Thursday 30 September 2021

Cara-cara Menghargai Jasa Guru

Assalamualaikum dan salam ceria buat anak-anak didik SK Taman Putra Perdana.

Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis. Inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insaniah dengan cahaya ilmunya. Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan. Tanpa usaha dan pengorbanan guru, tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. 

Berikut adalah cara-cara menghargai jasa guru:


#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Wednesday 29 September 2021

Adab Bergurau Dengan Rakan

 Kalau duduk di dalam surau,
Ingat-ingatlah membaca kitab,
Kalau duduk senda gurau,
Ingat-ingatlah tersalah cakap.

Salam bahagia untuk semua......Perkongsian hari ini bertemakan rakan/kawan. Cikgu yakin dan percaya kamu pasti ada kawan. Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa menjaga perilaku apabila bersama dengan kawan yang lain. Semasa bergurau haruslah berpada-pada. Bimbang kawan berkecil hati. Di sini cikgu kongsikan adab-adab bergurau dengan rakan. Selamat menonton dan semoga bermanfaat.



Alangkah indah hati beriman,
Akhlak mulia tiada tara,
Alangkah indah banyak teman,
Hidup bahagia banyak saudara.

πŸ’“"Happiness is a state of mind"πŸ’“
We Care We Love"

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangorterbilang
#staysafe

Tuesday 28 September 2021

Jom Kongsi : 5 Teras Keluarga Bahagia

Assalamualaikum, salam ceria & salam bahagia πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ buat anak-anak serta warga SKTPP. Semoga kebahagiaan menjadi tamu istimewa buat kita setiap ketika. Kita sanggup lakukan apa sahaja untuk kecapi kebahagiaan kerana ia lebih kekal dari wang dan harta. Keluarga bahagia bukan sekadar ibu bapa dan anak-anak berkumpul dalam satu rumah sahaja, namun ia adalah satu ikatan kasih sayang yang suci terjalin bersama pasangan, manakala anak-anak pula merupakan amanah dari Allah.

Kita semua mampu membina keluarga yang bahagia dengan mengamalkan beberapa perkara yang mungkin dianggap remeh dalam kehidupan harian kita, namun tanpa dijangka ianya mampu memberi impak yang besar dalam jangka masa panjang. Jom sama-sama kita amalkan beberapa tips yang menjadi teras kepada keluarga bahagia.


Semoga perkongsian video ini juga mampu memberi nilai tambah dalam usaha kita membina keluarga yang bahagia


#staysafe
#mindasihat;emositerjagakehidupansejahtera
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor


Monday 27 September 2021

Pengurusan Media Sosial Yang Baik Dan Hentikan Buli Siber

Assalamualaikum dan salam inspirasi. Semoga semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana berada dalam keadaan sihat dan harmoni. Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan maklumat mengenai Pengurusan Media Sosial Yang Baik Dan Hentikan Buli Siber. Media Sosial adalah aplikasi berasaskan komputer yang memudahkan perkongsian idea, fikiran dan maklumat melalui pembinaan rangkaian maya dan komuniti. Masyarakat termasuk murid-murid boleh berkongsi maklumat dengan cepat di platform media sosial ini seperti berkongsi maklumat, foto, video dan banyak lagi melalui web ini. Contoh rangkaian perkongsian media ialah Instagram, Youtube, Tik Tok dan sebagainya. 

Kita perlu menggunakan media sosial dengan baik dan perlu ada etika. Tujuannya supaya kita terhindar dari buli siber. Maklumat selanjutnya boleh hayati poster dan tonton video yang disertakan. Kemudian teruskan bermain aktiviti wordsearch 'Find Me by Cikgu Juli'. Pastikan murid-murid telah menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru-guru sebelum meneruskan aktiviti permainan ini. Selamat menonton dan selamat mencuba. Semoga bermanfaat.  






Aktiviti permainan wordsearch 'Find Me by Cikgu Juli', sila klik link berikut: 

https://wordwall.net/play/22344/348/446

Jawapan:

KOMUNIKASI, WHATSAPP, TELEGRAM, FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER, BERINTERAKSI, BERHEMAH, ELEKTRONIK, PSIKOSOSIAL


#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Saturday 25 September 2021

Program Melangkah Ke Alam Remaja

 Alhamdulillah, Program Melangkah Ke Alam Remaja telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian Google Meet. Semua murid Tahun 6 dan Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Putra Perdana dijemput menyertai program ini. Biar pun tidak bersemuka, namun ianya bukan penghalang untuk mereka menyertainya. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir yang telah merestui program ini dilaksanakan. Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan, Puan Rohayu binti Ahmadanbarisan jawatan kuasa pelaksana, semua guru, ibu bapa / penjaga dan semua peserta yang terlibat. 

