayhealthy #kitajagakita