Alhamdulillah, perjumpaan dan musyawarah GBK pada kali ini diadakan untuk berbincang mengenai dapatan nama murid yang tidak sertai PdPR, murid yang belum menduduki ujian aptitud serta aktiviti PRS.
Wednesday, 30 June 2021
JOM KONGSI : Amalan Baik Di Rumah
Assalamualaikum, Salam Ceriaπππ Salam Bahagia dan Salam Inspirasi untuk semua warga dan anak-anak di SKTPP. Semoga kita semua sentiasa dalam lidungan dan rahmat Allah selalu.
Untuk Jom Kongsi dari UBK SKTPP kali ini, cikgu nak kongsikan tentang Amalan Baik Di Rumah. Jom kita amalkan amalan baik ini sepanjang berada di rumah. Semoga apa yang dikongsikan dapat membantu anak- anak membentuk sikap dan disiplin diri yang positif.
Sila klik video π untuk mengikuti perkongsian yang cikgu sediakanπππ
Tuesday, 29 June 2021
Taklimat Dapatan Minda Sihat Dalam Sistem e-Perkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM)
Monday, 28 June 2021
Penataran perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Bil 2/2021
LIVE YOUTUBE : PENATARAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI SELANGOR BIL 2/2021
π️ Tarikh : 28 JUN 2021 (ISNIN)
π‘ Masa : 10:00 pagi
π’ Tempat : YouTube Official KPP HEM JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
π₯ Sasaran : Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Selangor
π» Link : https://www.youtube.com/watch?v=hySWZpMI_aU
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpshkpm
#kpm
Sembang Santai : Kesan Cicir PdPR
Assalamualaikum... Salam inspirasi buat semua murid-murid SKTPP tersayangπππ
#jpnselangor
#bpshkpm
#kpm
Friday, 25 June 2021
Kesedaran Kendiri
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera π. Semoga semua anak didik SK Taman Putra Perdana terus bersemangat untuk belajar
Perkongsian Unit Bimbingan dan Kaunseling pada hari ini ialah Kesedaran Kendiri. Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Jom tonton video yang cikgu sertakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kesedaran Kendiri. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video Kesedaran Kendiri
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada semua dan bermanfaat.
Terima kasih.
#stayathome
#staysafe
#staypositive
Wednesday, 23 June 2021
JOM KONGSI : Tangani Stres Dengan 10B
Assalamualaikum, selamat pagi... salam Ceriaπππ Salam Inspirasi untuk semua warga SKTPP. Semoga semuanya sentiasa sihat, ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta...πππ.
TAHUKAH ANDA ??? Kajian psikologi mendapati bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara langsung telah menimbulkan kesan emosi negatif terhadap individu. Justeru itu, setiap individu perlu mengambil langkah positif untuk mengekalkan kestabilan emosi dalam melalui fasa kehidupan norma baharu ini. Aspek penyesuaian diri memainkan peranan penting dalam menentukan kefungsiaan mental serta tingkah laku seseorang untuk menjaga kestabilan emosi bagi menjalani perubahan dalam aktiviti harian.
Terdapat beberapa teknik psikologi yang dapat mambantu dalam mengatasi tekanan emosi individu serta mengekalkan kestabilan emosi. Bagi membantu warga SKTPP menangani isu tekanan ini, JOM... kami di UBK SKTPP kongsikan cara-cara Tangani Stres Dengan 10B.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba....π
#Staysafe
#Staypositif
Sunday, 20 June 2021
Sembang Santai : POSITIF
Assalamualaikum, salam sayang & salam inspirasi untuk semua murid SKTPP yang sentiasa dalam ingatan cikgu. Kita telah pun masuk minggu kedua PdPR selepas cuti penggal baru-baru ini. Cikgu harapkan kamu semua sentiasa sihat dan bersemangat untuk jalani kehidupan dalam budaya yang baru ini.
Jom sembang-sembang santai bersama cikgu... Walaupun ianya satu hala tetapi kamu semua boleh jadikan dua hala dengan menghubungi cikgu dan rakan GBKSM yang lain untuk mendapatkan lebih banyak tips yang diperlukan.. Ingat, kamu tidak keseoranganπππ
![]() |
Jangan lupa ya murid-murid, wajah kami bertiga niπ Sentiasa bersedia membantu kamuπ |
#staypositive
Friday, 18 June 2021
Kata-kata Motivasi Inspirasi Diri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi khas buat semua anak didik serta warga SK Taman Putra Perdana. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin kongsikan kata-kata motivasi inspirasi diri. Semoga kata-kata motivasi yang dikongsikan ini akan menaikkan lagi semangat kita semua untuk meneruskan aktiviti seharian. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi orang yang berjaya dan bukan orang yang malas berusaha.
Wednesday, 16 June 2021
Tips Atasi Sikap Malas Belajar
Salam Inspirasi untuk semua Warga SKTPPππ
Monday, 14 June 2021
Musyawarah Dalam Talian Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTPP Bi.1/2021
Pada hari ini semua Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana bersepakat mengadakan musyawarah secara dalam talian mengenai tugasan sepanjang BDR (Bekerja Dari Rumah) yang bermula 14 Jun 2021 hingga 16 Julai 2021. Semoga musyawarah ini dapat melancarkan lagi tugas kami sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling.
![]() |
#stayathome
Sunday, 13 June 2021
Peranan Ibu Bapa & Murid Sepanjang PdPR
Salam inspirasi untuk semuaπ
Seperti dalam sidang media khas oleh Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan) yang lalu, semua sekolah di Malaysia akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bermula 14 Jun sehingga 17 Julai 2021 selama 25 hari persekolahan. Oleh itu cikgu harap semua murid dan ibu bapa bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Di sini cikgu kongsikan panduan peranan buat ibu bapa dan murid sepanjang sesi PdPR dijalankan. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat.
Selamat menjalani PdPR dan semoga terus bersemangat dalam menuntut ilmu untuk semua murid-murid SKTPP!
#staysafe
#staypositive
#stayhealthy