Program Melangkah Ke Alam Remaja merupakan aktiviti tahunan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta pihak sekolah sebagai persediaan awal murid-murid SK Taman Putra Perdana sebelum melangkah atau mengharungi alam remaja yang mungkin akan terasa asing dan penuh cabaran. Masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja merupakan waktu yang mencabar. 

Program ini juga bertujuan agar murid-murid dapat mempersiapkan diri dan minda serta menimba pengetahuan dan bersedia terhadap perubahan yang bakal dialami sekiranya telah sampai ke tahap tersebut agar tidak tersalah langkah dan terjerumus dalam gejala yang tidak sihat. Pengetahuan berkaitan alam remaja akan memberi kefahaman secara mendalam kepada murid-murid tentang akil baligh yang akan mengubah kehidupan remaja dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. 

Sila klik gambar di bawah untuk dapatkan buku program dalam bentuk anyflip.

Buku Program Melangkah Ke Alam Remaja

Kuiz khas kepada peserta Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Dua untuk dapatkan markah penilaian PRS Tahap Bongsu, sila klik link berikut: https://wordwall.net/play/22265/741/689


Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung:

Poster Digital Program Melangkah Ke Alam Remaja 

Pengacara Majis, Puan Norli binti Hassan

Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Ucapan Perasmian oleh PK Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun

Penceramah program, Puan Siti Rohayu bt Ahmadan
(GBKSM SMK Perimbun, Hulu Langat, Selangor) 



Ucapan Penutup oleh Puan Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Bergambar kenangan bersama semua peserta

Friday 24 September 2021

Peribadi Yang Sihat

πŸ’“ Salam JumaatπŸ’“


Rasa?? Apakah itu?
Rasa manis.. rasa masin..... rasa sedap... semuanya ada dalam makanan. Jangan tak tau ya, perasaan pun ada rasa. Rasa marah, tidak puas hati, geram, sedih, kecewa dan banyak lagi. Hari ini cikgu kongsikan tentang rasa tertekan. Apa yang patut kamu lakukan jika berperasaan sedemikian? Gunalah konsep IDEAL seperti di dalam video di atas. In sha Allah dapat membantu meleraikan rasa tersebut dan kembali ceria seperti sediakala.

Jika bulan pasangannya matahari, jika meteor pasangannya planet... Rasa tertekan juga mempunyai pasangan. Jika tertekan, tanpa ketenangan buruk padahnya. Jom cikgu kongsikan cara untuk mencipta ketenangan dalam diri πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡. Semoga cara ini dapat membantu anak-anak kesayangan cikgu apabila diperlukan.



Apabila diri dapat berdamai dengan ketenangan, belajarlah untuk fahami diri bagi memaksimumkan potensi. Cikgu yakin dan percaya, anak-anak di luar sana sangat berpotensi untuk berjaya. Memahami diri adalah titik permulaan bagi sesebuah kejayaan. Anda ingin berjaya dalam kehidupan?? Jom follow tips di bawah. Semoga bermanfaat.


"Happiness is a state of mind"
We Care We LoveπŸ’“


#kiaskukenaldiriku
#jpnselangorterbilang
#staysafe

Thursday 23 September 2021

Peranan Diri Dan Sokongan Guru Dalam PdPR

Assalamualaaikum, salam ceria πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ dan salam bahagia buat semua. Semoga anak-anak sentiasa sihat dan berusaha tingkatkan semangat dan motivasi diri bagi mengikuti PdPR.

Diri sendiri merupakan faktor utama yang menggerakkan sesuatu kejayaan yang diimpikan. Pemikiran yang positif merupakan salah satu daya pendorong atau motivasi untuk belajar. Oleh itu sentiasa sematkan kata-kata positif dalam pemikiran anak-anak contohnya "Saya seorang yang hebat", "Saya rajin belajar" dan sebagainya. 

