Posts

Showing posts from February, 2021

Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2021

Image
Selesai sudah majlis pelantikan PRS pada hari ini. Walaupun ada sedikit kekurangan dari segi teknikal, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan majlis ini dalam norma baharu.  Sekalung tahniah kepada 61 orang PRS yang telah dilantik pada tahun 2021.  Majlis ini dirancang berobjektifkan untuk memberi mandat dan pengiktirafan kepada PRS secara rasmi menjalankan amanah dan tugas yang diberi oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Di samping itu, diharapkan majlis ini dapat meningkatkan lagi motivasi PRS untuk menjalankan tugas dengan penuh ikhlas. Semoga PRS SKTPP 2021 lebih cemerlang dan berwibawa. Tahniah sekali lagi!! Buku program Berikut ialah gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis dijalankan Bersedia menerima peserta di talian google meet Nyanyian lagu Negaraku ditayangkan Diikuti Lagu Negeri Selangor Seterusnya lagu PRS Bacaan doa oleh Mohammad Fadhlullah bin Mohd Rasulzuki Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) Puan Juli seb

Tahukah ANDA?..Kerjaya Yang Bakal Pupus

Image
Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang buat semua warga SKTPP💗 Bertemu lagi kita dalam sebaran maklumat berkaitan kerjaya. Kali ini cikgu nak kongsikan maklumat berkaitan kerjaya yang bakal pupus. Ya...jangan terkejut kerana kita sekarang berada di zaman era digital dan teknologi.  Disaat orang ramai serata negara berusaha mendapatkan serta meningkatkan peluang pekerjaan, kepesatan teknologi nampaknya membuatkan puluhan juta kerja bakal hilang. Menurut laporan Pekerjaan Masa Hadapan 2019 yang dibentangkan di World Economic Forum, sebanyak 75 juta pekerjaan lagi bakal pupus atau hilang menjelang 2022. Jom kita lihat info grafik dan video yang disediakan Semoga perkongsian ini mampu membuka minda kita semua untuk membuat perancangan dan pilihan kerjaya mengikut peredaran zaman.

Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah Peringkat Negeri Selangor 2021

Image
Bermula pukul 8.15 malam murid-murid telah menunggu di depan skrin komputer/laptop/telefon bimbit masing-masing di rumah. Tahun ini aktiviti PPDa dibugarkan kembali demi menjaga benteng kemenjadian murid-murid SKTPP. Program yang berlangsung secara live ini melibatkan lebih 300 buah sekolah seluruh negara. Terima kasih kepada tuan penceramah iaitu En Noorhisham bin Hamzah yang berusaha menjadikan program ini program kolabrasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun dalam PKP, namun murid sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan. Cikgu sungguh teruja dengan sokongan yang diberikan. Semoga pembugaran kembali info-info berkaitan PPDa dapat membantu warga SKTPP dalam menjana murid-murid yang berkualiti dari segi sahsiah dan rohani. Poster Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah Ucap tama oleh Tuan Hj Izmi bin Hj Ismail (Pengarah JPNs) Penceramah yang hebat, En Noorhisham bin Hamzah Mendapat lebih 79k views pada malam ini Berikut perkongsian slide sepanjang ceramah beliau Ant

Jom Kongsi : Kenali Sejarah Revolusi Industri (RI) & Kerjaya RI 4.0

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera💕 Bertemu lagi dalam sebaran maklumat berkaitan kerjaya. Bila kita sebut tentang kerjaya, apa yang ada dalam pemikiran murid-murid biasanya tergambar profesion seperti doktor, peguam, polis, arkitek, guru dan sebagainya. Tapi, terfikirkah kamu semua apakah yang berlaku pada bidang kerjaya akan datang? Menurut WEF, 65% murid sekolah rendah akan mendapat kerja yang masih belum wujud lagi pada masa ini. Bayangkan apa pekerjaan anda akan datang... Sebelum itu, jom cikgu kongsikan sejarah revolusi industri yang bermula dari abad ke-18. Pekerjaan wujud apabila adanya revolusi ini. Sedar tak sedar, kini kita sedang melalui revolusi industri 4.0. Adanya pandemik Covid-19 menyebabkan semakin laju revolusi ini berlaku. Kita seolah-olah telah melangkau 2 tahun ke hadapan dalam teknologi. Sejarah revolusi industri            Sejauh mana kita bersedia dengan perubahan yang bakal berlaku?? Improve your skills before you're replaced

Jangan Lupa Temujanji Kita!!

Image
Ceramah kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah; Tarikh : 18 Februari 2021 (Khamis) Masa : 8.30 - 9.30 malam medium : www.youtube.com/shamtvmedia Murid-murid jangan lupa ya😍😍😍😍dengar dan faham apa yang disampaikan oleh tuan penceramah dan sebagai aktiviti tambahan sila buat peta minda atau infografik berkaitan dengan maklumat yang disampaikan.  Sebarang persoalan boleh hubungi Cikgu Arzah di talian 0187694951. Ada hadiah🎁 menarik menanti kamu!!

Kerjaya Pilihanku

Assalamualaikum... dan salam sayang buat semua murid SK Taman Putra Perdana. Bertemu kembali hari ini bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling. Maklumat yang hendak cikgu sampaikan kepada murid-murid adalah berkaitan dengan Pendidikan Kerjaya. Kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Melalui pekerjaan, manusia mendapat rezeki untuk menyara hidupnya, memberi nafkah kepada orang yang berada di bawah tanggungannya serta berbakti kepada masyarakat.  Cikgu harap murid-murid mempunyai kerjaya impian masing-masing kerana secara tidak langsung, ia dapat memberi gambaran yang jelas tentang matlamat kerjaya dalam kehidupan serta memberi dorongan dan semangat untuk lebih fokus dalam pelajaran.  Mari tonton video bertajuk 'Kerjaya Pilihanku' yang disediakan oleh alumni SKTPP Kohort Kerjaya (batch 2015-2020) iaitu Nur Dania Aleysa binti Mohd Zaidi, Nur Aliesya Syazana binti Anas Solihin, Farah Nuradlina binti Ahmad Faizal, Nur Auni Najihah binti Zaharuddin dan Asha

Program Berani Cakap Untuk Pemimpin Pelajar

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali jutaan terima kasih kepada AMPAC Training kerana sudi menjemput 10 orang pemimpin dari SKTPP bersama-sama dengan 220 pemimpin daripada 22  buah sekolah seluruh negeri menyertai program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn Hjh Rohaidah yang memberi sepenuh sokongan kepada anak-anak terpilih untuk bersama-sama dalam program yang penuh kelainan ini. Program ini dijalankan secara live melalui medium Streamyard. Seramai 10 orang pemimpin daripada SKTPP yang terdiri dari 5 orang Pengawas Sekolah, 4 orang Pembimbing Rakan Sebaya dan seorang Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Program bermula pukul 8.10 malam dan berakhir pada pukul 10.15 malam. Walaupun pada malam hari, namun pemimpin-pemimpin SKTPP ini tetap bersemangat sehingga ke akhir program. Menariknya, energi daripada Tuan Hj Badrul Sani atau Abg Badr diserap masuk ke dalam diri peserta sehingga mereka seolah-olah tidak mahu mengakhiri program pada malam ini. Tahniah cikgu ucapkan ke