Posts

Showing posts from 2018

Jejak Adiwira Kidzania 2018

Image
Program Adiwira Kidzania merupakan satu program khas Jabatan Pendidik an Negeri Selangor (JPNS) dengan kerjasama Kidzania Kuala Lumpur. Tahun ini merupakan tahun ketiga program ini dilaksanakan dan merupakan tahun pertama Daerah Sepang menghantar wakil ke peringkat negeri. Menyokong usaha JPNS dalam Projek Kerjaya Adiwira Kidzania, SK Taman Putra Perdana telah membawa seramai 80 orang murid (Tahun 3 - 6) menyertai Road Tour To Kidzania pada 3 Oktober 2018 yang lalu. Rentetan daripada program Road Tour To Kidzania, sekolah telah menghantar 2 orang wakil murid ke Pertandingan Tokoh Adiwira dan Buku Skrap di peringkat negeri iaitu :   Muhammad Adam Azfar bin Mazlan (Tokoh Adiwira)  Nur Ainin Syafila bt Azmi (Pertandingan Buku Skrap) Sekalung tahniah kepada Muhammad Adam Azfar kerana berjaya menjadi finalis untuk Tokoh Adiwira di peringkat negeri sekaligus telah dinobatkan sebagai Tokoh Adiwira Peringkat Daerah Sepang semasa Majlis Penganugerahan Tokoh Adiwira ...

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi & Petang (Bulan September, Oktober, November & Disember) 2018

Image
Alhamdulillah, selesai tugas untuk tahun ini dalam melaksanakan aktiviti penghargaan murid iaitu Sambutan Hari Lahir Murid 2018.  Terima kasih kepada semua JK Unit Guru Penyayang kerana telah menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan baik. Terima kasih juga kepada pihak sekolah dalam menyediakan hadiah untuk semua murid SKTPP. Untuk murid-murid semua bacalah ucapan yang ditujukan khas untuk anak-anak didik SKTPP. .....Tiada kad yang lebih berharga di hari ulang tahun selain doa kami untuk kalian..... Semoga fikiran kalian semakin luas dan cerdas Semoga hati kalian semakin bersih dan bijak Semoga akhlak kalian semakin menawan dalam kebajikan Semoga ilmu yang kalian terima dapat dimanfaatkan Semoga diri dan hidup kalian kekal bahagia, sejahtera & sentiasa mendapat redha dariNya Majlis pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) manakala sesi petang disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad (Penolong K...

Program Semarak Sahsiah 2018

Image
Program Semarak Sahsiah merupakan satu program yang tercetus oleh rasa sayang terhadap anak-anak didik yang masih dahaga dengan pujukan dan nasihat para guru.  K olaborasi antara Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam ini diharapkan mampu mengurangkan bilangan murid yang tidak hormat guru di samping menerapkan  sifat penyayang dalam diri murid terhadap guru. D alam masa yang sama penjelasan mengenai adab dan hikmah menghormati guru diharapkan dapat melahirkan murid yang menghargai insan yang signifikan dalam hidup mereka. Program Semarak Sahsiah ini dijalankan  sebanyak 2 fasa iaitu pada Ogos & Oktober yang melibatkan semua murid SK Taman Putra Perdana.  Terima kasih kepada Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Sufian (YDP PIBG) yang turun padang memberi ceramah dalam program ini. Jutaan terima kasih juga kepada para penceramah yang terdiri daripada barisan guru SKTPP.  Penceramah : Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif S...