Daya ingatan yang kuat juga merupakan salah satu faktor yang mampu mendorong kita dalam mencapai kejayaan. Di sini, cikgu kongsikan beberapa tips bagi membantu anak-anak meningkatkan daya ingatan.

Sentiasa tingkatkan motivasi belajar anak-anak dengan menonton video-video seperti di bawah. Ingat anak-anak!!! guru-guru sentiasa bersama kamu membantu dan menyokong kamu dalam menyampaikan ilmu, namun diri sendiri adalah penggerak utama bagi meraih kejayaan yang diimpikan.


 


#staysafe
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor

Wednesday 22 September 2021

Kenal Dan Pilih Rakan Sebaya Yang Betul

Assalamualaikum dan salam inspirasi. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsi maklumat mengenai kawan dan rakan sebaya. Semua orang mempunyai kawan. Apakah maksud kawan? Setiap orang yang kita kenali atau yang kita dampingi adalah kawan. Kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam memilih kawan. Jika tersalah pilih, buruk padahnya. Kawan yang baik akan memberi kebahagiaan kepada kita, sebaliknya yang kurang baik akan menyebabkan kita rasa sedih dan menderita. Maklumat selanjutnya boleh tonton video dan hayati poster berikut:





#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Tuesday 21 September 2021

Keluarga Bahagia

Assalamualaikum... Salam pembuka bicara, salam bahagia untuk semua.
Bercerita tentang keluarga, pelbagai persepsi yang cikgu terima. Berada dalam satu kelompok dan tempat tinggal yang sama namun seisinya adakala baik dan adakalanya tidak. Baik atau tidak kita yang tentukan. Jika inginkan kebahagiaan, kita perlu mengubah landskap kehidupan mengikut jalan atau cara yang betul.

Hari ini cikgu ingin bawa kamu untuk terus meneroka bagaimana untuk menjadikan keluarga yang kamu ada sekarang satu keluarga yang harmoni penuh dengan kasih sayang. Untuk bahagia perlu bermula dengan komunikasi yang sihat. Komunikasi yang sihat mampu membantu dalam mencipta keluarga bahagia. Jom kita lihat bersama-sama komunikasi sihat dalam keluarga.



Seterusnya anak-anak, cikgu kongsikan 5 tips keluarga bahagia yang boleh dipraktiskan oleh kamu dalam mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga. Jika masih samar dengan penerangan di bawah boleh terus hubungi guru-guru bimbingan SKTPP. Kami sedia membantuπŸ‘¬


"Happiness is a state of mind"
We Care We LoveπŸ’“
#kiaskukenaldiriku
#Staysafe

Monday 20 September 2021

Ayuh!!! Mulakan Semangat Baru

Assalamualaikum, salam ceria πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ salam inspirasi untuk anak-anak kesayangan cikgu & warga SKTPP. Selamat kembali semula berPdPR. Ayuh!!! anak-anak, masa untuk bermalas-malasan telah tamat. 


 
Jom!!! kita mulakan minggu baru dengan semangat baru. Semoga video-video di bawah dapat menyuntik semula semangat anak-anak bagi meneruskan PdPR dengan azam dan target untuk mencipta kejayaan dalam diri.




#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangorterbilang

Friday 10 September 2021

Saya Hebat Kerana Saya Berjaya

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid SK Taman Putra Perdana. Cikgu pasti semua murid riang dan gembira pada hari ini kerana bermula esok sekolah akan bercuti selama seminggu. Semoga semua murid yang cikgu sayangi dapat berehat sambil melakukan aktiviti yang berfaedah pada waktu cuti ini.   

Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin menyampaikan maklumat mengenai "Saya Hebat Kerana Saya Berjaya". Jika kita ada impian untuk berjaya, kita perlu berusaha, tabah hati dan berdaya tahan. Bagaimana cara untuk menjadi hebat? Jawapannya ada di dalam poster dan video berikut. Selamat membaca dan menonton. Selepas membaca dan menonton, bolehlah teruskan dengan aktiviti permainan jigsaw puzzle. 



 




Jom rehatkan diri dengan jigsaw puzzle, sila klik link di bawah mengikut kategori murid; 

1) Murid Prasekolah:

 https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=01d7c661e5c5

2) Murid Pendidikan Khas:

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=36e4444ece33

3) Murid Tahap 1:

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=39a6af3fc2b8

4) Murid Tahap 2: 

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=35d4310e6ef3


Selamat mencuba dan semoga berjaya.

