Pertandingan Madah Intelek PRS Peringkat Sekolah Tahun 2022

Alhamdulillah... syukur. Selesai sudah perancangan dan pelaksanaan Pertandingan Madah Intelek PRS yang julung-julung kali dijalankan di peringkat sekolah secara bersemuka. Untuk makluman, SKTPP telah melibatkan diri dalam pertandingan Madah Intelek PRS peringkat daerah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2020 dan 2021. Pada tahun 2020 peserta dari SKTPP tiada tempat untuk 5 terbaik namun begitu, pada tahun berikutnya peserta dari SKTPP telah berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahun ini ahli PRS diberi peluang untuk mempersembahkan madah intelek mereka yang bertajuk "Peranan dan Tanggungjawab PRS" di pentas VIP Lounge, Ujana Ilmu. Kagum cikgu melihat kesungguhan anak-anak PRS menguasai pentas pertandingan. Selaras dengan matlamat pertandingan ini iaitu melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan di peringkat sekolah dalam negeri Selangor yang berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas. Cikgu y...