Monday 26 October 2020

Jom Jadi Adiwira..

Assalamualaikum dan salam sihat...

Semoga kita dijauhi dari jangkitan virus COVID-19.

Jangan alpa, kita masih belum menang. Kita perlu meneruskan usaha membantu menurunkan kes COVID-19 di negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat. Sentiasalah memakai pelitup muka walau di mana kita pergi terutamanya di tempat awam. Pemakaian pelitup muka ini adalah antara kunci penting untuk kita mengekang penularan virus COVID-19.

Sama-samalah 'kita jaga kita' dan jadi Adiwira...

Jom tonton video ini:

Friday 23 October 2020

Bengkel Webinar Secara Online : Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran Sepanjang Hayat juga disebut Pembelajaran Sepanjang Umur  yang bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajran yang dilaksanakan sepanjang hayat. Pada hari ini Pembelajaran Sepanjang Hayat dikhususkan kepada semua kaunselor atau Guru Bimbingan & Kaunseling. 

Pembelajaran Sepajang Hayat sangat bermanfaat kepada seseorang individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.

Tajuk: Pembelajaran Sepanjang Hayat

Tarikh: 22 Oktober 2020

Hari: Khamis

Masa: 10.00 pagi

Anjuran: Lembaga Kaunselor

Tempat: Platform Zoom Meeting












Thursday 15 October 2020

Perkhidmatan Sokongan Psikologi Dalam Kebiasaan Baharu

Pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak melepaskan peluang menyertai Webinar Bulan Kauneling Kebangsaan 2020, Siri 6.

Tajuk: Perkhidmatan Sokongan Psikologi Dalam Kebiaasaan Baharu

Tarikh: 14 Oktober 2020

Hari: Rabu

Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : Di hadapan komputer / laptop masing-masing

Anjuran: Lembaga Kaunselor dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Penceramah: Puan Ruhana Mahmod, Kementerian Kesihatan Malaysia merangkap Anggota Lembaga Kaunselor (Malaysia)

Tema : Kaunseling Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat

#OktoberBulanKaunselingKebangsaan2020

#HidupSejahteraBukanKecewa























Wednesday 14 October 2020

Penghantaran Instrumen Simposium HEM

Setelah menyiapkan beberapa persiapan terakhir, hari ini kita menyerahkan instrumen pertandingan Kaunseling dan Disiplin sempena Simposium HEM Peringkat Negeri Selangor kepada Pegawai Kaunseling PPD Sepang. Terima kasih PPD atas kepercayaan. Semoga dapat memenuhi kehendak kriteria yang digariskan seterusnya berjaya mengharumkan nama daerah kita. Doakan kejayaan SKTPP..














Friday 9 October 2020

SKTPP Mewakili Sepang ke Simposium HEM Negeri Selangor

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PPD Sepang kerana telah mencalonkan SKTPP mewakili daerah Sepang ke Simposium Hal Ehwal Murid (HEM) peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan minggu depan. Meski masa yang diberi sangat singkat namun semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid sangat luar biasa. Bermula dengan mesyuarat AJK Induk seawal minggu diikuti Mesyuarat AJK Pelaksana pada hari Selasa seterusnya masing-masing bergerak rancak menyediakan instrumen dan eviden yang diperlukan. SKTPP mewakili Sepang dalam kategori;

Penarafan dan Pertandingan Pengurusan Sahsiah Murid

1. Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang

2. Anugerah Guru Disiplin - Tn. Hj. Tarmiji bin Sabali

Penarafan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

3. Pengurusan Program Minda Sihat Proaktif

Pertandingan Murid - pemilihan peringkat daerah;

4. Video Inspirasi Kreatif Nilai & Sahsiah Murid

5. Video Eksplorasi Kerjaya

6. Video Inspirasi Motivasi Kecemerlangan Murid

7. Inovasi dan Kreativiti Minda Sihat Murid Disiplin

8. Video Animasi Sayangi Diri, Utamakan Keselamatan Diri.

Semoga kejayaan mengiringi perjuangan dan usaha kita....