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Thursday 9 September 2021

Tips Menjadi Murid Yang Cemerlang Semasa Kelas Online

Jom follow 5 cara πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡untuk menjadi murid yang cemerlang semasa kelas online... Semudah ABC kan. Jika rakan kamu boleh, kamu pun boleh. Let's do it!!


Untuk menjadi cemerlang sudah tentu ada cabarannya. Video yang cikgu kongsikan ini boleh dijadikan panduan semasa belajar di rumah untuk kekal fokus.

"Happiness is a state of Mind"

#kiaskukenaldiriku
#Teampemikirmindasihat
#staysafe

Jom Kongsi : Adab Berguru

Assalamualaikum... Salam sihat untuk semua!!

Kejayaan seseorang itu dalam kehidupan dan kerjaya pada hari ini tidak akan dapat dicapai sendirian melainkan dengan bantuan orang dan individu yang berada di sekeliling kita. Antara mereka yang banyak memberi sumbangan pendidikan kepada kita ialah guru. Mereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap anak muridnya berjaya dan memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Peribahasa Melayu ada mengatakan guru umpama lilin yang menerangi. Ia bermaksud guru banyak berkorban untuk anak didiknya. Seharusnya dalam menuntut ilmu kita perlu menghormati guru berdasarkan adab-adab yang telah kita pelajari. Hari ini cikgu ingin mengingatkan kembali adab-adab berguru yang perlu kamu patuhi demi mendapatkan ilmu yang diberkati.

Boleh semak berdasarkan tips di bawah adakah kita seorang yg beradab semasa kelas online?



Wahai anak-anak didikku, ingatlah pesan daripada Imam Syafie seperti di dalam syairnya....
πŸ’“ Bersabarlah di atas kepayahan guru kamu,
πŸ’“Kegagalan ilmu itu kerana tidak hormatnya kepada guru itu,
πŸ’“Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan menuntut ilmu, dia akan menanggung kejahilan sepanjang hayatnya.

"Happiness is a state of mind"

#kiaskukenaldiriku
#teampemikirmindasihat
#staysafe

Wednesday 8 September 2021

Jom Kongsi : Kita Kan Sahabat

Assalamualaikum, salam ceria dan salam bahagiaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒbuat anak-anak SKTPP. Semoga anak-anak semua sentiasa sihat, bersemangat dan gembira mengikuti PdPR. Fikirkan kebaikan ilmu pada diri dan buangkan jauh-jauh segala gangguan yang mendekati. Perlakuan dan tindakan yang baik bermula dari pemikiran yang baik.

Hari ini, cikgu nak kongsi dengan anak-anak tentang kawan, rakan atau lebih manis disebut sahabat. Sahabat sejati sukar untuk dicari apatah lagi untuk dimiliki. Memiliki sahabat yang baik dan sentiasa sudi bersama-sama kita dalam keadaan susah dan senang adalah umpama satu rahmat yang tiada nilainya. Oleh itu hargailah sahabat yang kita ada dan berusahalah untuk menjadi seorang sahabat yang baik. Mari sama-sama kita belajar tentang ciri-ciri sahabat yang baik melalui info grafik dan video yang disediakan di sini.






Semoga perkongsian ini membuka minda anak-anak untuk menjadi sahabat yang baik. Salah satu ciri sahabat yang baik, adalah menjadi pendengar yang baik. Hubungilah kami, guru-guru B&K SKTPP andainya anak-anak perlukan seseorang untuk berkongsi dan medengar luahan emosi anda... Kita Kan Sahabat...😊😊😊

"Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kesihatan Sejahtera"

#staysafe
#kiaskukenaldirimu
#jpnselangor

Tuesday 7 September 2021

Peranan Dan Tanggungjawab Dalam keluarga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua anak didik SK Taman Putra Perdana. 

Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan maklumat mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Dalam Keluarga. Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masing-masing. Bapa, ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas. Apabila semua ahli dalam keluarga dapat memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing, sudah tentu ini akan memudahkan pentadbiran sesebuah keluarga. 

Apa peranan murid-murid / anak-anak  dalam keluarga?

