Program Semarak Sahsiah 2018

Program Semarak Sahsiah merupakan satu program yang tercetus oleh rasa sayang terhadap anak-anak didik yang masih dahaga dengan pujukan dan nasihat para guru. K olaborasi antara Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam ini diharapkan mampu mengurangkan bilangan murid yang tidak hormat guru di samping menerapkan sifat penyayang dalam diri murid terhadap guru. D alam masa yang sama penjelasan mengenai adab dan hikmah menghormati guru diharapkan dapat melahirkan murid yang menghargai insan yang signifikan dalam hidup mereka. Program Semarak Sahsiah ini dijalankan sebanyak 2 fasa iaitu pada Ogos & Oktober yang melibatkan semua murid SK Taman Putra Perdana. Terima kasih kepada Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Sufian (YDP PIBG) yang turun padang memberi ceramah dalam program ini. Jutaan terima kasih juga kepada para penceramah yang terdiri daripada barisan guru SKTPP. Penceramah : Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif S...