Jawapannya:

1. Sentiasa menghormati ibu dan bapa

2. Sentiasa menolong ibu dan bapa

3. Sentiasa menyayangi kedua ibu bapa 

4. Menjaga nama baik keluarga

5. Mendengar nasihat kedua ibu bapa

6. Berusaha membahagiakan kedua ibu bapa

Maklumat selanjutnya, mari kita baca serta  hayati infografik dan menonton video berikut: 

Semoga bermanfaat..



#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Monday 6 September 2021

Terapi Kata-Kata "Gelas Harapan"

Assalamualaikum, salam inspirasi buat semua. Apa khabar? Didoakan anak-anak SKTPP sihat dan kekal bersemangat untuk PdPR. Ingat, guna peluang yang ada untuk menimba ilmu walau apa cara sekalipun.

Setiap hari mood atau perasaan kita biasanya tak sama. Hari ini mungkin kita rasa kecewa. Tetapi esoknya datang pula bahagia. Fokus di sini ialah bagaimana untuk kita hadapi pada hari yang munculnya unsur-unsur negatif ini. Salah satu cara ialah mencipta Gelas Harapan atau "Glass Of Hope". Dalam gelas harapan ini kita masukkan kata-kata motivasi atau positif yang boleh meningkatkan atau membangkitkan semangat kita. Apabila diri mula rasa putus asa, kecewa, hilang arah dan tujuan, tiada tempat untuk mengadu.... keluarkan satu kata-kata dalam gelas harapan itu tadi dan membacanya. Hayati setiap bait kata-kata itu dan jadikan ia sebagai pembakar semangat. Biarkan hormon endorfin meletus-letus dengan kata-kata yang positif. In sha Allah, dengan niat untuk mendapat kebaikan, segalanya akan dipermudahkan.

Anak-anak sekalian, kamu boleh mencubanya. Senang sahaja. Tiada yang sukar jika kita mahukannya. Di sini cikgu sediakan video khas untuk tatapan anak-anak kesayangan cikgu. Cikgu juga kongsikan tatacara membuat gelas harapan secara manual.

Cara membuat "Gelas Harapan"

1. Sediakan gelas kaca / balang kaca atau plastik (yang bertutup lagi bagus)

2. Sediakan kertas warna. Seeloknya warna terang untuk meningkatkan lagi motivasi diri.

3. Tulis kata-kata motivasi / positif mengikut saiz yang diperlukan. Jika ingin mencetaknya pun boleh. Untuk permulaan boleh buat sebanyak 30 kata-kata. Anggaran digunakan dalam tempoh sebulan.

4. Gunting dan gulung kata-kata itu tadi dan masukkan ke dalam balang yang disediakan.

5. Bila semangat dah mula pudar, keluarkan satu kata-kata tersebut dan hayatinya. Semoga ianya membantu dalam mengeluarkan aura-aura baru yang positif.

6. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

#staysafe
#selftalk
#kiaskukenaldiriku

Friday 3 September 2021

Merdekakah Kita?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Teriakan suara hangat, suara penuh semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa yang merdeka. Bagaimana perasaan kita apabila perkataan 'merdeka' ini disebut atau dilafazkan? Adakah kita merasa terharu? Adakah kita berasa bersyukur? Atau paling tidak kita rasa bangga? Adakah jiwa dan fikiran kita benar-benar merdeka? Jom kita sama-sama tonton video berikut.


Jom, kita teruskan dengan aktiviti kuiz. Pemenang kuiz akan dipilih berdasarkan murid yang terawal dan memperoleh markah yang tertinggi. 3 orang pemenang dari Tahap Satu dan 3 orang pemenang dari Tahap Dua. 
Selamat mencuba dan selamat berjaya. 

Langkah-langkah menjawab kuiz:
1. Klik gambar di bawah
2. Taip nama dan kelas
3. Jawab semua soalan 


Aktiviti Kuiz

Sekian, semoga bermanfaat.

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh
#staypositif

Thursday 2 September 2021

Penyerahan Sumbangan Tabung Cakna SKTPP

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar Muhammad SAW.

Segala usaha menubuhkan Tabung Cakna SKTPP ini telah pun dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih kepada pihak pentadbir yang sentiasa menyokong Unit Guru Penyayang dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang awal maupun ad-hoc. Menyedari keperluan murid-murid semasa PKP ini, satu inisiatif difikirkan perlu bagi membantu keluarga murid SKTPP yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bermula 17 Ogos 2021, Unit Guru Penyayang telah membuat kutipan sumbangan daripada guru-guru, staf sekolah & PIBG bagi meringankan beban keluarga murid semasa pandemik ini. Dan hari ini, sumbangan itu telah diserahkan kepada 40 keluarga yang terlibat. Walaupun sedikit, namun kami mengharapkan cakna ini mampu memberi kesan yang baik kepada emosi bahawa masih ada yang ambil peduli hal kebajikan murid-murid.

Buat anak-anak SKTPP yang disayangi, ingatlah bahawa ujian adalah pahit. Namun, di hujung kepahitan itu ada kemanisannya. Teruskan berusaha membaiki diri ke arah lebih positif. Jangan jadikan masalah sebagai alasan untuk berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Doa dan harapan cikgu, anak-anak SKTPP sentiasa sihat dan in sha Allah kita akan bertemu secara bersemuka nanti. Jangan bersedih hati, tetapi bersabar dan tersenyumlah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu, ada kemudahannya.

Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa penyerahan sumbangan..








Peluang menyantuni ibu bapa / penjaga yang terlibat memberi gambaran kehidupan yang boleh kami jadikan panduan bagi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan ujian. Doa kami semoga segala kesulitan tuan / puan dan anak-anak SKTPP dipermudahkan oleh Allah SWT..

Wednesday 1 September 2021

Bengkel Intervensi Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu


Subunit Kaunseling dan Kerjaya, Unit HEM, JPN Selangor telah mengadakan Bengkel Intervensi Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu secara dalam talian Google Meet. 


Bahan-bahan program boleh diakses melalui pautan berikut: 

https://drive.google.com/drive/folders/1PIWkg243ZVzsFgRRXf_LsPe2IaGj30IH?usp=sharing


Slot Puan Faizah binti Othman
Intervensi Minda Sihat Kaedah Pelbagaian

https://www.canva.com/design/DAEoRLCbPWo/pbpkqTZ27NrMG8z5z7ekmA/view?utm_content=DAEoRLCbPWo&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=publishsharelink

Berikut merupakan gambar-gambar semasa aktiviti yang sempat dirakamkan:






Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Murid Bulan September 2021

Selamat hari lahir untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan September. Ucapan Cikgu Juli ini mewakili semua guru didedikasikan khas untuk kamu!! Didoakan juga anak-anak sekalian sentiasa sihat & ceria selalu😍




Jom Kongsi : ANDA...Remaja Pascamerdeka, Teguh Jiwanya

Assalamualaikum, salam ceriaπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ salam merdeka untuk anak-anak SKTPP khasnya dan warga SKTPP amnya. Alhmdulillah... syukur padaNya kerana kita berada di bumi merdeka. Oleh itu anak-anak, ambillah peluang yang terbuka luas di bumi merdeka ini untuk menuntut ilmu dan sentiasa berusaha merdekakan diri daripada belenggu kealpaan dan kemalasan. Jom kita tonton video berikutnya bagi membangkitkan semangat kita..


Seterusnya, Jom cikgu kongsikan tentang bagaimana Remaja Pascamerdeka yang teguh jiwanya.  Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 – 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Sesungguhnya, negara memerlukan remaja berkemahiran, berwawasan dan bersahsiah dalam usaha membangun dan memacu kemajuan negara pada masa depan. Justeru, modal insan yang berkualiti adalah aset utama dalam merealisasikan matlamat negara untuk mencapai status negara maju.

Golongan remaja perlu memiliki nilai jati diri yang kental, memiliki kualiti ilmu dan pengetahuan yang tinggi dan memiliki ciri daya ketahanan diri yang kuat agar dapat menangkis segala jenis ancaman penyakit sosial dan perilaku jenayah yang boleh meruntuhkan bangsa dan negara.

Juteru itu, ayuhlah anak-anak SKTPP kita sematkan iltizam dalam diri untuk sama-sama mengambil tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Tingkatkan semangat untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk keperibadian yang terpuji. Jom cikgu kongsikan, apa yang boleh anak-anak lakukan dari sekarang sebagai persediaan untuk menjadi Remaja Pascamerdeka yang teguh jiwanya.



Semoga perkongsian ini, mampu membuka minda dan memberi inspirasi kepada anak-anak bagi mempersiapkan diri memikul tanggungjawab menjadi remaja pascamerdeka yang teguh jiwanya.

#staysafe
#stayathome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor